Posts

Showing posts from March 1, 2009

Kita Hidup Dalam Hati dan Mata Orang Lain

Begitulah antara beberapa falsafah dalam yang terdapat dalam program TC (Therapeutic Community) di mana-mana pusat serenti di Malaysia. Kita Hidup Dalam Hati dan Mata Orang Lain , kita memang kadang-kadang tidak nampak baik kita, lebih-lebih lagi yang buruk tentang diri kita. Tetapi orang lain melihat dan tahu siapa kita. Justeru dari itu, pandangan orang lain perlu diambil kira, dan jika tak dapat, mintalah pandangan orang lain. Saidina Umar r.a, setiap kali usai bercakap di depan khalayak, beliau bertanya kembali pada orang disekelilingnya apa yang beliau ucapkan tadi. Dalam siri ceramah saya dimana-mana, selepas ceramah, biasanya saya akan memanggil semula kata-kata saya yang keluar tadi, dan pasti hampir setiap kali ceramah, paling tidak satu kesalahan yang saya lakukan. Paling tidak tersalah membaca ayat Quran, yang tiada wal tetapi saya masukkan wal, sebagai contoh, wa mal hayatad dunya.....sebenarnya ayat itu bunyinya, annamal hayata dunya..cuma masih nasib baik, tidak menguba

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Image
Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada semua umat Islam walau di mana jua anda berada. Semoga kita menjadi ummat Muhammad yang diredhai dan berkualiti dunia akhirat. Selamat bercuti juga diucapkan kepada semua.

Tanda Seseorang Di Cintai Tuhan

Image
Tanda-tanda seseorang telah Cinta Allah. (Mahabbah) 1. Pengorbanan Rela mengorbankan kehendaknya demi kehendak Sang Yang di cintainya. Syeikh Kadir Al-Jailani mengatakan dalam Futuhul Ghaib (Pembukaan kepada yang Ghaib2), Jadilah kamu dengan tuhan seperti mayat ditangan pemandinya,atau bola dengan pemainnya. 2. Ingatan Ingatan, daya ingatannya kepada yang di cintai (Allah) tak pernah putus, selalu segar dalam hatinya walau kemana pun ia pergi. 3. Perubahan Perubahan pada sikap dan watak, Cara hidup zuhud dan suka beru’zlah demi ibadah. 4. Nikmatnya Derita Nikmat menghadapi derita, Segala mujahadah dan ibadah itu di rasa ringan dan nikmat bagi dirinya. 5. Rindu Ingin selalu mendengar khabar, selalu menyenangi keterangan dan penjelasan tentang rahsia-rahsia ketuhanan termasuk tentang kematian, alam barzakh dan akhirat (Percik-percik Kesufian)

Kini ku akui

Image
Hidup ini memang penuh dengan masalah, bagaikan ombak dan pantai, sesekali ia menghempas perlahan, sesekali ia mengganas, belum pun sempat ombak yang pertama balik ke laut, datang lagi ombak yang kedua. Dari kecil ada manusia sentiasa di rundung malang, hingga dewasa, jatuh dalam gaung yang dalam, jatuh dalam lubang penagihan, jatuhnya dari tempat tinggi, patah kaki, tak boleh berjalan, sudah cuba bangkit sendiri tapi jatuh lagi. Oh. aku perlukan tongkat yang boleh menolongku.

Di Mana Kita

Image
PERSADA. 04 MAC 2009. Di Mana Kita ? Begitulah tajuk Seminar yang diberikan pada saya hari ini. Ada juga yang tertidur setelah 20 minit, kepenatan nampaknya, di campur duduk bawah kipas. Ah..biarlah, mereka penat berbulan-bulan menjalani TC, penat otak rindukan keluarga dan kehidupan normal. 3 perkara dalam tubuh kita yang perlu di isi. Pertama ialah perut, isilah dengan makanan dan minuman, tuhan sudah sediakan terlalu banyak makanan yang boleh dimakan, yang baik lagi halal. Yang haram sikit sahaja, ada mudarat lagi, jauhilah. Firman Tuhan...kuluuu wasy rabuu mir rizkil Lah, makanlah dan minumlah dari rezki pemberian ALLAH. Tak ada disitu (ayat) makanlah, minumlah dan hisaplah. Gara-gara perutlah manusia bergaduh dan berlakunya perang. Sebab perutlah dunia boleh goncang. Yang kedua ialah otak, otak juga perlu di isi, maka isilah otak dengan ilmu, belajarlah sampai master dan Phd. Tak ada salahnya. Otak makanannya ilmu. Yang ketiga ialah hati, hati juga kosong, ilmu ada, per

