Posts

Showing posts from August 23, 2009

Hafney Abd Rahim di Bangi Lama

Image
Tuan Hafney Abd Rahim (gambar) di Surau Ibtidaiyah, Bangi Lama . 29 ogos 2009. Sesudah terawikh, Tuan Hafney selaku Pengerusi Persatuan PENDAMAI Malaysia menyambung ceramah pencegahan dadah. Antara isi kandungan yang dibentang oleh beliau ialah ; Tanda-tanda anak mula terlibat 1. Anak anda akan balik lewat pintu belakang, atau masuk pintu depan, tetapi menyisihkan diri, berjalan ikut tepi2 dinding, seoalah-olah dia tahu bahawa orang sedar dia menagih, atau pun dengan tujuan untuk menyembunyikan kesalahannya. 2. Tidur nya lama pada waktu siang 3. Waktu malam, dia berjaga 4. Kadang-kadang bercakap seorang diri (bagi pengguna syabu) Akibat Menagih Dadah 1. Jika seorang manusia menjadi penagih, seluruh ahli keluarga macam penagih. 2. Penagih menjadi haru-biru, sehingga berlakunya perceraian antara ibu dan ayah 3. Dahsyatnya Penagihan boleh menyebabkan penagih bertukar agama.(murtad) 4. seseorang penagih akan goyang pegangan agamanya. 5. Antara sebab manusia menagih, ialah longgarnya s

Punca Penagihan : Sebuah Kajian

Pada pagi 29 Januari 2009, saya telah diperkenalkan kepada seorang pemuda yang berusia 36 tahun yang sedang menjalani Pengawasan di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan, sebuah daerah di Johor. Saya telah memaklumkan kepada pegawai disana bahawa saya memerlukan satu kes untuk dijadikan kajian kes pada 28 Januari 2009 yang merupakan hari pertama saya memulakan praktikum di AADK, Batu Pahat. Sebelum memperkenalkan diri klien, Pegawai tersebut telah menjelaskan kepada saya latar belakang dan beberapa maklumat penting tentang klien kajian kes kepada saya. Status: Sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berumur 4 tahun. Adik-beradik: Anak sulung dan mempunyai 2 orang adik perempuan. Pencapaian Akademik Klien telah memulakan alam persekolahan dalam Darjah Satu di SK Kem Terendak, Melaka. Oleh kerana bapanya merupakan seorang pegawai tentera, keluarga klien sentiasa berpindah tempat. Klien agak bernasib b

DADAH

PENGERTIAN DADAH Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia, samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental. JENIS-JENIS DADAH Dadah boleh dibahagikan kepada lima bahagian. Opait Perangsang (stimulants) Penekanan (Depressants) Hallucinogen Ganja (Cannabis) OPAIT Dadah yang paling merbahaya dan banyak sekali disalahgunakan. Dadah dalam golongan ini ialah:- Asli, Candu, Morfin, Heroin, Kodein, Ganja PERGANTUNGAN PADA DADAH (DRUG DEPENDENCE) Pergantungan pada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau kedua-duanya, yang ujud daripada penggunaan dadah yang berterusan atau diwaktu-waktu tertentu. Pergantungan psikologi atau jiwa ialah satu istilah biasanya dimaksudkan kepada satu idaman kuat yang berlebih-lebihan terhadap bahan-bahan tertentu tetapi tidak ada pergantungan badan. Pergantungan fizikal atau badan ialah penyesua

ISU DADAH DI SANA SINI

Sembilan suspek pengedar dadah ditahan Posted on August 5, 2009 - Filed Under Berita 2009 Leave a Comment KUANTAN 5 Ogos - Polis Pahang menahanlima lelaki dan empat wanita termasuk seorang pelajar sekolah yang disyaki anggota sebuah sindiket pengedaran dadah di pantai timur negara dalam satu operasi bersepadu hujung minggu lepas.Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang, Pemangku DSP S. Xavier berkata, polis turut merampas tujuh kereta termasuk sebuah kereta jenis BMW yang […] Polis tahan suami isteri disyaki edar dadah Posted on August 5, 2009 - Filed Under Berita 2009 Leave a Comment KUALA TERENGGANU 5 Ogos - Polis merampas 450 gram dadah bernilai RM150,000 dan menahan sepasang suami isteri yang disyaki terlibat dengan kegiatan mengedar dadah, di perkarangan Masjid Padang Nenas, Mengabang Telipot, Batu Rakit dekat sini, Isnin lepas.Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, ia merupakan rampasan dadah yang terbesar oleh Polis Terengganu dalam tempoh

