Posts

Showing posts from July 18, 2010

Sedutan 2 Gotong

Image

Sedutan Gotong-Royong

Image
Keceriaan dipagi hari ... Kawasan tandas lelaki....fuh.....lebih gawat jadinya..semua nak gotong Seramai 50 orang mahasiswa dari KUIS, bersama ibubapa, murid-murid tahap 2 dan guru-guru telah hadir ke program Gotong-Royong Perdana di Sekolah Kebangsaan Bangi. Makanan hari ini telah di taja oleh YDP PIBG, En.Jamsari , juga mantan bekas pelajar sekolah ini. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir kerana telah sudi mengindahkan, juga menceriakan kawasan sekolah.

Pergaulan bebas punca utama

KUALA LUMPUR: Seramai 768 remaja seawal usia 13 tahun, melahirkan anak yang sebahagian besarnya luar nikah sejak 2008 hingga bulan lalu, akibat pergaulan bebas. Berdasarkan rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini saja, JKM mencatat 111 kes remaja bawah umur hamil berbanding 113 kes sepanjang 2009 dan 107 kes pada 2008. Jumlah itu dipercayai lebih tinggi kerana ia berdasarkan kes dirujuk kepada JKM untuk mendapatkan perlindungan di Taman Seri Puteri, selain statistik tiga hospital kerajaan – Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang dan Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Ada 135 hospital kerajaan di seluruh negara, tetapi usaha Berita Minggu mendapatkan perangkaan di kebanyakan hospital tidak berjaya, kerana antara lain alasan ialah isu sensitif dan bimbang dikenakan tindakan Kementerian Kesihatan. Sebahagian remaja berkenaan membuat pengakuan sudah berkahwin kepada pihak hospital, ada mendakwa tidak tahu hubungan se

Out Of Date Dalam Ibadah

Image
Kalau kita lihat dari aspek dunia, barang lama kini sudah menjadi tatapan sahaja, nak dijual pun tak berapa laku. Dulunya kamera SLR Filem begitu mahal sekali, tetapi apabila datang DSLR (Digital) SLR, orang tidak lagi memandang kepada barang lama. Mata kian menjeling kepada yang baru. Kerana benda baru, boleh menyelesaikan banyak benda. Begitu juga dengan cara memasak, kalau dulu orang guna dapur kayu, kini manusia sudah beralih ke dapur elektrik, atau mudahnya Rice Cooker. Manusia mula beralih pada cara baru, cara moden. Cara lama, memasak menggunakan dapur kayu bukan salah, tetapi bukan zamannya lagi. Begitulah dalam beribadah, kita disuruh Tuhan supaya berzikir, mengingatinya, jika anda mencari-cari jenis zikir yang ada, ternyata banyak sekali. Ada zikir yang anda tak akan sanggup melakukannya, kerana memerlukan kita memperuntukkan masa yang lama dan bacaan-bacaan yang perlu dihafal. Namun ada juga zikir yang ringkas, tetapi memadai. Ada ulama Tasauf berkata, " Fasy taghil

Dia bukan tukang Bid'ah, Tetapi Wali Allah Yg Besar

Image
Makam Dzun Nun Al-Misri Sekitar 15 tahun dulu saya pernah membaca riwayat hidup beliau. Kini saya temui gambar makamnya, kepada pembaca sekalian, saya salin sedikit dari sejarah hidupnya. Semasa hendak menghembuskan nafas terakhir, Dzun Nun Al-Misri (Lahir di Mesir) telah ditanya, apa yang beliau hendak, beliau menjawab " Saya hendak tahu waktu mati sebelum saya menghembuskan nafas yang terakhir ini ". Kemudian dia pun berkata " Takut kepada Allah menyebabkan aku sakit, rindu hendak bertemu denganNya telah membakar ku, cinta telah membunuhku dan Allah menghidupkanku ". Pada masa itu, Husin bin Yusuf tiba dan meminta pengajaran dari beliau, Dzun Nun berkata, "Janganlah bercakap dengan ku waktu ini kerana aku berada dilembah yang menakjubkan, dan melihat rahmat dan kurnia Allah sedang menghujani aku". dan selepas itu ia pun kembali ke rahmatullah. Pada masa is menghembuskan nafas terakhir itu, orang nampak tangan ghaib menulis dalam bahasa arab didahin

Banyakkan Doa Saat Menghampiri Ujian

Image
Al-Quran itu Nur, cahaya yang menerangi hati manusia yang malap, gelap dan kurang cahaya. Cahaya dihati akan bersinar hingga ke wajah. Hati yang gelap, akan terselah kegelapan diwajahnya. Oleh itu, jagalah wajah anda, dengan selalu berwuduk dan berzikir, hindari maksiat, dosa.... kerana itu semua, bakal menggelapkan hati anda. Hati yang gelap, jauh dari Allah, bilamana jauh dari ALLAH, dosa pun tak takut untuk dibuat, siksa kubur tak digeruni, api neraka tak dirasa menyiksa.Sebab hati jauh, gelap ...diselaputi lapisan-lapisan ozon dosa yang bertimbun. Sabda Nabi, bilamana " Seorang anak Adam berbuat dosa, satu titik hitam di tanda dihatinya, 2 dosa 2 titik hitam, hingga akhirnya hatinya penuh titik-titik hitam ". Akhirnya, dia lupa Allah, lupa mati, lupa siksa kubur dan azab neraka.

