Posts

Showing posts from March 21, 2010

Hahahahaha

Image
Zaman ekonomi meleset...tak ada duit nak belikan pampers..... ..

KEPIMPINAN PENGAWAS DI SK SG SERAI

Image
Sekali lagi, saya berada di SK Sungai serai dalam Majlis Ceramah Kepimpinan Pengawas. Murid-murid kelihatan ceria dan sedang bersedia menimba ilmu. Tahniah murid-murid Cemerlang SK Sg Serai. Semoga sedikir sebanyak ilmu yang diperoleh, dapat dijadikan panduan hidup. Terima kasih kepada Puan Guru Besar, PK HEM, Guru Bimbingan (Puan Suriani) dan semua guru-guru SK Sungai Serai yang rajin-rajin. ....

Anjing Gonggong Mayat Kanak-kanak

Image
Cebisan mayat digonggong anjing PETALING JAYA - Menyayat hati apabila mayat bayi lelaki yang dibuang ibu bapanya digonggong seekor anjing sebelum disedari orang awam di Jalan Padang Tembak, Subang di sini semalam. Lebih menyedihkan, ketika ditemui pukul 4.05 petang, salah satu tangan bayi telah terputus dan terjatuh atas jalan manakala badannya digonggong anjing berkenaan. Ketika itu, tangan bayi itu dibungkus dengan plastik manakala badannya pula tidak berbalut. Sebelum pergi jauh, saya nak bentangkan punca punca kejadina buang bayi ini berlaku. 1. Kelahiran yang tidak dikehendaki i. Termengandung tak sengaja - Ingat nak suka suka tapi jadi betul. ii. Terlanjur, nikah belum lagi, nak bela takut malu. iii. Ibunya gila, tak tahu itu anak ke najis. 2. Kemiskinan yang teramat sangat (jarang sangat) 3. Ada lagi? Kesemuanya kalau masih ada iman dan rasa kemaknusiaan, perkara diatas tidak akan terjadi kecuali 1.iii Kenapa kebanyakan kes buang bayi adalah dikalangan Melay

Buang Anak @ Bayi

Image
Buang Anak ? Jarang sekali berlaku, walaupun berlaku juga manusia buang anak. Tidak mudah untuk kita jumpa. Yang berselerak di dada akhbar, sebenarnya bukan sepasang suami isteri buang anak, tetapi perempuan @ wanita2 tak bersuami buang anak. Kononnya ramai yang nak jadi macam Ibunda Nabi Isa, melahirkan anak tanpa suami. Ceh...Ibu Nabi Isa lain, dia memang satu dalam dunia. Untuk makluman anda, manusia ini ada 4 kategori. 1. Tiada unsur Bapa dan Tiada Ibu (Nabi Adam) 2. Ada Unsur lelaki sahaja, tiada unsur perempun (Siti Hawa) 3. Ada unsur perempuan, tiada unsur lelaki (Nabi Isa) dan 3. Ada unsur lelaki da perempuan (Kita semua) Akhir Zaman Setiap hari ada 83 kes pendaftaran anak luar nikah. Apa masalah yang sebenar? Masalah yang sebenar bukan buang bayi, tetapi hubungan haram antara kedua pasangan. Lalu untuk menutup malu, anak dibuang kerana itu bahan bukti. Lahir Anak Luar Nikah<-( dari ) Hubungan Haram<-( kerana ) Tiada Kawalan dari keluarga @ Tiada Keluarga = Sebab ( Ah

Sukanya dapat adik

Image
Kak Long nak dukung adik... umi bila boleh dukung adik.. 25 Mac 2010. 8.22 pagi. Hospital Kajang 3.5, jalan x manual

Panasnya...

Image
Mungkin itulah yang dapat kita fahami ketika melihat anak-anak ini berdiri ditengah-tengah kepanasan matahari sementara menunggu kenderaan datang menjemput mereka. Diharap pihak-pihak Bank dapat mendermakankan satu tempat menunggu bas kepada anak-anak ini.

Kematian adalah suatu kemestian

Image
Aku ingin hidup seribu tahun lagi Kematian adalah suatu kemestian … tidak satu jiwa pun mampu menghindarinya. Sedikit sekali yang mahu menerimanya-kalau boleh bahawa semua orang merasa sangat berat meninggalkan hidup ini. Semua berkata dalam hatinya seperti ucapan Khairil Anwar : ” Aku ingin hidup seribu tahun lagi ”. Al-Quran pun menggunakan kalimat serupa, ”Setiap seorang diantara mereka menginginkan seandainya dia diberi umur seribu tahun... Al-Baqarah : 96. Bahkan hanya seribu tahun. Yang manusia inginkan adalah keabadian selama-lamanya. Keinginan itulah yang digunakan iblis nntuk menipu Nabi Adam dan pasangannya sehingga mereka berdua memakan pohon yang dinamai sang penggoda Syajarat Al-Khuld. (Pohon kekal – Thaha 120) Sebab ingin hidup lama Keinginan hidup kekal itu, antara lain disebabkan kerana umur manusia tidak sepanjang harapan dan cita-citanya. ”Semua orang mati membawa keinginannya (sehingga ke alam kubur) kerana keinginan manusia tidak pernah berakhir. Kalau ini te