Posts

Showing posts from September 19, 2010

Lawatan Guru ke Ladang Cendawan

Image
25 September 2010. SEPANG. Guru-guru SK Bangidan staf sokongan telah mengikuti lawatan ke Ladang Cendawan milik En.Nabil bin Sanusi. Beliau yang baru berusia 39 tahun telah menikmati kehidupan yang agak selesa atas usaha gigih selama ini. Penulis dan 4 orang rakan membawa DSLR untuk mencuri kesempatan mengambil gambar. Hari ini saya belajar banyak perkara tentang penggunaan kamera DSRL. Biasanya saya menggunakan mode P untuk mengambil gambar, dan langsung tidak pernah menggunakan mode M, namun hari, atas bantuan dan tunjuk ajar suami Cikgu Afidah, saya berjaya menggunakan mode M dengan baik. Terima Kasih tuan.. atas ilmunya.. Gambar atas, Cikgu Faizal, GPK Kokurikulum turut membawa D5000 nya. En.Nabil menyampaikan taklimatnya, di sebelah kanan ialah cendawan yang diambil dari tempat pembiakannya. Pengerusi BKG En.Firdaus berdiri sebelah kiri bersama En.Nabil Snap..jangan snake sudah...bahaya Orang lama SKB Peluang bergambar tidak dilepaskan... Masa nak balik... Alamak, kereta

Awal Alam Remaja

Image
Menempuh Alam Remaja sememangnya menyeronokkan, namun penuh dengan dugaan. Murid Tahun 6 SK Sg Ramal Dalam ini bergembira, gara-gara UPSR sudah tamat. Ceramah pun disampaikan dalam suasana sedikit santai. Namun dihujung ceramah, penulis menyelitkan unsur keagamaan, betapa pentingnya seorang manusia menjaga solat, kewajipan ini terletak disetiap pundak orang muslim apabila cukup umur yang ditandai oleh wet dream bagi lelaki. Cikgu, tutup gambar tu dulu, kata seorang murid kerana tidak sanggup melihat wajah mayat yang mati gara-gara merempit. Hujungnya lagi, lebih ramai yang menutup mata, maklum dah lewat malam, (jam 11.00 malam), takut melihat wajah mayat pemuda 17 tahun yang mati dan berubah wajahnya kerana tidak sembahyang.

Bangunan sekolah ku dulu

Image
Saya pernah menulis dalam blog ini, bahagian biodataku ,bagi yg belum baca, boleh rujuk sini, sekolah menengah saya yang pertama, SMU Arab Darul Anuar Pulau Melaka, sekolahnya tiada berpagar, masa mula-mula datang saya disambut dibangunan separuh batu inilah. Tempat bernombor 1 adalah Idarah (pejabat) sekolah, nombor 2 ialah kelas saya. Bangunannya separuh batu, lapangan yang kelihatan ialah tempat kami berhimpun setiap hari Ahad. Kini sudah di tar. Waktu mula-mula datang, Ustaz Syafie yang jadi Mudir (Pengetua) di sini, ada Almarhum Ustaz Ali di sini (Batu 2). Bumbung di hujung bangunan (sebelah kanan) ialah kelas PASTI. Tempat kami menerima pesanan oleh Ustazah Qomariah pun disini. (No 1). Di atas tapak yang sama kini bangunan ini sudah tiada lagi, disini telah dibangun bangunan Maahad Tahfiz Darul Anuar 3 tingkat. Sebelah kanan ialah Masjid Pulau Melaka. Dari 1990 hingga 1995 saya bersekolah disini, 1996 saya tingkatan enam, walaupun sudah berpindah di SMU (A) Tarbiah Mardhiah

Kaulah Tuhanku Yang Satu

Image
Kau Yang Satu Kaulah Yang Maha Esa Kaulah Yang Maha Pengasih Kaulah Yang Maha Penyayang Tiada hidup tanpaMu Kaulah Yang Maha Agung Kaulah Yang Maha Mengetahui Tuhan dunia akhirat Tiada aku tanpaMu Bilaku rasa pilu Bilaku rasa resah Bilaku kekosongan Kau tempatku mengadu OH Tuhan yang satu Engkaulah Tuhan yang satu Segala puji-pujianku Tujukan padaMU..padaMU Dan hidup dan matiku hanyalah UntukMu..untukMu...untukMU

Terima Kasih Murid

Image
Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua murid tahun 6 di atas kehadiran semua ke peperiksaan UPSR 2010. Kepada murid tahun 4 dan 5,terima kasih juga kerana dapat memberi kerjasama kepada guru-guru dan abang dan kakak kamu untuk menghadapi peperiksaan yang besar ini, terima kasih juga kepada semua ibu dan bapa yang telah memberikan yang terbaik untuk anak-anaknya dan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua guru-guru yang terlibat secara langsung dan tidak, untuk membantu murid-murid dari tahun 1 hingga darjah 6.

