Posts

Showing posts from July 20, 2008

Tiada Yang Paling Manis

Image
Ya Begitulah gambaran awal, setelah berpuluh-puluh kaunselor terlatih di daerah ini telah pun berjaya menyiapkan blog mereka. Pada awalnya mereka rasa tak percaya, orang itu seperti Puan Nyai, tetapi kali ini beliau telah membuktikan bahawa kejayaan itu datang setelah ada percobaan. Sesungguhnya tidaklah payah membina laman blog. tetapi melestarikannya memerlukan kekuatan. terutama anda yang tiada perkhidmatan internet di rumah sendiri. Saya ingin mengeposkan ucapan TAHNIAH kepada anda semua. Dan saya agak sedikit ketawa, pada yang masih bingung, untuk apa blog ini? YA untuk apa ya? tengoklah apa yang rakan-rakan kita buat dan komersialkan. Asalkan ada sesuatu di sekolah, kita lukiskan di medan ini. Naikkan nama sekolah, tutup tohmahan orang bahwa kaunselor tiada kerja, goyang kaki, nah sekrang banyak kerja... Tapi apakah orang tahu? Nah sekali lagi, dengan blog inilah orang tahu apa kerja kita seharian dan semalaman...??? war-warkan keberadaan atau kata orang Indonesia eksistensi b

latihan Empati

Pilih respon yang menunjukkan empati kepada kenyataan-kenyataan klien berikut: 1. Kedua ibu bapa terutama ayah saya merasa kecewa dengan saya. Dia sering membandingkan saya dengan kakak saya, kenapa dia tidak menerima hakikat bahawa saya tidak dapat menandingi kakak saya? A. Mungkin ayah anda berpendapat bahawa anda tidak benar-benar berusaha seperti kakak anda. B. Telah menjadi kebiasaan bagi ibu bapa membandingkan anak-anak mereka. Mungkin anda bersikap terlalu sensitif. C. Anda merasa marah dan kecil hati kerana ayah anda tidak menghargai diri anda. D. Apakah sebab-sebab kenapa ibu bapa anda tidak berpuas hati dengan anda? E. Anda mungkin betul. Ibu bapa sepatutnya mengelakkan diri dari membanding-bandingkan anak-anak mereka. 2. Saya tidak dapat langsung menumpukan perhatian pada pelajaran. Fikiran saya melayang tiap kali saya mula belajar, satu apa pun tak dapat saya kerjakan. Kalau beginilah seterusnya, saya pasti akan gagal. Oh, Tuhan apa yang harus saya lakukan? Saya tidak perna

60 Blog Bakal Lahir Hari Ini

Image
Foto Semalam. Saya mengikuti rombongan ke Cristian Care Centre di Subang bersama mahasiswa SPADA. Hulu Langat Maju Lagi Ini menjadikan satu-satu Hulu Langat adalah Daerah paling terkedepan dari aspek Blog. Hampir Semua Kaunselor di Sekolah Menengah dan Rendah akan memiliki Blog hari ini. Kesemua blog boleh di layari dalam http://kaunselorlangat.blogspot.com. Kini sini Apapun, membina blog sebenarnya tak susah macam yang tergambar sebelum ini. Yang susah nak jaga,siram dan suburkan. Apatah lagi kalau kaunselor baru nak kenal abjad keyboard. Tapi tak pelah..perlahan-perlahan la. Selepas itu, mari kita teruskan membina kejayaan diri. Bertemu di PUncak Kejayaan. Salam Blogger

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre

Image
Pada 24 Julai seram ai 24 orang mahasiswa SPADA di USIM bertolak dari Kampus Pandan Indah ke Subang. Rombongan ini meninjau sistem perubatan yang dijalankan oleh Kristian Care Centre terhadap pecandu narkoba. Pusat ini yang rata-rata ditadbir oleh bekas alumni menerima klien secara sukarela. Pihak Church membantu dari segi kewangan. Manakala klien yang mampu dikenakan bayaran RM250.00 sebulan. Adapun yang tak mampu di berikan biaya siswa. Tempat yang redup dan tinggi, menyejukkan pemandangan, apatah lagi dibelakangnya terbentang lapangan terbang Sultan Abdul Aziz Subang. Walaupun dikota terkena terikan mentari, namun di sini kenyamanan anda akan rasakan.

Dunia Sudah Berubah

Terima Kasih pada mengunjungi blog ini. Kadang-kadang ada sesuatu yang sangat sukar kita rasakan, kemudian dalam kesukaran itu kita berusaha untuk mencoba, ternyata setelah dicoba, ianya tidaklah seberat apa yang kita sangkakan. Begitu jua dalam dunia pembelajaran. Begitu jua dalam dunia pembikinan blog . Namun sayang, ada antara sahabat kita yang masih belum adanya kemudahan internet dirumah, lantaran pelbagai masalah yang tidak boleh di elakkan, urusan peng- update tan tergendala. Apatah lagi kalaui minat itu kurang. Sebetulnya bukan minat yang tak ada, cuma pada saya...tidak tahu akan kelebihan dan manfaatnya memiliki blog kepada kita sebagai kaunselor. 2 hari lepas saya terbaca artikel dalam kosmo, mengatakan setiap guru di Eropah sudah memiliki Blognya sendiri. Dan murid-murid datang ke sekolah tanpa bawa buku. Mereka menggunakan Lap Top. Nah....dunia sudah berubah...