Posts

Showing posts from June 3, 2012

Beratnya Solat

Image
Salam Motivasi Hujung Minggu, Apa khabar semua, cuti panjang kata orang bila balik kampung macam balik raya. Nak-nak menghala ke Timur. Maklum jalannya tak ada HighWay. Jalannya masya Allah jem.Pernah waktu balik ke Kuala Lumpur, saya melalui jalan Gua Musang kemudian Cameron Highland, turunnya di Simpang Pulai...wah...jalannya dah penuh kenderaan. Tempat berhenti pula tiada tempat solat. Nama je Negara Islam . Tempat berhenti tak ada tempat solat khusus. Tempat makan dan buang air ada pulak. Nampak sangat penting makan dan buang tu kan. Urusan solat? Masing-masing.... Bagi yang iman nipis....alahai...kebarailah solat dia tu. Macam-macam alasan la, nak jamak lah, nanti la, seluar kotor lah.Padahal.... tahu ke dia, apakah umur nya akan tersisa lagi untuk akan datang. Itulah orang iman nipis.Rasa macam usia dia panjang.Tak sedar umur ini, bila-bila masa boleh dijemput tuhan. Ada orang tengah main badminton, tengah main bola, tengah tengok TV... tau-tau...hilang nyawanya. Sesungguhn

Bauan Kasturi Menyambut Kami

Image
Syeikh Muhammad Nor al-Khalidi : Sungai Cincin Gombak Apabila orang Melayu berbicara tentang perihal kesufian, mereka tak boleh tinggal satu nama dalam dunia tasauf ini. Beliau ialah Syeikh Muhammad Nor Al-Khalidi, yang kini jasadnya bersemadi di Kampung Sungai Cincin Gombak. Tuan-tuan boleh baca kisah lanjut tentang beliau di dalam buku 7 Wali Melayu. Saya belum pernah memiliki buku ini, tetapi pernah membacanya. Seorang guru saya di Indonesia, mengakui yang beliau ini (Sheikh Muhammad Nor) adalah salah seorang wali dari Bangsa Melayu. Untuk rekod, ramainya wali-wali dalam dunia ini berada di Negera India, namun tidak ramai di negara Arab (Sebagaimana ramainya di India). Wali bermaksud "jaga". Wali kahwin ialah penjaga kepada wanita yang akan berkahwin. Seorang wali, ialah seorang yang dijaga oleh Allah Taala akan dirinya, akhlaknya, tingkah-lakunya, maka dia terpelihara dari dosa-dosa kecil dan besar. Dengan itu, seorang yang terpelihara dari dosa, bererti dia berpelua

Motivasi Orang Lahir Bulan Jun

Image
Gelap cerah, gelap cerah, tup tup, kita sudah pun berada dibulan Jun. Tinggal 3 bulan sahaja lagi bagi murid tahun 6 untuk berdepan dengan UPSR.  Datangnya sekali seumur hidup, andai kata keputusan ini tidaklah bagus sangat, tidak boleh sesekali mengulanginya lagi, walaupun menangis-nangis sampai habis air mata. Kelebihan orang lahir bulan Jun Buletin bulan ini akan memaparkan kelebihan orang yang lahir pada bulan ini, bulan apa lagi kalau bukan bulan Jun. Angkat tangan siapa lahir bulan Jun? Berapa orang semua? Tahniah lah, anda lahir dibulan ini,kerana orang yang lahir bulan ini tidak kurang istimewanya daripada orang yang lahir bulan lain. Hehe. Jangan kecil hati orang lahir bulan Mei atau April. Orang lahir bulan Julai, tungguuuuu… Baiklah, tak usah bercerita panjang. Orang yang bulan ini istimewanya dia sebab (1) Berfikiran jauh dan berwawasan. Orang ini suka berfikiran jauh sampai kedepan, tapi awas, jangan sampai berfikir hal-hal yang tidak perlu difikirkan.Hinggakan kamu d

