Posts

Showing posts from January 27, 2013

Seandainya ... Neraka Sedalam Ini

Image
Dari Khalid bin Umar, ia berkata, ''Utbah bin Ghazwan menyampaikan pada kami, ia berkata, ''Sesungguhnya ia menyebutkan pada kami tentang batu yang di lemparkan dari tepi neraka dan meluncur selama 70 tahun sebelum mencapai dasarnya.'' Demi Allah, Jahanam akan dipenuhi. Apakah kalian terkejut?'' (H.R. Muslim secara mauquf, sedangkan Imam Ahmad meriwayatkan secara mauquf dan marfu'. Yang lebih tepat, hadis ini adalah mauquf.   At-Tirmidzi mengeluarkan hadis dari Hasan. Ia mengatakan bahwa 'Utbah bin Ghazwan menyampaikan di atas mimbar kami, maksudnya mimbar Bashrah, ucapan dari Nabi Muhammad SAW, beliau bersabda, ''Sesungguhnya batu besar di lemparkan dari tepi Jahanam. Ia meluncur selama 70 tahun, tetapi belum mencapai dasar Jahanam.'' Lalu 'Utbah berkata bahwasanya Umar pernah berkata, ''Perbanyaklah kalian mengingat neraka karena sesungguhnya panasnya sangatlah panas, sedangkan dasarnya sangat dalam, dan alat

Apabila Hati Tersentuh

Image
31 JAN 2013. LABU HILIR. Selama 2 jam kurang 5 minit saya menyampaikan ceramah motivasi kepada anak-anak di sekolah ini seramai 75 orang. Aspek awalnya pengurusan masa dan Rahsia Cara Belajar. Tidak ditinggalkan pada penghujung slot, sesi keagamaan, menitik berat soal agama. Jika syarat ingin berjaya ialah berdoa, bagaimana kita nak berdoa jika kita tidak sembahyang. Ramai juga anak-anak yang mengaku secara tanpa paksaan, bahawa ibu dan bapa mereka (ramai) tidak solat. Soalan Malaikat dalam kubur memang sudah umum bak soalan bocor.Tetapi yang menjawab nanti bukanlah mulut kita, akan tetapi amalan kita. Berikut sedutan foto-foto yang sempat dirakam sepanjang ceramah tadi. Dan berikut adalah video yang saya paparkan menyebabkan mereka.... SK Bandar Sri Putra Motivasi UPSR SK Bandar Seri Putra Motivasi UPSR

Kita Bukan Bodoh

Image
Dan Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui apa-apa. Dan Dia menjadikan bagimu pendengaran, dan penglihatan dan hati, agar mudah-mudahan kamu menjadi manusia yang bersyukur. An Nahlu Setiap manusia mempunyai 100ribu sel neuron. 100 bilion neuron jika saluran darah dalam otak disusun ia akan merentang sepanjang 100,000 batuotak manusia adalah organ yang paling berlemak di dalam badan manusia. ia mempunyai sekurang-kurang 60% lemakSerebrum adalah bahagian yang paling besar dalam otak manusia dan melitupi 85 % daripada berat otak.75% daripada otak adalah air.Otak mempunyai struktur yang amat kompleksKetika lahir, otak mempunyai berat 350-400g, semasa dewasa, berat otak meningkat sehingga 1300-1400g .Dikawasan bahagian kiri otak mempunyai 186 juta lebih neuron dari kawasan bahagian kanan.750-1000ml darah mengalir didalam otak dalam seminit atau lebih kurang 3 tin penuh Coca Cola.Kelajuan yang paling rendah apabila maklumat dihantar dian