Posts

Showing posts from November 21, 2010

Jejak Turning Point

Image
KUALA LUMPUR . Semalam saya sempat menemuramah 4 orang bekas penagih dadah didalam sebuah hotel di Kuala Lumpur. Dari jam 5 petang hinggalah 1.00 pagi, mata dah beberapa nak tutup kelopaknya, nampaknya saya kena balik dulu, walaupun ramai lagi yang belum tiba, Beberapa orang silih berganti, sambil bercerita. Supaya sesi temuramah tidak menjadi rasmi dan kaku, kami saling bercerita. Dan mereka dengan kisah dunia masing-masing sewaktu zaman puluhan tahun dahulu. Tujuan temuramah ini untuk mendapatkan Apakah sebab-sebab mereka berjaya berhenti dari menagih dadah heroin. Kerana dulu memang heroin antara yang paling kuat, masa tu, mana ada syabu, ice, domikon, eramin 5 dan sebagainya macam hari ini katanya. Otai-otai ini adalah orang lama dalam dunia penagihan dan telah berhenti sekian lama. Mereka masih menjalani pemulihan kekal, sesungguhnya tiada ISTILAH pulih bagi penagih sebenarnya. Kata mereka, aku lihat penagih hari ini, mana ada khayal macam kita dulu, ah...macam tak ada apa la

4 Jenis kematian

1. Matinya laksana haiwan, dengan erti kata lain, tiada guna hidupnya, 2. Matinya dalam keadaan kurus kering, kurang pahala amalnya 3. Matinya bagaikan orang yang tidur, penat bekerja sewaktu hidup, maka matinya bagi dia adalah satu kerehatan 4. Manusia yang mati, tetapi sebenarnya tidak mati. Hal ini disebut sendiri oleh Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 154 Diriwayatkan, bahawa apabila ruh itu telah meninggal badan, maka ada suara 3 kali dari langit. 1. Hai anak Adam, engkau kah yang meninggal dunia, atau dunia yang meninggal kamu? 2. Engkau mengumpul dunia, atau dunia mengumpul kamu? 3. Engkau membunuh dunia, atau dunia membunuh kamu?

Tiadalah Dalam Dunia ini.....

Image
Masih menghuraikan tentang dunia, seorang sufi berkata, jika engkau asyik menyebut tentang satu perkara, itu juga bererti kamu meminatinya...oh...minta jauh dari pengertian itu, saya ingin bicara tentang dunia, hanya sebagai perkongsian sahaja, yang digali dari sepotong ayat Al-Quran, rupanya mendalam pengertiannya, walaupun ayatnya ringkas. Dalam sebuah permaian, kita ambil contoh bola sepak, ada beberapa inti yang boleh kita dapati. 1. Had Kawasan Anda hanya boleh bermain dalam garisan ini sahaja, maknanya kita hanya disuruh beribadat didunia sahaja. Dalam kubur tiada lagi peluang untuk ibadat. Bumi inilah had nya. Bulan pun masih masuk dalam garisan planet bumi. 2. Had Tindakan Angkat kaki tinggi tak boleh, pegang atau sentuh dengan tangan tak boleh, maknanya ada benda yang boleh kita buat, ada yang dilarang. Inilah ragam hidup. Mencuri, mendera orang tak boleh, 3.Penipuan Penipuan adalah satu taktik dalam permainan. Ada orang menipu sebab nak menang, begitulah dal

Di Dalam DUNIA Ini Tiada Apa-Apa

Wamal hayatad dunya Illa La'ibun...."Dan tiada apa-apa dalam kehidupan dunia ini melainkan hanyalah tak lebih seumpama sebuah permainan " Demikian salah satu ayat Al-Quran berbicara. Apa Sih yang ada pada permainan? Pada permainan ada tempoh masa. Ya...setiap permainan ada tempoh masa yang telah ditetapkan. Begitulah hidup ini,kita telah ditetapkan untuk hidup dalam tempo yang tertentu, justeru, kalau anda tahu dan sedar apa yang sedang dan akan terjadi, yakni kematian, anda tak akan berbuat dosa. Tiada permainan yang berhari-harinya lamanya berjalan tanpa henti, melainkan akan ada satu bunyi wisel, oleh sang pengadil, menandakan tamatnya sebuah permainan. Pun begitu dengan hidup ini, akan ada satu wisel, oleh Malaikat menandakan tamatnya sebuah kehidupan dan lakonan di dunia fana ini. Adanya Penipuan Dalam permainan kita melihat adanya penipuan. Macam mana liciknya pemain bola sepak ketika berada dalam kotak penalti lawan, dia berusaha supaya dapat menjaringkan go