Posts

Showing posts from September 14, 2008

Redha Tuhan Menanti Di Penghujung

Sayu dan rintih...suram dan duka, tiada kata dan bahasa yang dapat menggambarkan kedukaan anak-anak yang cacat. Kehilangan ibu dan ayah. Kehilangan kasih sayang orang tua. Namun kasih Tuhan tetap ada ia. Begitu gambaran yang terdetik sekilas memandang dan membaca kisah anak-anak di sekolah pendidikan khas yang Azza paparkan semalam.

Gift Dari Sahabat

Image
Terima kasih pada sahabat alam maya, Azza yang tidak lupa menghadiahkan sebuah doa dan harapan. Semoga bahagia tetap bersamamu hingga akhirnya. Kita sebagai manusia, hamba kepadaNya, telah diberi pilihan sebebas maunya, untuk memilih jalan kanan atau kiri. Bahagia atau sebaliknya, kejayaan atau kegagalan, justeru ... laluilah jalan yang menghantar kita di destinasi bahagia, yang kekal dan abadi ada ia.

Tips untuk melindungi komputer daripada virus

1) Pastikan anda memasang perisian antivirus yang berkesan ke dalam cakera keras komputer. Selain itu, anda hendaklah membuat aturan / setting terbaik pada perisian antivirus tersebut untuk memastikan ianya dapat menghalang segala aktiviti yang dilakukan oleh virus tersebut. 2) Pastikan definisi / database virus perisian antivirus anda sentiasa dikemaskini. 3) Pastikan anda sentiasa lakukan imbasan cakera keras secara berterusan untuk tempoh-tempoh tertentu. 4) Berhati-hati dengan fail yang dihantar menerusi emel. Jangan buka fail tersebut jika anda tidak tahu daripada siapa emel tersebut. Jika anda tidak pasti samada benar rakan anda menghantar emel, tanyalah mereka terlebih dahulu sebelum menerimanya. Paling mudah jika tak tahu apa isinya, padam sahaja emel tersebut. 5) Jangan masuki ruangan borak di dalam web yang membenarkan anda memindah terima fail. Pengodam (hackers) pasti akan menyamar di dalamnya dan menghantar anda fail yang tidak berguna. 6) Simpan salinan (backup) deng

Renion Alumni Mahasiswa IAIN Ar-Raniry

INSYAALLAH, tiada aral melintang, semua alumni di jemput ke rumah Wan Suhaini (Tok We) di Sungai Pas Kuala Krai Kelantan pada hari raya ketiga. Sambil buat kenduri dapat anak kembar dengan merebahkan lembu seekor, tok we juga mengadakan hari perjumpaan alumni IAIN Ar-Raniry Aceh sedunia...Dataglah beramai-ramai bawa nak isteri dan cucu kalau sapa dah ada. KIta jumpa 5 tahun sekali.

Lawatan Spada ke PS Karak

Image
KUALA LUMPUR 18 September 2008. Rombongan Spada sekali lagi sempat mengadakan lawatan ke Pusat Serenti Karak. Jam 8 pagi bas tak jadi bertolak, kami terpaksa menunggu rakan-rakan yang terlewat. Jam 8.62 gitu baru bas boleh bergerak. Destinasi pertama kami ialah Stesen LRT Cempaka, menjemput Amutha yang terlewat bangun, sahur la tu. Dalam perjalanan, tiba di Janda Baik, bas pulak meragam. Panasnya dalam bas, ekon tak sejuk. Angin je..last-last Sdr Annuar buak jendela atas bas. Untung ada angin Janda Baik. Geng Spada bergambar la sambil menunggu bas menjadi ok. Berasap enjin depan... Ek eleh, nak balik sempat pulak awek ni mencuri perhatian kameraman.Foto paling cantik ada pada kamera Lenny, (kamera dia sony).Nanti dimasukkan Isnin ni.

Lawatan ke PS Karak

Image
KUALA LUMPUR 18 September 2008. Rombongan Spada sekali lagi sempat mengadakan lawatan ke Pusat Serenti. Kali ini kami menuju ke Pusat Serenti Karak. Jam 8 pagi bas tak jadi bertolak, kami terpaksa menunggu rakan-rakan yang terlewat. Jam 8.62 gitu baru bas boleh bergerak. Asp Nadzir Othman sempat mencari pucuk ulam di tengah high way ni. Destinasi pertama kami ialah Stesen LRT Cempaka, menjemput Amutha yang terlewat bangun, sahur la tu. Dalam perjalanan, tiba di Janda Baik, bas pulak meragam. Panasnya dalam bas, ekon tak sejuk. Angin je..last-last Sdr Annuar buak jendela atas bas. Untung ada angin Janda Baik. Geng Spada bergambar la sambil menunggu bas menjadi ok. Berasap enjin depan... Ek eleh, nak balik sempat pulak awek ni mencuri perhatian kameraman.Foto paling cantik ada pada kamera Lenny, (kamera dia sony).Nanti dimasukkan Isnin ni.

Selamat Beribadah Buat Semua Sahabat

Image
Image

16 September?

Semua pelajar hari ini kelihatan lain dari minggu lepas,kata Prof Saedah. Ada apa hari ini ya, semuanya mengantuk dan nampak keletihan. Kami memikir tentang 16 September Prof, kata saudara Faizal dari seremban. Prof membuka medan perbincangan, baiklah kalau itu yang anda fikirkan, cuba sebutkan apa yang akan berlaku tentang 16 September? Sebelum orang lain masuk,saya terus pintas line,mengikut ramalan pak nujum...tidak ada apa-apa yang bakal berlaku pada 16 september kecuali hujan di beberapa buah tempat sekejap-sekejap. Gamat dan riuh kedengaran gelak ketawa pelajar yang tadi mengantuk sakan. Prof memuji ramalan itu, bagus katanya...semua orang dah ketawa, hilang ngantuk...haha

Kura-kura dan Journey

Image

Satu Perjalanan Yang Jauh

Image
Dalam perjalanan ke Jakarta, singgah di rumah makan propinsi Palembang. Masa pegi mesyuarat di Kedutaan Besar Republik Indonesia , saya bergerak dari Banda Aceh ke Pelabuhan Malahayati bersama Abu. Perjalanan lebih sejam baru kami tiba.Memang agak jauh. Melalui perkampungan nelayan. Kemudian jam 4.00 petang menaiki Feri Sangiang ke Pelabuhan Belawan . Selama 17 jam dalam feri saya mundar mandir saja nak tunggu subuh. Dekat- dekat subuh kami tiba di Pelabuhan Belawan, pastu ke Kota Meda n sejam lebih. Malamnya naik bas ke Pekan Baru , besok pagi kami tiba, bermalam di Pekan Baru 2 malam, di sini saya dan kawan-kawan kehilangan kain tuala. Dahsyat orang sini, kain tuala pun di curi. Petang hari ketiga kami naik bas ke Jakarta , tambang Rp 320,000,00, dengan bas ekseuktif perjalanan selama 2 malam. Jam 3 petang ni berangkat, subuh lusa baru tiba di Jakarta. Di Jakarta kami berehat di Kuningan, mess Malaysia, Jalan Gatot Subroto. Jauh, penat tapi menggumbirakan. Ada seorang yang baru ti