MAKLUMAN LAWATAN KE KLINIK METADON

Lawatan ke klinik Kesihatan Tampin - Negeri Sembilan Tujuan : lihat program metadon dan pemberian jarum suntikan-dpt pengiktirafan WHO. 12 MAC 2009 (KHAMIS)." "En. Halimpun ikut sekali, jomlah pergi ramai2 lenny dah booking 1 bas usim, bertolak kol 8.00pg. balik kol 2 ptg dari sana."kalau nak ikut beritahu segera, nak buat survey. sms pada lenny @ nor @ anis @ vijaya.

Sekitar aktiviti di PLKN Sembrong

Image
BATU PAHAT: 2 Mac 2009. Aktiviti bersama peserta PLKN di Pusat Latihan PLKN Sembrong, Batu Pahat, Johor. Program bersama AADK rupanya dijalankan serentak di semua pusat latihan PLKN seluruh negara. Mengikut modul latihan, program bersama AADK adalah wajib dimasukkan ke dalam salah satu aktiviti bagi memberi maklumat tentang dadah kepada pelatih-pelatih PLKN ini. Jalan masuk ke pusat tersebut. 5km jauh ke dalam kebun kelapa sawit. Pembentangan kumpulan. Cerianya adik-adik PLKN ini. Jadual mingguan bagi aktiviti di sini. Selain dari memberi ceramah dan LDK, pameran mengenai dadah juga diadakan di sini. Comeynyaaa si cantik manis ni. Inilah Mimi. Salah seorang petugas AADK Daerah Batu Pahat. Sedang membahagi-bahagikan peralatan untuk aktiviti LDK. Dah habis aktiviti kena la buang pula sampah yang bersepah. Terlelap juga Pandy sementara menunggu aktiviti seterusnya. Tengoklah tu...Pandy sempat berposing dengan 3 awek cun ni. Sebelum pulang, kami sempat bergambar di hadapan ampangan Sem

MAKLUMAN : WEB SK BANGI

Untuk Sementara, WEB SK BANGI menghadapi sedikit masalah, kesilapan berlaku sewaktu penambahan satu muka surat baru (alumni). Sedikit masa lagi, ianya akan di semak oleh pakar web dan beroperasi seperti biasa. HARAP MAKLUM

Minggu Yang Sangat Kecewa

Image
GM - GENENAL MEETING Minggu ini adalah minggu yang sangat kecewa bagi kami, ahli keluarga, staf dan semua pegawai di PERSADA, termasuk pelajar yang sedang menjalani praktikum di sini. Apa tidaknya, bilama 3 orang ahli keluarga kami yang sudah lama (lebih satu tahun) berada di sini, sempat relapse di luar ketika kesempatan keluar diberikan. Dengan itu, PERSADA terpaksa mengadakan General Meeting (GM). Semua penghuni wajib berada di dalam majlis ini dan mesti serius. Walaupun cerita relapse (kembali mengambil dadah setelah lama berhenti) dalam penagihan adalah perkara biasa. Namun bagi PERSADA, sebuah pusat serenti sukarela, yang kemasukkannya penghuninya adalah berdasarkan sukarela (secara umumnya), perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Dalam keadaan ingin mencapai kepulihan total, dalam masa yang sama sempat dan cepat mengambil kesempatan untuk relapse. Seorang pulang ke kampung untuk bercuti atas kebenaran kaunselor, meminta wang sebanyak RM100.00 dari ibu untuk memperbaharui