Posts

Showing posts from January 3, 2010

Ceramah di Perkampungan Orang Asli Broga

Image
Dibawah kaki gunung inilah buat pertama kali saya datang menerima undangan dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Daerah Hulu Langat. Ceramah yang diminta bertajuk motivasi untuk ibubapa dan pelajar (orang asli). Seronok dapat bersama mereka, saya berusaha membawa laptop dan projektor walaupun dewan kurang mengizinkan untuk tampilan lebih bagus. Berkata Tok Batin disini, setiap hari Sabtu dan Minggu ramai orang datang mendaki gunung ini. Terima Kasih sekali lagi kepada JHEOA yang sudi menjemput saya. Mudah-mudahan ini bukan yang pertama dan terakhir.

Orang Cemerlang

Image
Siapa pun dia, asalkan dia orang cemerlang, satu sikap yang membuat dia berjaya. Dia iringi azamnya dengan tindakan-tindakan untuk berjaya. Tindakan-tindakan itu mestilah relevan, patut, boleh dilaksana, dengan kata lain, realistik. Orang yang tidak cemerlang sebenarnya pun ada keinginan-keinginan tersendiri, dengan kata lain "azam". Jauh di sudut hati kecil penagih dadah tersemat kalimat, "aku ingin berhenti dah dari menagih", sampai bila aku harus begini?", tetapi mereka tidak susuli dengan tindakan yang benar-benar membuktikan keazaman dihati tadi. Itulah perbezaaan antara orang yang cemerlang dan tidak. Orang cemerlang tidak menangguh pekerjaannya, dia harus segera berbuat apa yang ingin dibuatnya. Ia mempunyai satu buku khas untuk menanda apa kerja yang perlu disegerakan dan patut dikemudiankan. Dia patuh pada jadual yang dibuatnya sendiri.

SIMPOSIUM PENGUPAYAAN MENANGANI ISU DADAH DI IPT

Image
31 Disember 2009, Khamis - USIM dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi dan AADK telah menjayakan Simposium Pengupayaan Manangani Masalah Dadah Di IPT yang melibatkan penyertaan daripada kaunselor-kaunselor IPT Awam, Politeknik dan Wakil-wakil Pegawai AADK. Simposium tersebut telah diadakan di USIM Kampus Kota, Pandan Indah.

Mari Kita Lalui 2010 Dengan Penuh Semangat

Image
Hari Rabu, Program Kokurikulum, Agenda Pelantikan AJK Kelab dan Persatuan Murid 5 Jupiter penuh semangat

Suka Tengok

Lebih baik dari Semalam

Semenjak berpindah ke Nilai, inilah kali pertama blog ini di post. Modem di Nilai menunjukkan warna merah, berarti tidak kuat untuk diguna. Ketika berada di Bangi ni lah, baru boleh posting. Selamat melewati detik-detik 2010. Kenangan yang lalu disimpan rapi, separuh menjadi pengalaman yang berharga, separuhnya menjadi pedoman. Apa yang bakal berlaku 2010? Itu belum kita pasti. Doa dan munajat harap di kabul, semoga 2010 menjadikan kita insan lebih baik dari semalam.