Posts

Showing posts from July 6, 2008

SAYA DATANG DENGAN HARAPAN, SAYA PULANG DENGAN KEJAYAAN

Image
HARI ini, 10 Julai 2008, tanggal mulanya saya kembali ke bangku seorang pelajar. Di USIM, Diploma Siswazah Penyalahgunaan Dadah akan tuntut. ILMU akan memberi makna kepada nusa dan bangsa. Doakan cikgu semua wahai anak-anak SKB, semoga kesihatan diberikan TUHAN pada cikgu berpanjangan, hindari masalah disepanjang perjalanan setiap hari pergi dan pulang, dapat memberi kerjasama terbaik kepada semua rakan, guru dan staf. Di tutupi segala kelemahan dan dihargai segala keikhlasan. Selamat jumpa lagi. Manakala semalam sempat say menghadiri satu mesyuarat post mortem gabungan bersama sekolah rendah menengah di SMK Pandan Mewah. Perbincangan memberi tumpuan kepada Karnival Kerjaya di SMK Engku Hussin. Tidak terlepas membincang program negeri akan datang. Dan tidak terlepas peluang kali ini, program blog datang lagi. Kini kami bukakan kepada 40 orang guru untuk mengikutinya selama 2 jam di Footprint, Beranang. Hinga kini masih ada kekosongan 15 tempat duduk. Sila bawa pendrive yang berisi g

Bye Bye Cikgu Sham

Bye cikgu Sham, Bye Cikgu Sham,itulah yang saya dengar dan lihat telatah anak-anak tahun satu apabila terserempak dengan mereka.Sebenarnya kalau tengok jadual peribadi saya, hari Isnin adalah hari terahir saya berada di sekolah, walaupun Khamis adalah saat pendaftaran sebagai mahasiswa baru di USIM. ini kerana hari selasa ada satu mesyuarat bersama pegawai PPD di Shah Alam bersama pegawai Kaunseling Jabatan Pelajaran Selangor. Manakala hari Rabu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melalui tuan Zanol memanggil saya ke Putra Jaya untuk membawa satu bengkel khas seramai 10 orang dari seluruh Malaysia. Khamis baru bergerak ke Pandan Indah. 13 Mac 2009 barulah tamat gelaran mahasiswa. Saya datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan.