Posts

Showing posts from February 6, 2011

Menijau Kampung Sungai Buah Bersama Mr.Michael

Image
11 Feb 2011. BANGI. Bertuah, ya bertuah, SK Bangi menerima seorang guru dari Liverfool, Mr.Michael. Hari ini beliau datang untuk melihat invironment persekitaran Bangi. Saya membawanya melihat beberapa buah perkampungan dimana murid sekolah ini tinggal. Antaranya, Kampung Bahagia, Sungai Buah, Desa Mahkota dan Taman Bangi Indah. Beliau akan datang ke sekolah ini setiap hari Khamis selama 2 tahun untuk membantu meningkatkan Bahasa Inggeris guru dan murid-murid di sini. Salah sebuah rumah diperkampungan orang Asli. Beliau katanya suka melihat keadaan di sini yang tenang dan udara yang nyaman Saya tunjukkan sebuah ini, dipintu tadi ada seorang murid darjah 6, tidak ke sekolah hari ini, apabila saya datang, abangnya keluar, mendekati kami, apabila saya keluarkan kamera terus hilang "zaap" kedua-dua beradik tadi. Kenapa tak sekolah? Motor pancit cikgu, sambil menunjukkan motornya di belakang. Murid kematian ibunya 3 tahun yang lalu, saya berbincang dengan Mr.Michael macam man

Sejauh Mana Peranan Pengawas Dapat Membantu Sekolah

Image
Insya Allah, Jumaat ini saya bertolak ke Kuantan, Pahang. Pada 12 Feb 2011 saya dijemput untuk menyampaikan ceramah Kepimpinan kepada pengawas Sekolah Kebangsaan Ubai, di Pekan. Pengawas di sekolah ibarat polis di tengah jalan raya. Memantau, memberi nasihat, menegur, cuma tidak boleh menyaman. Kebanyakkan sekolah mempunyai banyak kategori pengawas. Namun ramai guru yang tidak mengambil tahu apa masalah yang dihadapi oleh pengawas. Mungkin kesibukan guru atau guru sesama guru saling mengharap siapa yang lebih memberi perhatian kepada pengawas. ANTARA masalah pengawas ialah Bidang tugas pengawas, arah tuju tugasan mereka dan ke mana hendak mengadu jika menghadapi masalah. Dan selepas mereka bertindak mengikut lunas-lunas peraturan sekolah, mencatat nama murid yang melanggar peraturan, siapa sebenarnya yang berperanan untuk mengambil tindakan lanjut? Disini kebanyakkan sekolah hari ini, tidak sempat memberi tumpuan atau perhatian. Dengan itu, tidak hairan jika mood seorang pengawas a

Putaran Hidup

Image
Seronok tengok Kak Pidah dah 2 kali keluar TV.Malam ni keluar lagi dalam 360 TV3. Saya sempat bersama Kak Fidah dan kakitangan Rumah Sinar Salam dan juga pegawai AADK Wilayah mengikuti program Out Reach yang mereka jalankan pada tahun 2008. Kak Fidah dan suami nya (Raja Azizan) sebenarnya berasal dari bekas penagih dadah. Kalau tak salah saya, Kak Fidah pernah 3 kali masuk pusat, dan penjara tak pernah katanya. Sekarang ini beliau mengusahakan Rumah Sinar Salam di Chow Kit bagi membantu gelandangan (bahasa Indo), pelacur-pelacur dan penagih dadah. " ( Gambar di atas, saya dan Cikgu Nan sedang bersoal jawab dengan penagih, malam tu kami minta dia keluarkan apa barang yang ada dalam begnya, ternyata ada jarum, dan paling malang, anak negeri saya sendiri...huhu ) Rumah lokasi kegiatan Kak Fidah dibiayai oleh kerajaan. Syabas Kak Fidah, dari bekas penagih, kini menjadi manusia yang beramal untuk membantu penagih. Hanya penagih yang mengenal jiwa dan perasaan sesama penagih. Mala

Siapa yang benar, Jebatkah yang benar, atau aku yang benar

"Siapa yang benar, Jebatkah yang benar, atau aku (Hang Tuah) yang benar?" Baru selesai menonton filem melayu Hang Tuah.Sebelum ini pun saya pernah menonton filem lama yang berwarna ini, namun belum pernah memahami isi ceritanya. Malam ini saya berjaga, untuk terus mengambil isi penting dalam cerita ini. Apa cerita dan jalan kisahnya. Ya. Saya jumpa.Terima Kasih Tuhan. Sungguh, dalam perasaan saya berfikir, setelah melihat watak-watak pelakon dan lakonan sebentar tadi, dimana mereka semua ini (dalam filem tadi) hari ini ? Siapakah antara mereka yang masih hidup. Dan jika sudah meninggal, sedang "apaan" mereka di alam sana. Dimana Tun Teja, dimana Raja yang berdaulat, dimana hulubalang dan dimana semua manusia yang pernah hidup dizaman itu? Dimana.... oh dimana? Aduh..sungguh hidup ini sementara cuma, kita yang dihidupkan sementara disini sebenarnya sedang berlakon dipentas dunia nan fana. Sebelum kita ada disini, adanya mak ayah kita, sebelumnya ada ibu dan bap