Posts

Showing posts from September 27, 2009

Tiada Sedar Ianya Berlaku

Image
Entah apa yang orang tua nampak dan sedar tentang diri anak mereka. Anak menjadi tidak tentu arah dan penagih pun, masih tidak sedar.

Perlunya Journal

Mungkin ada nampak, dan mungkin tidak, ada di celah-celah program Tufh And Rugged dan TC, terselit program yang mungkin masih boleh dipertingkatkan lagi. Melalui journal anda yang bermutu tinggilah anda boleh membantu AADK dan Negara. Sebabnya, anda dikenakan menyalin salin laporan dan journal untuk di tinggalkan pada AADK setelah berakhirnya intership nanti. Melalui journal itulah anda boleh membantu. Mungkin tulisan anda sangat bermutu, lalu diberi perhatian, atau tiada maknanya bagi mereka, lalu di pinggirkan. Saya teringat dalam program TC, ketika program Encounter, penghuni masih menggunakan kata-kata, bodoh, bangang, bingai, lambung, hentak kaki, dan sebagainya. Ada kemungkinan penagih yang tidak pernah biasa dengan kata-kata akan terikut. Bukankah Nabi SAW sendiri bersabda, orang yang paling dekat denganku di Syurga nanti ialah yang paling baik akhlaknya .Nah, dari hadis ini, kita perlu fikir, bagaimana program encounter boleh di ubah suaikan lagi, supaya menjadi lebih lembut, n

Lebaran ini

Image
Gambar semasa menghadiri LADAP, di Impian Country Resort Hulu Langat Menjadi kebiasaan warga kota akan pulang ke kampung halaman masing-masing untuk beraya. Ada yang tidak pulang, bukan kerana tidak mahu pulang, tetapi oleh kerana anak ramai, tak cukup kereta, (menifestasi) sebenarnya tak cukup duit. Bagi yang anak ramai, tak cukup seribu kalau balik. Macam-macam nak dibeli dan diberi. " Pulangnya Penagih " Dalam keadaan itu, ada juga penagih yang dibenarkan pulang sementara ke kampung untuk beraya bersama keluarga. Biasanya Pusat serenti (PS) akan memberikan seorang shotgun kepada penagih yang diberi kepercayaan untuk pulang. Shotgun adalah istilah kawan rapat, yang akan sentiasa sama-sama mengawasi tingkah-laku kawannya, supaya tidak mendekati lorong-2 ke arah penagihan.Shotgun adalah ahli keluarga (istilah bagi mereka yang tinggal di PS) adalah orang yang sudah terpilih berdasarkan ciri-ciri tertentu yang telah diputuskan oleh kaunselor di pusat serenti. Ada penagih

Tangisan Padang

Image
Tiba-tiba saja berita Indonesia bergoncang menenggelam keghairahan berita-berita utama. Gempa yang membawa angin, banjir, tsunami dan dan runtuhan gedung-gedung mewah binaan manusia, di atas nya berdiri kegagahan Tuhan. Yang hidup tiba-tiba saja mati, yang punya bapa, tiba-tiba menjadi yatim, begitulah sang isteri, ibu, suami dan bapa, kehilangan segalanya. Lebih dahsyat hilang tempat tinggal dan keluarga sekaligus. Kita berharap saudara kita seIslam disana yang ditimpa musibah ini, agar bersabar, inilah saatnya yang paling tepat untuk kita " Fafirruu Ilal Lah " kembali kepada Allah. Sementara itu, Malaysia akan menghantar pesawat kedua jenis Hercules Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada jam 8.30 malam ini yang akan berlepas dari Pangkalan TUDM Subang dengan membawa pasukan perubatan dan kakitangan kementerian ke Padang. Pesawat berkenaan dijangka membawa pulang pelajar Malaysia yang terkandas di Padang susulan gempa bumi besar di selatan Sumatera, semalam

Takziah Buat Jiran Kita

Image
Lawatan Saya ke Padang, Sumatera Barat Oktober 2007 Menaiki Pesawat di Polonia Medan ke Airport Padang Berada di tengah-tengah pasar Kota Padang, Sumatera Barat, Indonesia ENAK... Minum Alpokat di tepi jalan Try SEKALI ber-Latar belakang kereta kuda, sebenarnya Padang ini sangat cantik buminya. Segar dan nyaman Saya dan kak long berada di tepi PANTAI laut Padang, Jalan Damar Satu, Laut ini mengadap ke negara India SAMPAI TUJUAN Bersama Umi Sewaktu di Polonia bersama supir dari Langkat Menziarahi maqam seorang ulamak Syeikh Kuala di Banda Aceh, bekas tapak hempasan badai tsunami 2004