'Keldai dadah' kelima diampun Kerajaan Peru

KUALA LUMPUR: Seorang lagi 'keldai dadah' warga Malaysia yang ditahan di Peru, dua tahun lalu berjaya mendapatkan pengampunan kerajaan republik itu semalam dan sedang menunggu tarikh pembebasannya. Wanita itu yang kini ditempatkan di sebuah pusat transit kira-kira sejam perjalanan dari Lima, diluluskan permohonan pengampunannya sebaik tempoh dua tahun penjaranya berakhir. Dia juga rakyat tempatan kelima mendapat pengampunan itu sepanjang bulan ini selepas dipertimbangkan Presiden Peru, Alan Garcia. Sumber Kementerian Luar memberitahu kelima-lima wanita itu yang berasal dari Selangor, Perak dan Sabah dijangka tiba di tanah air, Oktober ini selepas surat pengampunan rasmi dikeluarkan. “Kedutaan Malaysia berusaha membawa mereka pulang secepat mungkin. Malah, keluarga mereka sudah dimaklumkan,” katanya. Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Nasional/20090829082506/Article/

Doa Al-Ma' thurat

Image
Ya Allah kurniakanlah lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu, hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu. Ya Allah kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusuk ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap. Ya Allah, kurniakanlah kami cara hidup yang jitu dan unggul, selamatkan kami dari merbahaya. Kami mohon kepadaMu ya Allah kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa minta jasa orang lain. Berikanlah kami (Ya Allah) iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri. Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami, serta sesiapa sahaja yang bersama kami. Janganlah (Ya Allah) Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu. Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan minta.Selawat dan restu Allah untuk junjung

Ramadhan Bulan Pemantapan

Image
Jika Sya'ban hadir untuk mengantar buku rekod kita semua selama setahun kepada Tuhan, maka begitu perginya Sya'ban, datangnya Ramadhan. Ramadhan adalah bulan memperkuatkan lagi, menambah, memantap ibadah kita di permulaan 15 Syaban. Kita jaga buku rekod yang baru agar tidak tercalit sedikitpun. Masuk Ramadhan kita hiasi lagi buku itu dengan pelbagai amalan. Begitulah kira-kira untuk pemahaman secara kasar kepada umum. Apalagi, hadirnya Ramadhan, Tuhan menjanjikan keampunan dan kebebasan dari api neraka. Di pagi lebaran, muslimin dan mukminin, seakan seperti anak yang baru lahir (secara majazi) akan terhapus semua dosa-dosa. Jangan bikin dan tambahn dosa baru lagi ya. Terima Kasih tuhan kerana hadirnya Ramadhan, tanpa Ramadhan mana mungkin manusia akan menjalani ibadah puasa selama sebulan penuh. Mana mungkin juga insan yang kuat sanggup bangun untuk meneruskan malamnya dengan terawikh. Semuanya lantaran hadirnya Ramadhan. Selamat Berpuasa, puasa lahir dan anggota tubuh,

Kelebihan Berpuasa

Sebenarnya bagi orang-orang yang tahu, nilai dan kebaikan puasa itu memang banyak. Antara kebaikan-kebaikan puasa untuk kesihatan ialah: 1. Puasa memberi kesegaran kepada fizikal dan mental seseorang. 2. Puasa bertindak menghancurkan sisa-sisa racun atau toksik dalam darah manusia. 3. Puasa akan memberi kesegaran pada otot-otot dan akan membuat anda sihat, segar dan bertenaga. 4. Puasa akan memeanjangkan umur anda. 5. Puasa akan membersihkan diri anda dari dosa. 6. Puasa akan membantu menghakiskan keracunan yang berada dalam tubuh badan manusia. 7. Puasa akan memberi keseimbangan dalam darah. 8. Bila darah kita terlampau berasid, puasa dapat menurunkan PH dan menyebabkan darah kembali alkali. 9. Puasa boleh menurunkan darah tinggi. 10.Puasa boleh menurunkan berat badan. 11.Puasa membersihkan segala kotoran dalam badan. 12.Puasa boleh mencerahkan pemandangan mata. Ingatlah bahawa puasa akan memberi syafaat kepada kita pada Hari Perhitungan nanti. Selamat Berpuasa

Hafney di Bangi Lama

Setelah beberapa tempat saya bawakan bersama penceramah hebat dalam dunia penagihan, kini beliau akan berada di Surau Ibtidaiyyah, Batu Enam, Bangi Lama. Tepatnya jam 9.30 malam Ahad, tanggal 29.8.2009. Sasaran ialah remaja, dan ibu bapa. Penduduk sekitar Bangi Lama boleh datang ke surau, ceramah akan di adakan sejurus tamat terawikh 8 rakaat. Sebelumnya saya menyarankan agar Saudara Hafney dibawa ke kuliah subuh. Namun ada jamaah berpendapat, lebih baik pada malam, kerana anak-anak muda ramai yang hadir.

