Posts

Showing posts from April 12, 2009

PUTERI ISLAM TAK BAGUS, CIKGU

Image
Berhati-hati bila mengambil kira cakap anak. Memang budak ini seorang yang polos (cakap apa adanya), tidak pandai menipu lagi. Namun sebagai cikgu, mak dan ayah, kena teliti dulu cakap mereka. Jangan telan bulat-bulat, jangan kasi naik angin kita dibuatkan. Apalagi yang ada penyakit lemah jantung ke, takut-takut cepat mati....sedang tak sempat minta maaf. Ada ada sebuah kisah, berkait dengan mulut budak ni, cerita ini saya dapat dari ibu kepada murid itu sendiri. Kisah ini dituturkan sendiri pada saya. Cikgu kita dulu suruh pilih nak rumah pasukan apa kan, ingat tak, saya dulu pilih pengakap. Tetapi zaman sekarang, disebabkan murid ramai sangat, kalau cikgu bagi pilihan, semua akan masuk pengakap... atau semua masuk puteri Islam, ... begitulah kononnya, sehingga persatuan lain akan berkurang ahlinya. Untuk memudahkan cerita, supaya guru yang ahlinya ramai tidak menjadi susah, kalut dan sibuk, sekarang ini cikgu dah siap agih-agihkan murid ini masuk apa, murid itu masuk persatuan apa.
Image
SEREMBAN 12 Mac - Berteraskan faktor orang lelaki harus menjadi pemimpin, pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Mohamad Aizuddin Mohd. Yaakob, 18, sentiasa memastikan dia tidak 'ditewaskan' rakan pesaing daripada kalangan pelajar perempuan. Dia yang memperoleh keputusan 13 1A dalam semua mata pelajaran yang diambil dan muncul antara pelajar cemerlang negeri ini berkata, dia menterjemahkan 'keegoan' itu pada usaha yang lebih gigih supaya ia menjadi sandaran untuk memperoleh keputusan cemerlang. lagi

http://kassim8888.blogspot.com/

Image
Sempena warna blog bertukar kepada warna hijau, jadi tuan blog letak kereta antik Wolkswagen berwarna hijau di sini. Bukan kereta tuan blog ya! Tapi tuan blog pernah berangan-angan untuk memiliki kereta antik seprti ini tapi tak kesampaian. Lesen memandu tuan blog telah digantung seumur hidup. Cuplikan dari klik

CONTOHILAH MADIHAH

Kaedah belajar Madihah patut jadi teladan SAMA ada Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal atau Mohamad Aizuddin Mohd Yaakub, mahupun pasangan kembar Rohamina-Rohaisha Jamil, masing-masing nampaknya menggunakan resipi serupa dengan mengingati dan mendekatkan diri kepada Allah SWT sebelum dan sesudah mengulangkaji pelajaran sehingga akhirnya muncul pelajar cemerlang terbilang. Pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah muncul pelajar cemerlang peringkat nasional apabila memperoleh 20A termasuk 1A2, mengatasi rekod cemerlang Siti Fatimah Mokhtar yang mendapat 18A termasuk 1A2 pada 2006, dari sekolah yang sama, Maahad Muhamadi (Perempuan) di Kota Bharu, Kelantan. Mohamad Aizuddin pula memperoleh A1 dalam semua 13 subjek yang diambilnya dan antara pelajar terbaik SPM 2008 Negeri Sembilan. Pasangan kembar Jamil yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) King George V, Seremban mendapat 11A1 merangkumi subjek sains dan matematik dan sains sosial. Lain halnya dengan Z

