Teknik Kaunseling Kelompok Berfokus
Saya sedang mengaplikasi teknik kaunseling kelompok berfokus kepada murid-murid yang mampu diharap untuk memperbaiki prestasi akademik mereka. Walaupun "Bimbingan" lebih mendominasi di sekolah rendah, namun teknik "Kaunseling" tidak ditinggalkan sepenuhnya. Lebih-lebih lagi, apabila klien adalah dari murid tahap 2, khususnya tahun 5 dan 6. Kerana, ditahun 6, murid sudah pun agak matang. Impak Sesi Setelah mengadakan teknik ini, murid semakin dekat dengan saya, sering ke bilik kaunseling dan sering bertanya, bilakah lagi sesi itu nak diteruskan. Pemilihan Klien Klien dipilih berdasarkan kesamaan jantina, jika lelaki, lelaki semua, jika perempuan, maka perempuanlah semua. Tujuannya adalah untuk memudahkan sesi komunikasi. Kalau boleh jumlah klien tak melebihi 10 orang. Objektif Sesi dijalankan Sesi ini sangat berguna untuk memperbaiki mutu prestasi akademik murid dan sikap mereka. Kerana mutu akademik sangat berkait rapat dengan sikap . Dengan kata lain, untu