RUMAH TERBUKA JAMUAN HARI RAYA

Image
1 Oktober 2009, Khamis....Satu majlis rumah terbuka sambutan hari raya telah diadakan oleh salah seorang pelajar SPADA iaitu Cik Yati. Ramai yang hadir untuk memenuhi undangan sambil menjamu juadah yang dihidangkan. Kami sempat bermaafan sebelum pulang ke destinasi masing-masing. Pasangan bahagia.....Asmawati dan Ahmad Khazani Rodzi..... Lan, Azhari dan Meena.... Khusairi dan Tuan Amran.....Makan ingat kawan.... Bagaikan keluarga besar..... Asyik posing je....jamahlah kuih muih tu.... Khalid dan Linda Nur..... Jangan menung-menung....lepas ni boleh terus balik Ganu..... Bersopan santun.....hehe Gaya seorang ibu.......

Hukuman Gantung

Image

Tetamu tak di undang

Image
Bukankah hidup ini akan terus didatangi pelbagai problema dan permasalahan? Ya, Masalah, kata guruku, tetamu yang tak di undang. siapa pun, asal manusia, akan menempuh pelbagai cobaan, dugaan dan ujian yang tak akan habis kunjung padam, tanpa batasan usia, bangsa, agama, status dan nilai harta seseorang. Bahkan Nabi-nabi adalah orang yang paling hebat menerima ujian. Apalagi manusia biasa, tetap jua menerima cobaan. Datangnya tanpa diduga. sayangnya kehidupan sang artis, mereka tetap tidak terlepas dari cobaan ini. Kesusahan yang mereka alami, didunia, akan berpanjangan di akhirat sebabkan oleh dosa-dosa sebagai artis, membuka aurat, berpelukan dengan suami dan isteri orang lain, ini bukan ramalan, tetapi Janji Tuhan. Dan Tuhan tidak pernah mengengkari janjiNya.

No PUK

Untuk member yang nak hubungi saya via HP, ada sedikit masalah, telefon saya tak keluar angka 4, saya cuba restart, dia nak nombor password, udah tu, tekan-tekan, kena blog pasal nombor 4 tak keluar. So, cam ne ya nak nak dapatkan semula, sedang nombor PUK ada kad asal pun ntah dimana. Rasanya pernah call celcom hari tu dapatkan nombor PUK, entaha apa nombornya?

Ambillah Kesempatan

Image
Makin Jauh Anda Berjalan, Makin Dekat pada Titik Penghujungnya. Roda perjalanan hidup kita semakin lama semakin menuju ke titik garis akhir. Usia kita bukan semakin panjang, sebaliknya semakin pendek. Ketika kita sakit, itu adalah antara tanda-tanda kita semakin dekat dengan garisan penamat. Sepatutnya, kita semakin tekun beribadah. Namun apa yang terjadi, sebagai manusia, makin sakit, makin susah nak beribadah, bahkan ramai pula yang meninggal amalan ibadah, apalagi sembahyang 5 waktu. Jadi, supaya kematian kita tidak mengundang penyesalan yang maha panjang , gunakanlah masa yang ada ini untuk beribadah. Ada masa, ada peluang, dirikanlah sholat sunat, jangan malas-malas. Kerana kesempatan yang ada hari tidak ada terulang lagi buat selamanya. Nak tutup aurat, sedekah, derma, tegur anak buat maksiat dan sebagainya, sekarang lah, nanti anda meninggal, ruh anda akan menderita kerana melihat anak tidak menutup aurat, tidak sembahyang, sedang kesempatan untuk menegur sudah habis. Anda

Janji Allah

Image
Sesungguhnya kamu datang dari tanah, dan akan kembali kepada tanah Kaum muslimin dan kerabat terdekat diberi peluang menatap wajahnya terakhir kali 27 September 2009. Pak Lah, itulah nama gelaran yang cukup terkenal dikalangan masyarakat Bangi lama, khususnya di Masjid Bangi dan Surau Batu 6. Semalam adalah hari terakhir beliau bernafas dimuka bumi ini, jam 2.30 petang bertempat di HUKM tingkat satu, jasadnya menghembuskan nafas yang terakhir. Pelawat sentiasa ada Kaum muslimin dan kerabat terdekat diberi peluang menatap wajahnya terakhir kali Penulis sempat menziarahinya ketika beliau terlantar di Hospital bulan Ramadhan baru-baru ini. Di akhir pertemuan, beliau meminta tolong doakan saya selepas sembahyang, supaya dapat ke surau menunai sholat berjamaah lagi. Pelawat terdiri dari sanak-saudara dan warga Taman Bangi Indah menziarahinya Mayat dibawa ke Masjid Karyah Bangi selepas Asar, para jamaah sempat membacakan tahlil sebelum disholat mayat sementara menunggu ketibaan Tuan Gur