GARA-GARA ASYIK BERMAIN

Image
16 April 2009. SKB. Gara-gara terlalu asyik bermain batu, 2 orang murid sekolah ini secara tidak sengaja telah menyebabkan cermin kereta salah seorang guru SKB pecah. Peristiwa ini terjadi di sebelah kantin sekolah tempat parkir kereta guru. Kejadian berlaku sebelum murid petang masuk ke kelas. Pihak sekolah sebenarnya telah meng-gazetkan beberapa tempat larangan murid bermain. Implikasi larangan adalah disebabkan untuk mengelakkan hal yang tidak di ingini berlaku. Perkara ini akan menyusahkan para guru, dan juga ibu bapa kerana terpaksa membayar ganti rugi. Pihak sekolah berharap murid tidak lagi mendekati kawasan-kawasan yang dilarang termasuk menghampiri pokok besar di belakang bangunan kayu lama, kerana pokok itu sedang dalam proses kematian dan akan tumbang bila-bila masa saja . Sisa cermin tingkap kereta yang bertaburan. Dalam pada itu, pihak pentadbiran telah memutuskan untuk menutup 2 lokasi parkir para ibu bapa dan juga van pengangkutan sekolah. Ini berikutan 2 tapak tersebut

Kelab Kebudayaan SK Bangi

Image
Hari ini Kelab Kebudayaan SK Bangi bermesyuarat buat pertama kali. Kami membahagikan tugas dan peranan masing-masing. Seramai 12 orang hadir mesyuarat kali ini. Ada suara-suara meminta bantuan dari ibu bapa yang expert bahagian seni tarian dan muzik untuk membantu pihak sekolah dengan sukarela. Dipersilakan

ANTARA PUJIAN DAN CACIAN

Image
Ingin saya menarik perhatian pembaca, siapakah antara kita yang paling ramai antara tukang puji atau caci. Hakikatnya kedua bahasa ini bukan susah untuk dilafazkan, kerana keduanya datang dari mulut yang sama dan jiwa yang sama. Namun tidaklah salah rasanya, jika saya memberi jawapan, antara kedua, tukang caci adalah paling ramai dari tukang puji. Kata orang seberang, kita ni, ramai tukang kompor, (pemanas). Dalam Kitab Tazkiratul Aulya, 62 Orang Wali Allah, tersebut didalamnya, bagi orang-orang yang dekat dengan tuhanNya, adalah sama sahaja baginya antara kejian dan pujian. Masya Allah, sungguh jauh, jauh , jauhnya diri kita dari statement di atas. Saudara, sebagai seorang guru, ketika kita melaksanakan tugas dan ada yang tergendala, misalnya, kita lama tidak update blog atau web gara-gara kesibukan yang entah apanya, ketika itu ramai yang komplen, bahkan mengkritik. Sebaliknya, ketika kita setiap hari, siang dan malam meng-update nya untuk bacaan terkini, tiada siapapun yang sudi

Sambungan

Image
Setelah tamat darjah enam, bapa klien menghantarnya belajar di sekolah menengah agama (1997) di Utara tanah air. Bapa klien sangat rapat dengan pengetua sekolah ini kerana pernah belajar bersama-sama. Antara Cara Pemulihan di Inabah Di sekolah ini (Madrasah An-Nahdzah Kedah ) klien tinggal di asrama bersama dengan pelajar dari serata negeri. Kebanyakkan kawan-kawannya terdiri dari pelajar jenis sosial, suka ketawa-ketawa dan kurang mengambil berat tentang pelajaran seperti pelajar kelas pandai. Pada tahun 1999. klien mula berjinak dengan pelbagai pil khayal. Tujuan pengambilan adalah untuk berseronok. Setiap bulan ibu klien akan menghantar wang belanja. Sebagai anak bongsu, segala-galanya diberikan. Yang penting anak dapat belajar dengan baik dan tertunai segala keinginannya. Dek kerana berjauhan dengan keluarga, klien bebas melakukan apa sahaja, apalagi wang tidak pernah putus. Peperiksaan SPM pafa tahun 2001 membuktikan klien kecundang, hanya mendapat gred 3. Inilah tahun terakhir kl

