Posts

Showing posts from March 14, 2010

Lokasi Lawatan di Aceh

Image
Rumah Cut Nyak Dien, Pahlawan Muslimah Aceh. Lhoknga Muzium Tsunami Masjid Teuku Umar, Jalan Stui Institut Agama Islam Negeri Ar-Raniry, Banda Aceh ( Jamiah Ar-Raniry ) Tempat mahasiswa Malaysia belajar Agama Masjid Raya Baitur Rahman Tapak Tsunami Pasentren Lam Ato' Pasentren Aceh Barat Insya Allah, kalau tiada halangan, bulan Jun sempena cuti sekolah, bagi yang berhajat untuk menjejak kaki disana, boleh lah mula mengumpul duit sikit-sikit. Sejauh 2km dari laut, kapal ini dibawa ke sebuah perkampungan berhampiran bandar Kota Banda Aceh. Saya cuba melawat peninggalan sejarah awal ini 2 tahun yang lalu. Kapal ini seberat 200,000 ton dan tak mungkin boleh dibawa ke laut kembali, melainkan dengan kuasa Allah Taala jua. Saya melihat rumah-rumah di sekeliling kapal ini, tinggi juga rupanya air ini, kira-kira separas bumbung rumah, kalau tidak masakan kapal ini boleh berada di sini. Pandangan dari sisi depan kapal Melihat Kebesaran Tuhan

MengingatiNya Semoga di Ingat

Image
Ingatlah Daku (ALLAH) nescaya Aku (ALLAH) akan ingat padamu (wahai manusia) Al-Baqarah : 153 ALLAH berpesan kepada manusia (hambaNya yang mengaku beriman kepadaNya), sentiasalah mengingati ALLAH, nescaya Dia yakni Allah akan mengingatimu. Jika ALLAh mengingati kita, segala permintaan mudah dikabulkan, kesusahan akan bertukar menjadi kesenangan, sempit kelihatan, tetapi lapang didalam jiwanya. Ingat ALLAH di dunia, nescaya Dia akan mengingati kita di akhirat, semasa kita berdepan dengan kesusahan. Mengingat Tuhan adalah secara ingatan dalam fikiran, mengingati kehebatannya, mensyukuri nikmat-nikmatNya, nikmat Islam terutamanya, mengingatNya juga secara hukum, mematuhi segala hukum-hakamNya. Baik senang bagi kita mahupun sukar untuk melaksanakannya. Tidak menjadi masalah bagi Tuhan jika hambaNya melupakan diriNYa. Sebab dia telah berjanji, bahawa setiap perbuatan pasti ada pembalasannya. Yang lupa padaNya di dunia, atau buat-buat lupa, melalaikan perintah sembahyang contohnya, den

Bekukan pengambilan pekerja asing dari Lombok – Puteri

KUALA LUMPUR 19 Mac - Pergerakan Puteri UMNO menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) membekukan pengambilan pekerja asing dari Lombok, Indonesia berikutan trend kahwin lari melibatkan gadis-gadis Malaysia dengan lelaki dari wilayah terbabit yang semakin membimbangkan kini. Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, pihaknya memperoleh maklumat yang mendakwa kira-kira 500 wanita Malaysia berada di Lombok sekarang ini, akibat terjerat oleh ikatan perkahwinan dengan lelaki dari wilayah berkenaan semasa mereka bekerja di negara ini. "Pembongkaran satu demi satu kes kahwin lari melibatkan lelaki dari Lombok menuntut satu mekanisme yang perlu dilaksanakan segera oleh kementerian berkenaan bagi membendung gejala yang tidak menyenangkan itu. "Puteri UMNO percaya ada lagi kes gadis Malaysia nekad meninggalkan keluarga masing-masing gara-gara berkahwin dengan lelaki dari Lombok dan terpaksa mengharungi penderitaan sepanjang berada di negara orang,” katanya dalam satu kenyat

Kenduri Anak Maan Diran

Image
Aik siapa kahwin ni? Seorang sahabat lama, En.Maan Diran baru-baru ini melangsungkan perkahwinan anaknya. Majlis kenduri tersebut di adakan di dataran Bandar Bangi. Kelihatan En.Maan selaku tuan rumah tidak dapat duduk, kejap kejap bangun, dan tak sempat menjamah makanan disebabkan terpaksa melayan tetamu yang hadir. Beliau berketurunan Jawa Johor, sempat mengajar di Sekolah Kebangsaan Sering satu ketika dulu (tahun 1993). Tak sangka setelah berpisah lama, bertemu kembali di bawah PPD Hulu Langat. Beliau sekarang mengajar di SK Bandar Baru Bangi Jalan 2 menjadi pengedar Majalah Solusi dan mengadakan ceramah kuliah bahasa Arab di sekitar surau dan masjid berdekatan.

