Posts

Showing posts from August 26, 2012

Jika lah Ada Mak Ayah Sedang Berdoa di kala ini

Image
ALHAMDULILLAH, perkataan yang palings sesuai kita iringi pabila melihat pencapaian anak-anak yang semakin baik. Keputusan ini adalah yang terakhir setakat ini, tahniah kepada semua guru, semua pelajar dan juga ibu bapa yang telah membantu dengan apa jua dorongan untuk melihat anak-anak anda berjaya.                                                                Apalagi yang mahu kita lakukan, dan apalagi yang boleh kita lakukan untuk mengekalkan prestasi sedia ada bagi yang sudah mencapai target 5A dan mengangkat anak-anak yang mendapat 4A untuk dilonjakkan ke 5A, sebaris dengan anak-anak orang lain yang berjaya? Doa Senjata Mukmin Jikalah anda mahu percaya kepada hadis di atas, anda yakinlah, doa satu-satunya alat yang dikatakan "spelet" untuk mengubah nasib anak anda. Disamping berusaha dengan gigih dan sungguh-sungguh, mengenepikan segala yang perlu diketepikan. Tiada lagi marah, membebel dan merepek saat ini, yang ada hanya doa, dorongan, solat, senyum, ketenangan dan

Harapan Menggunung UPSR Untuk Pelajar SKB 2012

Image
"Barangsiapa yang berusaha, dia akan mencapainya apa yang diusahakannya" Demikian pepatah Arab sejak zaman berzaman. Hanya tinggal beberapa hari saja lagi, UPSR akan menjelma secara pasti. Tiada lagi siksaan penantian berkurun lama..UPSR adakalanya menjadi dinding yang akan memisahkan antara anak dan kedua ibu bapa. Sekolah berasrama menjadi tempat menuntut ilmu sekian lama, sehinggalah SPM. Sesekali balik rumah untuk melepaskan penat dan letih di asrama. Maklum semua kerja di asrama kena buat sendiri, dari lipat cadar dan kain selimut, hinggalah basuh baju dan kasut. Semuanya dilakukan sendiri. Bagi pelajar yang tidak pernah memegang seterika, agak kekok hendak menggosoknya, bagi pelajar lelaki, asal tak nampak kedut sangat, pakai je lah.Lagi pun bukan ada sesiapa yang nak bagi markah pun kan. Baiklah, sempena UPSR yang hampir tiba ini, pihak sekolah menyediakan air Yasin  untuk murid, air ini dibacakan sempena Solat Hajat waktu berbuka puasa baru-baru ini. Harap-harap air

Orang Malaysia Hebat

Image
Kalau anda ke Vietnam khususnya Ho Chi Minh City, anda tak akan melihat foto seperti ini.