Kelebihan Berpuasa

Sebenarnya bagi orang-orang yang tahu, nilai dan kebaikan puasa itu memang banyak. Antara kebaikan-kebaikan puasa untuk kesihatan ialah: 1. Puasa memberi kesegaran kepada fizikal dan mental seseorang. 2. Puasa bertindak menghancurkan sisa-sisa racun atau toksik dalam darah manusia. 3. Puasa akan memberi kesegaran pada otot-otot dan akan membuat anda sihat, segar dan bertenaga. 4. Puasa akan memeanjangkan umur anda. 5. Puasa akan membersihkan diri anda dari dosa. 6. Puasa akan membantu menghakiskan keracunan yang berada dalam tubuh badan manusia. 7. Puasa akan memberi keseimbangan dalam darah. 8. Bila darah kita terlampau berasid, puasa dapat menurunkan PH dan menyebabkan darah kembali alkali. 9. Puasa boleh menurunkan darah tinggi. 10.Puasa boleh menurunkan berat badan. 11.Puasa membersihkan segala kotoran dalam badan. 12.Puasa boleh mencerahkan pemandangan mata. Ingatlah bahawa puasa akan memberi syafaat kepada kita pada Hari Perhitungan nanti. Selamat Berpuasa

Hafney di Bangi Lama

Setelah beberapa tempat saya bawakan bersama penceramah hebat dalam dunia penagihan, kini beliau akan berada di Surau Ibtidaiyyah, Batu Enam, Bangi Lama. Tepatnya jam 9.30 malam Ahad, tanggal 29.8.2009. Sasaran ialah remaja, dan ibu bapa. Penduduk sekitar Bangi Lama boleh datang ke surau, ceramah akan di adakan sejurus tamat terawikh 8 rakaat. Sebelumnya saya menyarankan agar Saudara Hafney dibawa ke kuliah subuh. Namun ada jamaah berpendapat, lebih baik pada malam, kerana anak-anak muda ramai yang hadir.

SKALA TAHAP KESEDARAN TERHADAP PENYALAHGUNAAN DADAH DI TEMPAT KERJA

Image
Khamis, 27 Ogos 2009 Tiga orang Pelajar SPADA telah ke Kuala Berang, Hulu Terengganu bagi menjalankan Kaji Selidik Skala Tahap Kesedaran terhadap Penyalahgunaan Dadah di Tempat Kerja. Mohd Basiran Md Jamil, Zunita Deraman dan Maznita Mokhtar telah berkesempatan untuk menjalankan Kajian Tinjauan tersebut di Pejabat Daerah Kuala Berang, Pejabat Pertanian Kuala Berang, Institut Latihan Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai dan beberapa tempat yang lain. Temuramah di Pejabat Daerah Kuala Berang, Hulu Terengganu.... Encik Mazuki b Embong, Pegawai Eksekutif Pejabat Daerah Kuala Berang, Hulu Terengganu Kami lakukannya bersama di beberapa lokasi tempat kerja Terdapat catatan peringatan buat para pekerja di Pejabat Daerah Kuala Berang Peringatan dan Motivasi......

Tujuan Berpuasa Menurut Said Hawwa

Puasa adalah antara syariat Islam ke atas tiap muslim. Bahkan puasa adalah rukun Islam yang ketiga. Ulama terkemuka dalam dunia Islam, Said Hawwa menghuraikan keperluan dalam Islam dari perspektif Tazkiatun Nafs (Pembersihan Jiwa). Katanya selain menjaga mulut dari makan dan minum, kita juga perlu menjaga mulut dari bercakap perkara yang sia-sia, juga menjaga (telinga) dari mendengar perkataan yang lagha tadi.

