Posts

Showing posts from March 20, 2011

Stress?

Image
Apa punca seseorang stress?

Sekali di Bukit Rimau

Image
Alhamdulilah, saya dan En.Hafney telah menyampaikan ceramah Pencegahan Penyalahgunaan dadah di SK Bukit Rimau. Ketika pengacara majlis menjemput Pak Cik, beliau sedang menerima panggilan telefon dari HKL. Seorang penagih (HIV) telah meninggal, mualaf, tiada siapa yang sanggup menerimanya, Pak Cik diminta menguruskan mayat itu. Usia baru 50, masih bujang, mati tanpa ada keluarga di sisi, itulah realiti yang berlaku pada kebanyakkan penagih dadah. Murid yang mengikuti ceramah hari ini terdiri dari tahun 4 dan 5. Ceramah saya berkisar bahaya dadah, kesannya ke atas pengguna, berserta dengan gambar-gambar video dan kisah-kisah penagih semasa. Pak Cik Hafney bercerita kisah lampaunya... 15 tahun dalam dunia penagihan dan akhirnya bagaimana dia pulih. Satu perjuangan yang cukup berat. UPDATE Pak Cik Hafney menyusul Guru Kaunseling..Puan Hjh Laila

Pengembaraan ke Balik Papan. UPDATE

Image
18 Mac 2011. Macam ngak percaya ya..dengan tambang Rm366.00 pergi pulang (PP) saya sudah pun berada di Balik Papan Indonesia jam 3.15, sedangkan paginya di Malaysia. Saya bersama 2 orang rakan akan membawa anda meninjau apa yang ada di Balik Papan ini, khususnya Kalimantan Timur.Jom... Bersebelahan dengan laut Sulawesi. Negeri ini (propinsi) terletak di sebalah laut Sulawesi, dimana kebanyakkan orang-orang suku Bugis berasal dari sana. Di sini, ada suku Madura, Dayak, Bugis dan lain-lain. Beberapa minggu kelmarin, tanpa di masukkan berita ini ke akhbar maupun television, ratusan suku kaum Madura meninggal di penggal leher oleh ilmu orang Dayak.Hairannya, orang Madura yang dipenggal lehernya, tidak melihat siapa yang datang memenggal mereka, tiba-tiba saja, leher mereka putus, padahal sedang berada dalam sebuah kereta yang bertutup cerminnya. Mungkin kisah ini akan menambahkan lagi semangat suku kaum tertentu, makanya ia tidak di sebarkan. Saya cukup merasa hairan dengan ilmu suku Day