Posts

Showing posts from August 22, 2010

Pemergian..Satu Kehilangan

Image
Ada 5 perkara dalam hidup ini yang manusia tidak tahu, ianya dirakam dalam sebuah ayat 34 surah Luqman. Firman Tuhan yang ertinya, " Dan disisi Allah lah pengetahuan bilakah (hari) kiamat, dan bila Dia akan menurunkan hujan, dan Dia mengetahui apa ada dalam rahim seorang ibu, dan apakah yang akan manusia lakukan esok hari, dan dibumi manakah anda akan dikuburkan " Kematian adalah satu hal yang sangat mustahak untuk difikirkan, kerana ia akan menamatkan seluruh lakonan hidup anak Adam. Namun ramai juga yang buat-buat tak tahu. Tak mahu dan takut memikirkannya. Lalu dibiarkan satu urusan hidup ini begitu sahaja, hari demi hari, bulan demi bulan, hingga tahunan, sehingga akhirnya....ajal datang menjemputnya. Sedang dia tak punya persiapan untuk itu. Seringkali kita terdengar, apabila meninggalnya seseorang, akan ada orang yang berkata, " emmm dia dah habis, dah selamat dah...kita je belum tentu ". Saya cukup tidak faham apa maksudnya. Apa maksudnya dia sudah selama

Pelajar PBS IPG Kampus Perlis

Image
Buat pertama kali semenjak 2005, saya di posting ke sekolah ini, baru inilah kali pertama maktab menghantar pelajarnya mengikuti Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Malia Mansor akan berada di sini selama 2 minggu. Selamat Menjalani Latihan... Dulu pernah seorang pensyarah maktab sebuah maktab sebut, " Kamu janganlah kalau boleh pergi sekolah tu (SK Bangi) sebab situ banyak orang Indon " katanya. Eh...ya ke sekolah ni banyak Indon?

Hidup Ini Satu Wayang

Image
Anda pernah melihat permainan wayang kulit? Namanya saja permainan , wayang pulak tu. Dalam permainan ini, sebenarnya hanya seorang yang berperanan sebagai kesemua pelakon yang ada dalam wayang kulit tersebut, ( hanya suaranya lain-lain, bergantung watak, tua, muda, perempuan, bengis, sengau dll) manakala isi ceritanya, sudah pun di karang siap-siap, tinggal hanya menyampaikannya sahaja. Pemain ini dinamakan tok dalang. Bagi menyedapkan ceritanya, dia dibantu oleh pemain muzik yang akan bermuzik untuk menghidupkan jalan cerita di tempat-tempat tertentu. Biasanya permainan ini mengambil masa yang lama, sehingga behari-hari malah berminggu-minggu. Tok Dalang tahu apa yang bakal terjadi esok hari kepada Raja, Tuanku Puteri, Wok Yoh, Said dan sahabat-sahabatnya. Maka dihidupkanlah watak-watak dalam cerita tersebut begitu berkesan sekali, dengan suaranya yang boleh berubah-ubah. Sang Raja dengan bengisnya, yang kurang cerdik dengan wataknya dan masing-masing berperanan sebagaimana patutny

Lebaran di Aceh Darussalam

Image
Kami pelajar Malaysia bergambar di rumah Prof.Dr.Safwan Idris,MA, masa tu, beliau adalah rektor IAIN Ar-Raniry Banda Aceh, beliau akhirnya di bunuh oleh oknum GAM yang tidak bertanggungjawab dirumahnya.

Pulang Dengan Kecewa, Satu Muhasabah

Seorang kawan saya bersama mertuanya datang dari Indonesia. Kisah ini saya paparkan sebagai bahan muhasabah kita dibulan yang mulia ini, itu pun setelah saya berfikir berkali-kali, apakah kisah ini boleh dipaparkan...? Baik lah, setelah meneliti kisah ini, ada sisi tertentu yang boleh saya paparkan, sebagai bahan renungan kepada yang mahu berfikir..." afalaa ta'qilun ". Secara kronologi, beliau dan isteri bekerja di sini selama sudah masuk 4 tahun dari 2006 di rumah seorang majikannya. Dek kerana sudah lama tinggal disini sebagai pengurus orang sakit lumpuh (bapa majikan), maka kawan saya (lelaki) mohon untuk pulang ke kampungnya. Kerana dia juga punya masa depan sendiri. Kerja yang dibuat oleh kawan ini, pada saya tiada siapa yang sanggup lakukan. Kerjanya hampir 24 jam, jam 12 malam belum tidur. Semasa minta untuk pulang, sebenarnya majikannya amat terasa, siapa yang akan menjaga bapanya yang sedang lumpuh total, tidak boleh bercakap sepatah pun, bahkan makannya d

Memperkasa Sekolah

Image
20 Ogos 2010. BANGI.Sempena LADAP kali ini, pihak sekolah menjemput Puan Nor HainieAbu Bakar, Guru Besar SK Jalan Tiga Bandar Baru Bangi untuk memberikan ceramah dan berkongsi pengalaman beliau dalam memperkasakan sekolah. Puan Nor Hainie Guru Besar SK Bangi Walaupun program ini diadakan dalam bulan Ramadan, yang mana guru beragama ISLAM disini berpuasa, namun tidak mematahkan semangat untuk hadir bagi mendengar perkongsian ini. Turut disampaikan ialah gambar semasa lawatan guru besar daerah Hulu Langat ke sekolah Kluster di Singapore baru-baru ini. Seramai 56 orang hadir termasuk para staf SK Bangi Wajah ceria walaupun berpuasa Ada yang terpaksa bawa anak , begini cikgu.. Taklimat Selingan oleh PK HEM Pengerusi Majlis...