FORUM: PERANAN AGAMA DALAM RAWATAN DAN PEMULIHAN DADAH

Image
Isnin (24 Ogos 2009): Pelajar SPADA, USIM sesi 2009/2010 telah menganjurkan satu forum bagi membincangkan Peranan Agama Dalam Rawatan Dan Pemulihan Dadah dari pendekatan Agama Hindu, Budha dan Kristian. Objektif forum tersebut diadakan ialah: Memberi kefahaman mengenai isu-isu dan masalah penyalahgunaan dadah dari perspektif agama (Budha, Hindu dan Kristian) Memberi pendedahan cara-cara pencegahan, pemulihan, pengukuhan jiwa serta pembentukan keperibadian mulia dari pandangan agama (Budha, Hindu dan Kristian) Ahli Forum terdiri daripada: Y.Bhg Dr Balakrishnan a/l kandasamy (Pendekatan Agama Hindu) Y.Bhg Mr Tang Chin Hong (Pendekatan Agama Budha) Y.Bhg Mr Elvie Ho (Pendekatan Agama Kristian) Para peserta forum Back Drop.... Moderator (Mohd Hafiz) dan Ustaz Muhammad Khairi Mahyuddin Para ahli Panel Mohd Basiran...Juruacara Majlis

Sayang tak kesampaian

Image
Sayu, ya hanya kesayuan yang tinggal apabila perginya seorang manusia menemui Ilahi buat selamanya. Banyak cerita kita dengar, dari pemergian setiap manusia, pastinya ada yang " tidak kesampaian ". Tak sempat buat itu, tak sempat duduk rumah baru beli, tak sempat mencuba baju raya. Begitulah yang di alami Ahmad Hafifi Othman, apabila tidak sempat membawa pulang baju raya untuk keluarganya. Namun paling pilu dan paling-paling menderita ialah apabila, kematian seorang insan tak sempat untuk memasuki syurga akhirat kelak. Kerana sibuk dengan urusan dunia, menangguh itu dan ini, nanti dulu, tunggu dulu, sekejap lagi, ah, nanti lah, semua ditangguh, bahkan zikir dan solat sunat pun di tangguh, akhirnya dunia terbarai, akhirat tidak dapat di capai bahagianya. Aduh... Kematian Hafifi menjadi kisah dan pengajaran kepada kita, betapa hidup ini cuma singkat sahaja, saya mengajak sidang pembaca, ayuh kita tetap konsisten beribadah, bahkan memperelok ibadah kita. mudah-mudahan pemerg

Respon Dari Cikgu Mus

Salam En. Noorhisham.. Cadangan saudara amat bernas kepada pelajar2 ini. Itulah pemikiran Islam yang perlu ada bagi mukmin sejati. Saya seorang pengajar dan pada masa yang sama merupakan pendidik yang memberi ilmu teladan pada anak bangsa. Saya ada berhasrat menubuhkan sebuah institusi yang selain menyediakan peluang kepada pelajarnya segulung ijazah berbentuk profesional sama jurutera, akauntan, pendidik ilmu fardhu kifayah dan sebagainya, mereka juga merupakan juga perlu menerima didikan tahfiz agar menjadi profesional islam yang mampu memimpin anak bangsa yang menjadikan Islam teras hidup. Mungkin kita dapat bekerjasama ... Semoga cepat ter-realisasinya impian tuan.

Minum air waktu sahur dari perspektif perubatan Oleh Dr. Osman Nasir

Bersahur itu sangatlah dituntut kepada kita para Saim (orang-orang yang berpuasa). Diriwayatkan Ahmad dari Abu Sa'id bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yng maksudnya: "Bersahur itu adalah suatu keberkatan. Maka janganlah kamu meninggalkannya walaupun dengan hanya meneguk air seteguk,kerana Allah dan para Malaikat berselawat atas orang-orang yang bersahur." Sunah bersahur ini membezakan puasa cara Islam dengan puasa agama dan bangsa lain di dunia ini. Diriwayatkan oleh Muslim dari Amer ibn 'Ash, bahawa Rasulullah sa..w bersabda yang bermaksud: "Yang menceraikan antara puasa kita dengan puasa Yahudi Nashara (ahli kitab) ialah makan sahur." Begitu kuat penekanan dari Rasulullah s.a.w kepada kita agar bersahur sehingga kalau rasa tidak boleh makan kerana kenyang atau lain-lain sebab cukuplah dengan hanya seteguk air. Apa Fungsi Air kepada kita? Penekanan tegas Nabi agar seteguk air pun baik untuk bersahur jika kita rasa tidak hendak makan menunjukkan bahawa keh