Kaunseling Berfokus : Sederhana

Image
Kumpulan Kaunseling Berfokus Group Sederhana Ahli kumpulan ini terdiri dari kelas kedua, program yang telah dijalankan. 1. Pertemuan pertama, berkenalan 2. Menetapkan peraturan dalam kumpulan. 3. Membina Matlamat Hidup (Akademik) 4. Sungai Kehidupan : Melukis 5. Sungai Kehidupan : Pembentangan 6. Bincang Isu dan Masalah Terkini Murid mengambil apa sahaja benda-benda dalam bilik bimbingan, untuk menerangkan siapa dirinya dengan menifestasi kepada benda tersebut. Aku adalah sekuntum bunga.....yang harum semerbak, diriku suka menggembirakan orang lain, daku tak pernah menyusahkan sesiapa, malah daku menambah seri kehidupan insan lain. Daku di cari dimana-mana, orang-orang yang berjiwa seni, pasti menyukai aku.

Kaunseling Berfokus

Image
Kumpulan Sesi kaunseling berfokus SK Bangi Group Cemerlang Hari ini sesi mengumpul masalah. Rata-rata bercakap tentang masalah yang sama, namun ada satu masalah yang menjadi tumpuan. " Bila ambil buku nak baca, rasa boring, lepas tu letak balik dan pergi main game "- Antara masalah : 1. Saya tak boleh belajar sorang2, rasa boring sangat, kalau boleh nak ada radio, mak saya bawa radio tu pergi tempat kerja, sementara saya, tak ada adik dan kakak, saya anak tunggal. 2. Bila saya baca buku, saya mesti duduk baring, 5 minit kemudian, saya pun zzzzzzz. 3. Bila saya baca buku, sampai satu bab saya tak faham, saya pun langsung tutup buku. 4. Bosanlah belajar sorang2 5. Selalu kena marah cikgu.... . nak tanya pun dah tak berani

Tamu dari Papar, KOtad Belud dan Lipis

Image
Kadang-kadang ada masa lapang, boleh lah sembang-sembang. 3 orang adik-adik ini katanya datang dari Sabah, sementara sorang lagi dari Lipis, Pahang. Nak korek sejarah di SK Bangi tentang perkhidmatan unit Bimbingan dan Kaunseling. 2004, Cikgu Raja yang mengambil alih tugas dan peranan Unit ini, saya lihat cukup cemerlang sekali apa yang Cikgu Raja Khariah telah lakukan, syabas. 2005, saya mula posting disini, sejak itu secara rasmi adanya GBKSM di sekolah ini hingga hari ini. Saya mula-mula tak tahu apa tu GBKSM, rupa-rupanya Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa. Sejak itu juga, Unit Bimbingan dan Kaunseling ditubuhkan, kemudian ada pula Pembimbing Rakan sebaya (PRS) dan Kelab Pencegahan Jenayah. Ntah apa-apa banyak sangat kelab, bila masa nak urus yang itu dan yang ini. Akhirnya nama kesemua kelab itu dimansukhkan, yang ada kelab pencegahan jenayah, tetapi semua program lain, kami jalankan sikit-sikit, seperti Teknik Asas Kaunseling, Kepentingan Kaunseling dan Perihalan

Dialog Dengan Jin Islam

Image
Baru jumpa buku ini, artikel saya yang ke 1386 menerangkan sedikit berkaitan masalah tidak boleh menggantung sebarang gambar manusia atau makhluk bernyawa didalam rumah. Artikel 1387 ini pula hanya nak bagi tahu muka surat berapa. Dalam buku kulit biru muda ini, saya jumpa pada halaman 144. Jin Islam berkata kepada Muhammad Isa Dawud selaku pengarang buku, syaitan akan duduk bertenggek di atas gambar tersebut. Dari 1 aspek, doa kita tidak akan diterima, kerana semasa berdoa, syaitan ada bersama kita. Doa kita minta anak dapat 5A dalam UPSR, minta suami selamat, minta itu ini, tapi rumah kita penuh dengan gambar-gambar. Kadang-kadang anak muda sekarang ini suka pacak gambar artis di dinding, orang main gitar karen, itu menjadi idola dia. Yang perempuan suka "tempek" gambar artis separuh bogel, dia ambil dari Majalah Mangga, URTV lah. Ada juga pelajar yang pulang dari luar negeri, tunjuk-tunjuk gambar dia dalam almari, macam sebuah rak tayangan. Gambar perkahwinan dan seba

