Posts

Showing posts from April 24, 2011

Impak Kerja Setiap Minggu Pada Keluarga

Image
KUALA LUMPUR - Sikap segelintir guru besar yang suka mengarahkan guru sekolah datang bekerja pada setiap hari Sabtu antara aduan yang banyak diterima Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP). Presidennya, Hashim Adnan berkata, arahan sedemikian menyebabkan guru merasakan diri mereka dibebani dengan pelbagai aktiviti sehingga mengorbankan waktu dengan ahli keluarga. "Walaupun kerajaan sudah memberi dua hari Sabtu dalam sebulan sebagai cuti, ada sesetengah guru besar masih memberi arahan bahawa guru-guru perlu hadir ke sekolah pada hari berkenaan. "Macam-macam aktiviti hendak dibuat ketika hari cuti itu, mesyuarat, latihan dan kadangkala tiada apa-apa pun kena suruh datang sekolah. Itu antara yang buat mereka (guru) marah-marah," katanya kepada Kosmo! Ahad di sini semalam. Menurut Hashim, aduan sedemikian diterima NUTP ketika pihaknya mengadakan mesyuarat selain menerima surat daripada guru-guru di seluruh negara. Menurutnya, ada juga aduan mengatakan sesetengah

Jika Buat Baik Pun Menyesal....

Image
Salam motivasi, apa khabar anda semua? Semoga dalam keadaan baik dan bagus sentiasa. Jika lah lalang-lalang yang tak ada guna itu pun hidup saling berebut-rebut untuk tinggi dan tinggi, kenapa tidak kita manusia? Kenapa tidak kita saling berlumba-lumba untuk mencapai visi (matlamat hidup) kita? Sungguh kesian manusia yang hidup tak ada matlamat. Nak kata macam robot pun macam tak tepat, tapi itulah, seperti orang yang hilang akal. Pelajar sekalian, dalam Quran, Tuhan menyeru manusia di dalam sebuah ayat yang bererti, “Maka berlumba-lumbalah kamu ke arah kebaikan”. Tengok tu kita disuruh untuk hidup berlumba-lumba. Kalau lah kita lihat perlumbaaan kayuh basikal, mesti ada tempat bermula (START) dan tamatnya bukan? Sama juga dengan berlumba untuk berbuat baik ini, lokasi mulanya adalah ketika kita dilahirkan, dan garisan penamat ialah mati. Aik…kalau dah mati macam mana nak terima hadiah cikgu? Hmm.. kalau dah mati, ada ke orang lain yang tolong terima hadiah kita tu? Tak…kita mesti

Ceramah Umum Berkenaan Penyalahgunaan Dadah

Image
Insya Allah, Rabu depan, saya akan memberikan sebuah ceramah khas berkaitan penyalahgunaan dadah dan isu-isu dadah terkini.Lokasi Surau An-Nur Bandar Baru Bangi. Terima Kasih pada Ustaz Kausar (SK Bandar Baru Jalan 2) kerana memberi laluan. Tidak ada siapa pun yang mempunyai cita-cita ingin menjadi penagih dadah. Namun kenyataan disebaliknya ke atas kehidupan manusia ini. Di Malaysia seramai 350,000 jumlah penagih yang telah berdaftar. Menurut WHO, jika ada satu penagih yang ditangkap, ada 3 lagi yang belum ditangkap. Di Vietnam, jumlah penduduknya 80 juta orang, tetapi jumlah penagihnya 30,000 orang. Bayangkan hebatnya Malaysia, jumlah rakyat 27 juta, tetapi penagih 350 ribu orang. Saya menelusuri langkah turun ke masjid dan surau selain sekolah, melalui ceramah dan khutbah, bagi menyedarkan masyarakat kita. Bahawa dadah itu pemusnah masa depan seseorang. Pengalaman kami, bukan hanya orang yang miskin sahaja yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah, bahkan orang kaya juga, keran

Lawatan ke SMAP Labu

Image
LABU. 27 April 2011.Seramai 39 orang murid dan 4 orang guru telah mengikuti rombongan ke sekolah berasrama penuh (SMAP Labu) yang terletak di Labu Negeri Sembilan. Akhirnya bergambar beramai-ramai

Saya Bukan Nak Mencuri

Image
Assalamualaikum,sekarang jam 3.03 pagi,saya baru balik meronda taman tempat saya berdomisili.Ada satu rumah yang tidak menutup pintu utama dan pinta grill, kami bhenti bagi salam untuk maklumkan pintu tak berkunci..mungkin dia terlupa atau memang sedang ada tetamu tak di undang didalamnya, kelihatan lampu bilik di padam dan diam je.. kami terus belah Seorang anak murid saya berkata,rumahnya pernah dimasuki perompak, ketika semua ahli keluarga di ikat, perompak itu berkata, kami bukan lah nak masuk rumah ini,tapi sebab pintu tak berkunci, maka kami masuklah... tengok tu, kita telah mengundang mereka datang... Jika sekali terkena baru tau... Untuk makluman, Taman Desaria setakat ini masih mampu menghidupkan sistem rondaan sukarela,setiap orang hanya sekali sahaja meronda sebulan, malam-malam lain anda boleh tidur lena, sedangkan kebanyakan ditaman-taman lain, skim rondaan ini telah lama berkubur tanpa nisan. Rata-rata hanya mampu bertahan selama 3 bulan. Kenapa ? Mungkin anda ada jawa