UPSR : Antara Doa dan Debaran

Image
Entah mengapa, debaran tahun ini cukup menggoncangkan, doa juga amat diresapi, air mata hampir berguyur, sembari doa buat anak-anak dibacakan,walau sesingkat cuma. Untuk catatan sejarah, SK Bangi telah merekod pencapaian yang terbaik pada tahun lepas, dengan pungutan 35 orang mencapai 5A...itupun kerana murid masih bergabung antara Bangi Lama dan Seputar Sri Putra. 2010, kami berpisah, hasrat untuk mencatat semula rekod gemilang amat mendebarkan. Mimpi dan impian sering bergulir. Antara perasaan yakin dan kurang sentiasa ada. Ah..guru-guru sudah buat yang terbaik, semua guru SKB selama ini adalah yang cemerlang. Rekod 35 orang mendapat 5A pun gara-gara tangan dan suara mereka. Moga-moga doa ibubapa tak kurang hebatnya...untuk melihat anak-anak mereka berjaya, sekurang-kurangnya ke menara gading. Doa dan bacaan Yasin dari sebahagian guru-guru mengiringi anak-anak di dalam dewan peperiksaan 2 hari berturut-turut. Hari ini, yang ada hanya doa, hari ini, yang boleh dibuat adalah do

Ugut Mak Di Hari Raya

Image
Ketika saya menemubual seorang penagih di pusat khidmat AADK Kota Bharu, (hari raya keempat) ada satu keluarga datang, tujuan kedatangannya adalah untuk melaporkan anaknya yang berusia 16 tahun. Kisahnya ketika semua orang pergi beraya, dia duduk dalam rumah. Semasa keluarga pulang hendak masuk ke dalam rumah, dia telah mengunci kesemua pintu dan tingkap. Ibunya pun meminta tolong dia bukakan pintu. Dia bukan mahu buka pintu, malah mengugut ibunya, kalau berani naik, saya akan tikam mak... Tengok tu, baru usia 16 tahun. Sebab itu, Hafney (Pengerusi Pendamai Malaysia) pernah berkata begini " Kalau kita baru tahu ada seorang antara ahli keluarga kita yang menjadi penagih, kita sebenarnya sudah terlambat " Ya..sudah terlambat, kerana kita sudah tidak boleh menolong dia lagi. Di dalam buku Addiction Counselling mengatakan, seseorang yang ingin menjadi penolong kepada penagih, hendaklah terdiri dari orang yang pakar didalam bidang penagihan, ini termasuklah psikologi, ilmu farma

Penagih dadah Terengganu meningkat 1,366.67%

KUALA TERENGGANU - Terengganu merekodkan jumlah penagih dadah yang tinggi sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini iaitu sebanyak 1,584 penagih berbanding hanya 108 bagi tempoh yang sama tahun lalu iaitu meningkat kepada 1,366.67 peratus. Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri Terengganu Wan Addenan Wan Mohd. Noor berkata, daerah Besut mencatatkan bilangan penagih paling tinggi iaitu seramai 445 diikuti daerah Kemaman (351) dan Kuala Terengganu (229) manakala Dungun (188), Hulu Terengganu (128) dan Setiu (91). "Kita dapati daerah-daerah yang berada di sempadan mencatatkan penagihan yang tinggi seperti Besut dan Kemaman manakala daerah-daerah lain juga turut meningkat,” katanya ketika ditemui pada majlis Hari Raya AADK negeri Terengganu di sini hari ini. Beliau berkata, mengikut profil penagih, 98.2 peratus adalah lelaki dan 98.5 peratus merupakan keturunan Melayu manakala 78.53 peratus terdiri daripada golongan belia yang berumur antara 19 dan 39 tahun. Katanya, se

Bertemu Penagih di Hari Raya

Image
Dalam minda saya ada satu perkara yang belum beres..iaitu membukukan turning point, ini hasil saranan sahabat baik saya dari pasir puteh, En.Zukurnan yang juga dikenali Cikgu Nan ADK. Beliau turut aktif membantu bekas dan penagih di daerahnya lewat AADK, khabarnya..negeri kami banyak sangat pil kuda... Untuk itu, saya telah membuat satu temujanji dengan penagih, hari raya keempat adalah waktunya, untuk makluman, dalam dunia penagihan, penagih yang sudah pun berhenti dari penagih, tetap dipanggil penagih , walaupun sudah sekian tahun mereka berhenti.( Foto kecil, Cikgu Nan AADK ) Ini kerana, any time mereka boleh jatuh semula, ( relapse ), dalam lembah penagihan, kerana rasa triggers..yakni rindu mereka pada heroin, morfin masih melekat di sanubari yang paling dalam... So, nama mereka masih penagih ya, baiklah, saya cuba menarik sedikit hasil perbualan kami pada hari itu, untuk bacaan tuan-tuan yang ingin mengenali lebih mendalam dunia penagihan ini, seorang klien yang saya temui be