Posts

Showing posts from November 29, 2009

Kembalikan Tangan Ita Ayah...

Image
Sepasang suami isteri, seperti pasangan lain dikota-kota besar, meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah, dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya. Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi tidak kelihatan kerana diperbuat daripada marmar, lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya ... kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apalagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa & ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam. Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ay

Bila Peraturan Kita Ketepikan

Image
Jalan raya Selayang berhampiran Pasar Borong memang selalu menelan manusia. Mangsanya terus bertukar-ganti. Yang dulu dah mati, yang kini kena lagi. Jejantas ada, tapi penat kena naik dan turun. Akhirnya cuba berlari, mana lebih laju antara kita dan ratusan kenderaan yang sedang memecut 90-110 km sejam.

Risiko Mengorek Telinga

Mungkin ada antara anda yang akan mengorek telinga anak hampir setiap minggu semata-mata untuk mengeluarkan tahi telinga dan memastikan telinga anak anda sentiasa bersih. Bagaimanapun, sedarkah anda bahawa perbuatan mengorek telinga itu boleh menjejaskan kesihatan telinga dan dikhuatiri boleh memudaratkanpendengaran? Putik kapas merupakan pilihan untuk mengorek telinga Tidak kiralah sama ada anda menggunakan putik kapas, pengorek telinga diperbuat daripada besi, pin, kunci kereta atau apa saja bahan untuk mengorek atau mengeluarkan tahi telinga, hakikatnya, perbuatan mengorek telinga memang tidak perlu dilakukan. Ini kerana, tahi telinga mampu bertindak sebagai pelindung sama ada terhadap serangga mahupun debu kotoran. Pakar Telinga, Hidung dan Tekak di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara, Dr Aminuddin Saim, berkata dalam keadaan normal, tahi telinga akan keluar sedikit demi sedikit kerana lapisan kulit telinga mempunyai mekanisme yang akan mengeluarkannya secara berterusan. Ju

RINDU ACEH

Image
Ramai sahabat yang bertandang ke Facebook melahirkan rasa rindu untuk kembali menjengok tanah rencong tercinta. Ada yang minta tolong info awal-awal sebab mahu mengurus surat kebenaran cuti. Buat masa ini, ada pula Air Asia yang menjadikan Banda Aceh antara destinasinya. Harga agak lumayan kira-kira RM 245.00 sahaja, pergi balik termasuk cukai $25.00. Untuk bergabung dengan saya di facebook sila add Noorhisham Hamzah di carian facebook anda.

BAPA PUNCA ANAK MENAGIH

Image
Banyak kes saya jumpa mereka menjadi penagih adalah disebabkan oleh tindakan, dan sikap bapa sendiri, hatta kes-kes berprofil tinggi. Berikut beberapa kes yang sempat saya ingat ketika ini. 1. Seorang remaja, bapanya juga seorang penagih, dia walaupun sempat belajar sampai luar negeri, tetapi kecundang kerana terjebak dengan dadah ketika sebelum tamatnya penagajian.Dia dibuang dari persekolahan dan ditarik biasiswa. 2. Bapanya OCPD, katanya dia menjadi penagih bukan kerana dia bodoh ujarnya, tetapi kerana bapanya tidak pernag menghargai kegigihan dan kehebatannya di sekolah dalam arena sukan sehingga menjulang nama sekolah. Bila dia pulang ke rumah dan tunjukkan meadle yang dia dapat, bapanya tak endah. 3. Bapa selalu bergaduh dengan ibu sehingga akhirnya berlaku perceraian. Dia melarikan diri dari rumah dan mencari pekerjaan di negeri orang lain di usia 14 tahun, akhirnya dia menjadi penagih. Sesungguhnya " Ar-rijaalu qawwaamuuna 'ala nisa '" Lelaki adalah pemimpin

Pulau Pinang Haramkan BTN

Kerajaan Pulau Pinang hari ini mengikuti langkah Selangor apabila memutuskan bahawa semua kakitangannya dan pelajar institusi pengajian tinggi milik penuh kerajaan negeri diharamkan dari mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN) yang dianjurkan oleh Kerajaan Persekutuan berkuat kuasa serta-merta. Pengumuman dibuat Timbalan Ketua Menteri 1, Dr Mansor Othman dalam sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang tengahari tadi. "Mulai hari ini Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengikuti langkah Kerajaan Selangor yang mengharamkan BTN kerana tidak melaksanakan modul sebenar bahkan mengisi modul dengan sikap jijik, menghina dan mencemuh kepimpinan Pakatan Rakyat, " jelasnya. Kerajaan juga sedang mengkaji mana-mana pihak yang menganjurkan kursus serupa kerana ada laporan mengatakan mereka sengaja melemparkan kata-kata nista kepada pihak tertentu yang tidak menyokong Barisan Nasional (BN). Menurut Dr Mansor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti, laporan yang diterima

Ibrahim Adham : Sufi Terkenal

Diceritakan ada seorang lelaki datang menemui Ibrahim bin Adham. Ia berkata kepada Ibrahim bin Idham: "Hai bapa Ishak (Ibrahim). Saya ini telah menzalami diri sendiri, maka terangkan padaku sesuatu yang dapat menginsafkan diriku dan menyelamatkan hatiku". Ibrahim bin Idham pun menjawab: "Jika engkau dapat menerima dan boleh melakukan 5 perkara (yang akan aku katakan)) nescaya apa sahaja kesedapan yang engkau kecapi tidak akan memudaratkan diri mu. Lelaki tersebut pun berkata: Apa dia ?. Cubalah engkau beritahu wahai bapa Ishaq. Ibrahim menerangkan: Pertama Apabila engkau hendak menderhaka kepada Allah, maka jangan engkau makan rezeki Allah!. Lelaki itu meningkah dan berkata" Dari sumber manakah lagi aku hendak makan, sedangkan segala yang ada atas dunia ini ialah rezeki kurniaan Allah " Ibrahim idham mencelah " Wahai pulan, adakah patut dan wajar engkau makan rezeki kurniaan Allah, kemudian engkau menderhaka kepadanya!. Tentu tidak" jawabnya. Baikla

Syabu, sekali mencuba,selamanya mahu

Image

Sesungguhnya haiwan korban

Rasulullah saw bersabda: "Tiada suatu amalan pun yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Korban , lebih dicintai oleh Allah swt selain dari menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu nanti di hari kiamat akan datang berserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya, kuku-kukunya dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, pahalanya telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semuanya dengan pahala korban itu". (HR. Tirmidzi dan Ibn Majah) "Para sahabat bertanya kepada Rasulullah saw: "Ya Rasulullah, apakah Ud-hiyyah (korban) itu?". Rasulullah menjawab: "Itulah sunnah ayahmu Ibrahim". Para sahabat kembali bertanya: "Apakah yang kita akan peroleh dari Ud-hiyyah itu?". Rasulullah menjawab lagi: "Pada setiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan itu) kita akan mendapat satu kebajikan". (HR. Ahmad dan Ibn Majah) "Barangsiapa yang diberi kemudahan, sehingga ia mampu berkorban akan tetapi tidak m