Posts

Showing posts from July 29, 2012

Timbang berat apa ni

Image
Ini di Desaria - Kaedahnya sama . Kalau berat badan boleh turun macam faedah pinjaman itu dikira bonus. Betul tak bro .... gambar dirakam ketika Program Cara Hidup Sihat baru baru ini. Kiri - Sdr Noorhisham, Sdr Sabarudin, Sdr Pian

Antara Peci Putih dan Songkok Hitam

Image
Syukur, Tazkirah Ramadhan siri pertama 2012 berjalan lancar.Saya mengenakan songkok hitam bagi  menyesuaikan dengan baju Melayu.Walaupun sebenarnya saya sudah membawa peci putih (istilah kopiah dalam bahasa Indonesia) pada paginya. Sebenarnya, lebih ngam memakai kopiah dari songkok, kerana, apabila kita berceramah panjang lebar, ditengah-tengah panas lagi, kepala mesti berkeringat, jadi kopiah itu menyerap peluh, ia mesra pengguna...hihi..berbanding songkok yang membuat kita semakin berkeringat, apalagi kalau PC yang kita guna untuk berceramah bermasalah. Fuhhh.. Lagi lah gawat. Ketika kami belajar di Aceh dulu, seorang sahabat mengajukan soalan kepada Ustaz kami, Pak.mana yang lebih bagus antara peci (kopiah) dengan songkok? Jawab Pak Tengku...Peci lebih bagus, kerana kita sering menyucinya, bukankah kita nak gunakan untuk solat, sedangkan songkok mana pernah kita menyucinya.. Songkok juga, kalau lama-lama kita pakai, akan ada petik sawo (bahasa Kelantan) bintik-bintik hitam yang ki

Fazakkir! Berilah Peringatan...

Barangsiapa yang dapat solat bersama imam dan dapat takbiratul ihram pada setiap kali solat selama 40 hari berturut-turut, maka dia akan terselamat dari api neraka dan sifat munafiq Hadith dari Anas bin Malik, bahawa Rasulullah :saw bersabda : من صلى لله أربعين يوما في جماعة يدرك التكبيرة الأولى كتبت له براءتان براءة من النار وبراءة من النفاق "Barangsiapa bersolat berjemaah 40 hari dan mendapat Takbir al-Ihram (bersama Imam), akan ditulis kepadanya 2 perkara; dia akan selamat dari Api Neraka dan dia akan selamat dari Nifaq (munafik)" [Riwayat Imam al-Tirmidzi]. Pertama: al-Qur'an al-Karim. Allah berfirman, artinya, "Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.(QS.Yunus: 57). Dia juga berfirman, artinya, "Dan Kami turunkan dari al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan a

Tazkirah Pertama Sempena Ramadhan

Image
Ada masanya, nikmat makanan itu diambil semula.Lihatlah orang yang kena penyakit amputasi (kencing manis), nama sebenarnya amputuskaki, mereka sudah tidak boleh makan gula seperti biasa, kena hadkan, kena adjust supaya penyakitnya tidak melarat.

Berusaha untuk menjadi yang Terbaik

Image

Mercun dah bunyi

Image
Salam Ramadhan, 10 Hari pertama telah kita lewati dengan sihat wal afiat.10 Hari pertama jika kita telah dapat tunaikan Solat Fardu dan Sunat Terawikh, syukurlah. 10 Hari pertama di janjikan Rahmat buat yang beramal.Dalam sesi Tazkirah kedua 3 Ramadan tahun ini, mungkin tajuk-tajuk kecil dibawah ini yang akan disampaikan. Anjuran Berjamaah Dengan solat berterawikh, kita melakukannya secara berjamaah.Bukan salah jika terawikh sendirian, tetapi janggal.Nabi sendiri melakukannya berjamaah.Namanya pun sunat.Jika anda boleh berjamaah dengan keluarga di rumah untuk solat, pun itu dikira bagus, dari langsung anda tidak melakukannya.Selain dari berjamaah didalam solat, kita juga dianjur berjamaah dalam kehidupan. Kambing yang hidup sendirian lebih mudah diterkam serigala kata Nabi, dari kambing yang hidup dalam kumpulan kambing-kambingnya. Kambingpun berjamaah jugak kan. Jika kita solat sendirian, lebih mudah diganggu syaitan, namun jika kita solat berjamaah, tahap khusyuknya kekadang be

Mydistress membantu mengatasi masalah jenayah

Image
Penulis sempat bersama dengan seluruh Pengetua dan Guru Besar dari seluruh Negeri Selangor hari ini di IPK Shah Alam.Kelihatan dalam gambar Ketua Polis Selangor Tun Hisan bin Tun Hamzah sedang menunjukkan baju (luar) polis baru yang dilengkapi lampu berkelip-kelip. Sementara Noorhisham Hamzah (belum ada Tun lagi) sedang berdiri di belakang.

Buat Malu Je

Image

Mencari Rezeki di Bumi Allah

Image

Istiqomahlah dalam beramal

Image
ASSALAMUALAIKUM, dalam siri Tazkirah saya yang pertama di Desaria pagi Sabtu lalu ada menyebutkan tentang Falsafah Rukun Islam. Alhamdulillah, sempat juga hujung-hujungnya menyentuh soal menayangkan gambar manusia di dinding rumah. Banyakkan Berdoa Kita disuruh supaya banyakkan berdoa, lebih-lebih lagi dibulan Ramadhan, kerana doa orang yang berpuasa itu (dijanjikan) akan dimakbulkan. Pada gambar yang dipajan itu, menurut Dialog Antara Jin Islam dengan Muhammad Isa Dawud, ada syaitan yang duduk bertenggek disitu. Cuba baca buku tersebut tajuk (Dialog dengan Jin Islam) So,(kalau bukan bulan puasa), syaitan ada disitu lah.Makanya doa kita susah nak makbul.Begitu lah kira-kira.Kerana rumah yang dimasuki syaitan, tidak akan dimasuki Malaikat. Bukan begitu? Sedikit Persoalan. Namun persoalan timbul, jika selain bulan Ramadhan bagaimana? Bukankah syaitan itu kena rantai (katanya). Jadi, bolehlah kita pajankan gambar semula ya, sebab syaitan tak ada disitu?Hmmmm..ada ke gitu pulak.Buka