Posts

Showing posts from December 7, 2008

Ciri-ciri Penagih

Adanya perubahan/merosot kehadiran atau prestasi mutu kerja, hasil kerja dan disiplin di sekolah/tempat kerja. Marah – marah atau meradang tak tentu sebab. Turun berat badan, selalu menguap dan tidak bermaya. Hilang selera makan atau selera bertambah. Permukaan mata berkaca, cengkung, mata berair dan kuyu. Apabila bercakap tidak bertentang mata. Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri, tidak ceria, muka menjadi pucat. Parut atau bekas suntikan di lengan. Diri menjadi tidak terurus seperti malas mandi, gosok gigi. Hujung jari dan kuku berwarna kekuningan atau kemerahan. Selalu menggaru terutamanya dibahagian hidung dan kelakuan aneh. Suka memencilkan diri di dalam bilik air, setor, rumah kosong, masuk di dalam semak dan tempat dimana tiada orang. Tidak mahu makan bersama –sama keluarga dan s

Apa ada Dalam Rokok?

Image
Tar (bahan untuk membuat jalan raya) Ammonia (bahan dalam pencuci lantai) Napthylamine (ubat gegat) Arsenik (racun anai-anai) Nicotine (bahan yang boleh mendatangkan ketagihan) Kadmium (terdapat dalam bateri) DDT (Ubat nyamuk) Formaldehyde (untuk mengawet mayat) Butane (gas yang boleh membunuh) Methanol (Bahan pembakar untuk roket) Hydrogen cyanide (racun) Toluene (bahan pelarut) Carbon Monoxide (gas beracun)

Bahana Tinggal Dengan Nenek

Image
BANGI. 10 Dis 2008 .Entah mengapa, sudah banyak kali saya temui, anak-anak yang hidup membesar bersama atuk dan nenek biasanya (walau bukan semua) akan bermasalah bila dewasa nanti. Hari ini dalam sesi temubual dengan penagih yang Re-Lapse (Ulang menagih setelah berhenti) turut terjebak dalam kancah penagihan, juga sejak kecil tinggal bersama nenek. Yang saya sedih, sudah lah nenek tu dah tua, masa muda dulu tak sempat nak berapat dengan Tuhan, kini waktu tua, terpaksa pula memelihara cucu. Dulu bela anak, kini bela cucu jadinya. Jadi bila masa dia nak berapat diri dengan tuhan di saat-saat jasadnya hampir rapat dengan liang lahad. Bahana nya sudah berkali-kali saya jumpa, dia akan bermasalah. Entah kenapa ya. Dulu zaman Nabi orang hantar anak mereka ke lereng-lereng gunung untuk di susukan oleh ibu-ibu di sana. Nabi sendiri di susukan oleh Halimatun Sa'diah. Namun tak pulak menjadi masalah. Orang Beranang Rupanya Setelah tamat sesi saya ingin pulang. Seorang penghuni berbaju

Biodata Pelajar Spada 2008

Anda ingin berkenalan? Atau menjemput mereka memberikan ceramah tentang dadah ditempat anda? Silakan layari web dibawah ini. http://www.kaunselor.com/portal/spada/pelajarspada.html atau Just Klik Here