Liputan : Memagar Kawasan

Image
20 Julai 2010. Upacara Perawatan Mahkluk Halus di SK Bdr Seri Putra yang dijalankan malam tadi oleh Pengamal Perubatan Islam Darul Syifa Bandar Baru Bangi berjalan mulus. Awalnya, jam 6.30 petang rombongan tiba di perkarangan sekolah. Waktu Magbrib masuk,semua hadirin ke dewan untuk solat Maghrib berjamaah.Sesudah solat Maghrib, sedikit taklimat diberikan kepada hadirin, antara isi taklimat ialah bagaimana cara perawatan yang akan dijalankan. Pengerusi Darul Syifa turut menyentuh antara lain kes-kes yang pernah berlaku dan ditanganinya. Antaranya, seorang murid lelaki sering ketawa dalam biliknya apabila tiba waktu malam. Awalnya sang bapa ingat anaknya ketawa disebabkan oleh cerita di TV. Lama kelamaan rupanya ada "kawan lain". Sang bapa membawa anaknya untuk dirawat. Namun yang sebenarnya, bilik tempat anaknya duduk juga bermasalah. Apabila sang anak ke sekolah, jin itu akan duduk didalam bilik tersebut macam rumah dia sendiri. Apabila tiba waktu malam, jin-jin anak itu

Sejenak Warga KPM di SK Bangi

Image
20 Julai 2010. BANGI . Dr.Hjh.Bity Salwana binti Alias bersama seorang pensyarah telah mengunjungi SK Bangi pada hari ini. Beliau adalah Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia telah singgah untuk berjumpa guru-guru atas tujuan mendapat feedback berkaitan soal selidik guru-guru besar yang telah mengambil Ijazah baru-baru ini. Pertemuan yang begitu mesra dan hangat itu tadi, telah memecahkan beberapa persoalan yang bermain dalam pemikiran kedua-dua belah pihak. Beliau mengucapkan berbanyak terima kasih atas saranan untuk penambahbaikan kaji selidik. Ada antara guru yang belum melihat emel tersebut. Ada juga emel yang masuk ke kotak SPAM. Untuk makluman, seramai 9 orang guru-guru dari SK Bangi telah dipilih secara rawak untuk menjawab soal selidik tersebut. Saya berminat untuk menjalankan kajian tindakan, tapi....apa kes agaknya yang boleh diketengahkan?

Selangkah Dalam Perjalanan

Image
Inilah rumah yang penulis sempat menumpang selama 2 bulan untuk mencari wang melalui derma sebelum ke Aceh Darussalam. Ketika itu tahun 1998 awal. Penulis berangkat ke Aceh bulan Ogos 1998. Ketika saya ke rumah ini sekali lagi Ahad kelmarin dan menyatakan hasrat untuk membukukan secara e-book sejarah perjalanan hidup saya selama ini, Pok Hen menyambut baik hasrat itu, malah anaknya Idris turut ingin membantu dari segi melukis jika diperlukan. Rumah setinggan ini terletak di tepi "tali air" di Selayang Pandang, walau Pok Hen tidak lagi tinggal di sini, tetapi anak sulongnya yang menetap di sini. Inilah rumah baharu yang menjadi tempat tinggal POk Hen dan keluarga sekarang. Kisah hidup saya ini saya coretkan sedikit untuk tatapan pembaca, kerana di sisi tertentu yang boleh memberi pengajaran kepada yang membacanya- Anda boleh membacanya didalam Biodata ku , walaupun ianya belum menemui titik penamat- tetapi sudah mampu menginjak pada sasaran awal penulis, dan ianya masih d

Jangan Gantung Gambar didalam rumah

Image
19 Julai 2010. NILAI. Berikutan SK Bdr Seri Putra mengadakan acara rawatan pengusiran hantu, alias jin esok hari, ada 1 statement yang saya dapat dari kekawan, jika ada mana-mana orang yang pulang semasa Maghrib, sila masuk rumah membontot, jangan berjalan ke depan, di khuatiri ada yang ngikut sama. Kita tak mahu lah ada jin ke hantu dalam rumah, sebab dia menggangu kita. Lebih-lebih lagi anak kecil yang usia 2 tahun ke bawah, mereka, memang nampak jin-jin dan hantu ni. Tapi malangnya, ramai jugak umat Islam yang memanggil jin masuk ke dalam rumah. Anda tahu? Tindakan memapar gambar manusia atau memajan gambar di sudut-sudut dinding dalam rumah itulah memanggil jin masuk. Saya ada 2 dalil yang menyokong hal itu. Yang pertama buku kulit biru, Muhammad Isa Dawud, Judulnya, Dialog Dengan Jin, kata beliau dalam bukunya itu, jin mengakui bahawa dia (jin) dan gambar seperti besi berani, akan automatik melekat disitu. Anda boleh baca buku tersebut. Saya juga pernah dengar, ada sebuah ma

Majlis Rawatan SK BSP

19 Julai 2010. Malam esok (Isnin), seramai 30 orang dari Darul Syifa' Insya Allah akan datang ke SK Bandar Seri Putra dalam rangka merawat sekolah tersebut yang terkena gangguan. Pesanan dari pihak Darul Syifa supaya berada didalam rumah dari Maghrib hingga malam. Tutup semua pintu dan tingkap. Kalau sesiapa pulang ke rumah waktu maghrib, sila membontot, jalan berjalan ke depan waktu masuk rumah, dikhuatiri ada yang ikut. Pesanan dari wakil SK BSP.