Misteri Penjaga Kubur

Image
Seorang sahabat saya memberikan beberapa keping foto ini yang diambil dengan menggunakan telefon bimbitnya sendiri. Foto ini diambil disalah salah sebuah tempat lokasi berhampiran perkuburan/rumah lama disana (Sebuah Pulau di Indonesia). Orang-orang yang tinggal berhampiran dengan lokasi itu mengatakan, pada setiap Maghrib menjelma, kelibat seseorang berjubah akan kelihatan disitu. Ketika foto ini ditunjukkan, nampak kelibat sosok yang dibayangkan. Dia memakai jubah putih berdiri seolah-olah sedang menjaga dan mengawasi kawasan ini. Pertanyaan ? Mahukah anda kubur anda dijaga setelah anda meninggal nanti ? Saya tak pasti apa jawapan anda. Cuba lihat gambar dibawah ini lagi.. Imej yang telah saya jelaskan dengan teknik photoshop. Yang pasti...di Indonesia, lokasi perkuburan seorang artis terkenal meninggal namanya Nike Ardilla juga mempunyai penjaganya sendiri. Jika anda ke sana, mungkin anda dapat rasakan pada bulu roma anda sesuatu. Sesungguhnya, yang dititik ber

Barzakh : Destinasi Kita

Image
Apa pun usaha kita, semuanya mesti menghala ke arah akhirat. Bercakap, bertindak dan melakukan segala aksi, akhiratlah yang perlu di fikirkan. Kehidupan di dunia ini, jika dibanding dengan akhirat hanyalah seolah sekelip mata. Itu lah usia dunia. Amat rugilah, jika disini kita bahagia sementara sahaja, manakala kemudian menanggung azab tak terperi disana nanti. Ketika kita berpeluang berbuat dosa, ingatlah akan azabNya. Carilah jalan semoga kita terhindar dari dosa. Tubuh kita terlalu kecil, tak sanggup duduk dalam api yang panas membahang. Mendekat sahaja sudah bergumuruh jiwa, inikan pula terjun ke dalamnya untuk tempoh yang lama. Hidup ini hanyalah cobaan. Justeru, kita akan terus menerus berada dalam cobaan, ujian. Mungkin ini semua pahit buat kita, kerna inilah perjuangan hidup. Seorang penulis berkata, bergembiralah wahai orang yang kesusahan, bahawa hidup ini akan berakhir dengan kematian, dan kematian itu akan menamatkan segala penderitaanmu .

Menggapai Ketenangan Lewat Zikir

Image
Waktu saya belajar dulu, saya banyak kumpul hadis-hadis bab Dzikir, kebetulan skripsi yang melayakkan saya mendapat Ijazah Sarjana Muda berjudul tentang Dzikir .Berikut antara koleksi saya dahulu. Dalil Al-Qur'an Firman Allah Taala: “Wahai orang-orang yang beriman,berzikirlah kamu kepada Allah dengan dzikir yang sebanyak-banyaknya, Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang.Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat-Nya (memohonkan ampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman. (Q.S:Al-Ahzab; 41,42,43) Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah Allah sebanyak-banyaknua agar kamu beruntung.(Q.S: Al-Anfaal 45) Dalil Hadis Nabi Dari Ibnu Abbas r.a berkata : telah bersabda Rasullallah s.a.w “Berdzikirlah kamu kepada Allah dengan dzikir yang banyak sehingga dikatakan oleh org munafiq bahawa

Informasi Dadah, Rokok dan Inhalan

Image

Jikalah Mata Kita Buta

Image

APA YANG PENTING DIKALA INI

Image
Pepatah mengatakan "Berfikir sesaat itu lebih baik dari ibadah seribu tahun." Orang yang berfikir boleh melahirkan idea-idea untuk mendapatkan sesuatu yang dia inginkan.Idea yang dimaksudkan ialah ke arah kebaikan, ke arah syurga, kebajikan dan kehidupan yang kekal abadi dengan kebahagiaan bersama Tuhan di negeri sana.Lalu dia bertindak mengatur tindakan-tindakan untuk dilaksanakan. Orang ini lebih baik dari segolongan manusia yang hanya beribadah tanpa berfikir.Beribadah tapi tidak pernah berfikir nasib dirinya, hanya duduk dalam maqamnya, tidak berusaha untuk naik-naik, tidak berfikir dalam memajukan diri dalam ibadah. Begitulah mahalnya sebuah pemikiran manusia. Sahabat yang dikasihi, apa yang perlu kita fikirkan sekarang ialah, kedudukan kita atau maqam kita hari ini disisi Tuhan, andai kata maut datang menjemput kita secara tiba-tiba tanpa apa-apa alamat yang kita tersedar dengan alamat itu, bagaimana nasib kita nantinya. Kedua, semua manusia inginkan bahagia bukan?