Seputar Program Minggu Ini

12 April. Lapor diri di JPN Selangor Menurut surat yang dikeluarkan oleh JPN Selangor, saya akan ditempatkan di SK Bdr Sri Putra, saya bertanya kenapa disini ya, sedangkan sekolah ini sudah pun mempunyai cukup kuotanya? Jawabnya, nama sekolah ini PPD yang bagi Malamnya; Banyak mis call dari nombor tak dikenali masuk. Dan ada satu sms berbunyi " Saya Normala **********, ada apa?" Normala....? ini nama bekas guru saya di sekolah rendah dulu (SK Padang Garong). Mungkin dia terbaca KOSMO hari ini, saya sedang mencarinya, mungkin berita itu keluar hari ini, saya tak pasti, sebab dah lama saya pos sms ke KOSMO, dah berbulan. Saya terus call ke nombor itu. Lama tak jawab, bila dijawab bunyi bising suara orang bercakap. Saya menghallokan.. Hello, terus dia matikan telefonnya. SMS Masuk : Mesej je, ada apa? Saya : Saya bekas murid cikgu masa di SK Padan Garong dulu, sekarang dah jadi guru jugak, cikgu kat mana sekarang? (Begitulah lebih kurang jawapan saya) Saya teringat masa cikgu ma

Dzikir dan Doa dalam Langkah Kepulihan

Image
Manusia yang punya Tuhan, tidak seharusnya meninggal Allah di belakang dalam perjalanannya untuk menuju kepulihan, apatah lagi dalam menujuNya. Ad-Dua Mukhul Ibadah. Doa adalah otaknya Ibadah. Penagih dadah seharusnya banyak berdoa untuk membantu kepulihan dirinya, juga dalam recovery system. Buku yang kami adun ini, menekankan perihal penting doa dalam perjalanan hidup menuju keselamatan dunia dan akhirat. Dalam surah An-Nisa ayat 103, Tuhan berfirman, "Apakala engkau selesai mengerjakan sholat, maka hendaklah engkau berdzikir kepada Allah..." Itu perintah Tuhan, sangat sayang bagi mereka yang meninggalkan amalan dzikir ini, padahal tuhan berfirman dalam hadis Qudsi pada MalaikatNya, "Wahai Israfil, apakala sudah tiba hari kiamat, sedang engkau menyaksikan masih ada orang yang menyebut2 namaKu di atas permukaannya, maka tangguhkan tiupan sangkakala, 40 tahun, untuk memuliakan orang itu (yg berdzikir menyebut nama Allah), dalam pada itu, Nabi juga bersabda, La Taquumus S

Tarikh Tutup Permohonan SPADA

Image
Anda yang berminat menyertai SPADA, Special Programme For Alcohol and Drug Abuse, silakan menghantar borang permohonan secepatnya. Ini berikutan tarikh tutup permohonan adalah pada penghujung bulan ini. Pihak KPM memerlukan masa untuk menyemak maklumat diri pemohon sebelum kelulusan diberikan. Bahasa pengantar adalah Bahasa Melayu dan Inggeris. Tak Payah, Tak Susah, Jangan Takut, Jangan Malu.

Tempat Bertugas Terkini

Berikut Adalah Senarai Terbaru Mantan Pelajar SPADA 1.Noorhisham : SK Bangi, Kajang 2.Wan Mohd Izhar : SMK Pandan Indah 3. Norzalifah Bakri : SMK Assunta 4. Zurkurnan : SMK Sri Maharaja 5. Haslinda : SK Taman Megah Petaling Jaya dah tukar ke sekolah lama balik dah...bkn kat sini.. 6. Khairunnisa : SMK CYBERJAYA, Selangor 7. Nor Azian : SMK 8. Mohd Faizal : 9. Mohd Farid : AADK PUtra Jaya 10. Mohd Razif : AADK Negeri 11. Asp Nazir : Bukit Aman 12. Muslimah : Rawang 13.Nor Zira : Rawang 14. Lenny Shafinaz : SMK Intan Zaharah , Terengganu 15. Wan Mohd Anuar : SMK Intan Zaharah, Trg 16. Amutha, SMK Malim Melaka 17. Sawandarapandy, SK Sikamat Jaya, Yong Peng, JOhor 18.Vijayalachumy : SMK Seksyen 24 (2) 19. Akasila, Jabatan Mineral dan Galian 20. Zaini : Pusat Latihan Pegawai Penjara, Taiping 21. Wan Azlina : SMK Dengkil Kawan-kawan :Sila taip pada Shout Box tempat terkini yang betul

Kenangan III

Image

kENANGAN SPADA 2008

Image