Motor Paling Hampeh

Image
DEMAK .Inilah motor paling hampeh di Malaysia. Nasihat saya kepada semua, agar jangan membelinya, kalau tidak anda akan menyesal tak sudah. Sudahlah keras, ganti spring baru pun masih keras, apabila anda naik motor ini melalui jalan yang berlopak dan kurang licin, gegarannya boleh dirasakan sampai ke taik telinga. Harga cuma murah sedikit. Hantar semula kedai, mana kedai mau ambil lagi. Tauke kedai pun belum pernah naik sebenarnya motor ini. Bagaimana rasanya dia tidak tahu. Baik beli EX5 atau Honda Kriss. Lagi baik, boleh ke ulang alik tempat kerja yang jauh dengan baik. Tuan-tuan tengok kat mudah.com , kebanyakan orang membelinya akan menjual semula, padahal tak sampai 2,000 km lagi. Saya sendiri nak jual, tapi sampai sekarang tak laku-laku juga.

Dunia Hanya Persinggahan

Tempat abadi mu adalah akhirat, kubur adalah destinasi hidupmu....

Sejenak di Hospital

Image
Mungkin tiada manusia tak pernah ke hospital . Petang tadi dari sebelum asar saya berada di Hospital Kajang hinggalah Maghrib. Alamak ramai nya orang. Dan sibuknya para doktor... Lantaran terlalu ramai pesakit, doktor sendiri terlupa untuk solat. Ketika jam menunjukkan 7.15, seorang doktor perempuan bersuara: Alamak...saya belum solat Asar lagi. . Lantas dia tinggal semua kerja dan bergegas ke tempat solat. Padahal sudah hampir maghrib. Entah berapa ramai lagi pesakit dan perawat yang terlupa dan buat-buat lupa sholat. Ada pula seorang ibu bertanya kepada isteri saya semasa meninta izin untuk solat Asar, awak masih sembahyang lagi ke? Saya dah tak larat dah...sambungnya. Sebenarnya tergantung pada diri kita jawab isteri saya, kalau ada kekuatan dalaman, kita pasti boleh lakukannya. Hmmm...rupanya ada manusia yang apabila mengandung sarat, muatan penuh katakan, dia tinggalkan sembahyang. Padahal sembahyang itu wajib, meninggalnya adalah berdosa besar. Itu yang cuti kerana hamil. Y

Solusi Hadir Mengisi Kekosongan

Image
Salam pertemuan, kali ini saya ingin melontar sebuah pandangan peribadi, hanya sebuah pandangan berkaitan Majalah Ilmiah di Malaysia. Jika anda membaca halaman pendapat pada Majalah Solusi, ramai yang memuji kehadirannya, bertepatan dengan jiwa yang dahagakan ilmu agama. Seorang kaunselor SMK Saujana Impian, En.Zaher bin Ahmad (gambar sebelah kiri) mengatakan " Majalah ini patut dibaca dan dimiliki oleh semua kaunselor, kerana di dalamnya amat banyak bahan yang menarik dan boleh digunakan oleh kaunselor sekolah ". Sayangnya belum ramai yang jatuh cinta dengan Majalah ini kerana belum mengenalnya. Rata-rata mereka yang pernah membacanya, akan mencari jilid-jilid yang sebelumnya. Apa yang menariknya ialah banyak perbahasan tentang agama dibincang seperti soal aurat, ibu bapa derhaka, hati dan lain-lain. Ini menjadikan majalah ini seakan baru muncul bagi rakyat di Malaysia. Sesungguhnya saya lebih suka sebenarnya, jika adanya sebuah Majalah di Malaysia yang mengupas isu dan