Apa yang TERLEBIH Penting

Image
Andai HARTA dapat membahgiakan seseorang, Andai kecantikan dapat membahgiakan seseorang, Andai pangkat dapat membahgiakan seseorang, Andai PUJIAN dapat membahgiakan seseorang, Andai punya anak ramai dapat membahgiakan dirinya, Andai PENGHORMATAN manusia yang membuat seseorang bahagia, Andai MATI membuat dia bahagia, Andai Perpisahan membuat manusia bahagia, Andai Pertemuan membuat manusia bahagia, Andai BERSENDIRIAN membuatnya bahagia, PASTI... Manusia akan lakukan itu semua, untuk kebahagiaan dirinya.... Walau Lautan Api Harus direnangi.... Di mana NILAI Bahagia Dalam Hidup Sebenarnya? Dengan itu, sedarlah kita, bahawa kebahagiaan sejati itu letaknya di hati. Apalah maknanya keindahan luaran, jika hati yang didalam dada itu sakit, menderita. Apalah maknanya kekayaan, kehebatan lahiriahmu, jika hubungan mu dengan Allah dalam keadaan sakit, putus atau terputus. Justeru, Opick melantun syair indah dalam madah lagunya...Obat Hati itu ada 5 Perkara yang pertama B

Orang Berzikir Sama Dengan Orang Hidup

Image
Orang yang berzikir itu jika dibanding dengan orang yang tidak berzikir sama ibarat orang yang hidup dengan orang yang mati. Justeru, orang yang berzikir, doanya didengari, kerana dia hidup, manakala orang yang tidak berzikir, doanya tidaklah cepat dimakbulkan, boleh jadi tertolak sebab dia orang mati. Jika orang menzalimi orang berzikir, bererti dia menzalimi orang yang hidup, orang hidup ini boleh memohon kepada Allah. Manakala jika kita MENZALIMI orang yang tidak berzikir samalah menzalimi orang yang mati dan mereka tak boleh membalas. "الرابع والعشرون تخفيف الاثقال يوم القيمة لقوله عليه أَلسَّلامُ سَبَقَ الّمَفَرٌِدُونَ قالوا وما المفردون يا  رسول الله صلى الله عليه وسلم  الله قال المسنهترون بذكر الله يضع الذكر اثقالهم يوم القيمة " : Artinya: yg ke 24 : meringankan akan segala yg berat-berat pada hari qi ã mat kerna sabda  Nabi SAW “ Telah mendahului akan kamu oleh orang yang Mufarridun itu” berkata mereka siapa  orang yg Mufarridun itu hai Ya Rasulallah ? Mak

Poster Sudut Pencegahan Dadah

Image
Setelah berjaya membina kempen pencegahan dadah pertama, kini muncul yang kedua,dimana saiznya lebih kecil, terdapat 3 Bahan Utama, iaitu Dadah, Inhalan dan Rokok. Dadah merujuk kepada ketagihan heroin, manakala Inhalan adalah bahan-bahan yang boleh disedut yang digunakan oleh kebanyakkan anak muda dewasa ini. Manakala rokok pula memaparkan dari aspek bahaya dan fakta berkaitan dengannya. Material : Banner Saiz : 31/2 X 4 Kaki Harga RM 60.00 Termasuk Kos Pos Banner Sebelum Saiz 5x7 Kaki Material : Banner Harga : RM105.00 Termasuk Pos Kos Afraina Enterprise Emel : afraima@yahoo.com  Emelkan sebarang permohonan anda terlebih dahulu untuk urusan seterusnya atau cari saya di fb afraima@yahoo.com Maybank : 10301 608 6535 Noorhisham CIMB :  05100000296104 CIMB ISLAMIC Afraina Enterprise