Posts

Showing posts from January 18, 2009

Putar-putar Hidup

Image
Pagi tak ada apa sangat yang lebih penting selain menunai kewajipan, kemudian baca buku Malam Pertama di Syurga, dah boring keluar beli surat khabar dan ronda-ronda sekitar Sri Putra, saya bertanya pada tukang yang sedang memasang batu-batu di pintu masuk S.K Sri Putra, tengok pada keadaan, sempatkah siap bulan 6 ini? Sempat jawabnya.

Fantastic Friends

Image
Dengarkan Lagu untuk Warga SPADA , Klik Dulu dan Mainkan Dalam Komputer Anda Download Video Cik Linda di Matta Yes! They're really fantastic friends indeed!

Dadah dalam coli, wanita Malaysia ditahan

MELBOURNE - Seorang wanita Malaysia berumur 20 tahun ditahan kelmarin selepas dia cuba menyeludup 400 gram heroin dalam coli di sebuah lapangan terbang di sini. Pegawai-pegawai Jabatan Kastam menyatakan mereka mengesyaki wanita itu membawa dadah ketika dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne. Ketika ditahan, wanita itu baru tiba dari Bangkok, Thailand. Seorang pegawai wanita yang melakukan pemeriksaan badan wanita itu mendapati ada sesuatu yang tidak kena di sekitar coli wanita itu. Mengikut satu kenyataan jabatan itu, pegawai tersebut kemudian menemui satu pakej serbuk putih. Wanita itu yang sedang ditahan reman akan dihadapkan ke sebuah mahkamah di sini pada 17 April depan. Dia berdepan dengan hukuman 25 tahun penjara dan kemungkinan denda sebanyak AS$356,000 (RM1.28 juta). Sementara itu, wakil Konsulat Malaysia di Bandar Adelaide, Australia, Hassan Salleh ketika dihubungi malam tadi memberitahu, pihaknya sudah dimaklumkan berhubung penahanan wanita itu oleh pihak

Koleksi Yang Terpilih Antara Yang Terbaik

Image
DALAM KESERABUTAN . Ada Senyuman Puan Lenny and Husband Pedati, Kereta Kuda, Kat Malaysia tak jumpa nak merasa benda ni Jamuan Halwa di sebuah pulau, Sg.Mekong Rumah Ibadah Semua Agama (Viet Nam) Cantiknya DITAKUTI .Polis Trafik Vietnam, Tak ada la gemuk KAWAN . Hanya kawan yang boleh membantu kita CANTIK . Sebuah lanskap di kota Vietnam yang berpenduduk 4 juta orang TOLONG . Berikan mereka air bagi menghilang kehausan KENANGAN INDAH .Bersama rakan SPADA Ratu SPADA 2008 Kapal POrtugis dijual dalam USD 28-55 Katak dari Kelapa BUATAN SENDIRI. SENJATA ini dibuat sendiri oleh tentera Vietnam

Ho Chi Minh,Vietnam 2009

Image
KALAU tidak kerana SPADA, masak hamba dapat pergi nun jauh ke Ho Chi Minh, kalau tidak kerana inginnya Allah Taala masak hamba masih ada disini. Duhai Tuhan Yang Maha Esa, Dunia ini sementara dan tiada kekal buatku tujuan hidupku bukan disini destinasiku bersamaMu di sana nanti, Sementara ranjau dan onak dalam beramal terlalunya banyak kekadang terlepas, kekadang terpaksa, letak hambaMu dalam lingkungan orang yang beramal yang cinta dan rindunya hanya padaMu

Calendar Desktop Terbaik

Image
Setakat ini, saya banyak mencari sistem kalendar yang boleh membantu orang yang seperti saya. Satu manajemen perlu siap pada desktop kita tentang perancangan masa depan dalam masa sebulan. Kalendar ini siap 3 bulan, apa yang anda catat, contoh pada 28 hb Januari, praktikum, 27 Mac, Lawatan ke Bandung, dia akan aturkan untuk anda mengikut tarikh. Jadi kita nampak apa perancangan kita dan apa yang akan kita buat. Anda boleh dapatkan perisian ini di laman dibawah ini. Kalau terlupa lain kali nak download, anda boleh taip "download desktop calendar" pada sistem carian Google. http://www.xemico.com/adc/

Nak Cepat Tapi Kehilangan

Image
Terima kasih pada pengunjung yang masih setia mengunjungi laman blog saya. Walaupun beberapa hari tidak dapat menyajikan cerita dan berita yang menarik. Saya ada satu pengalaman hari ini. Komputer peribadi saya mempunyai drive C,D,E,F dan G. Tidak termasuk A untuk Floppy Disk dan 2 DVD Player serta burner. Semalam saya cuba membeli satu CD Windows Home Original kat Plaza Imbi. Seumur hidup ini baru mengguna perisian yang ori. hehe. Selama ini copy mengkopi dari member lanun. Sudah beberapa minggu penampilan desktop saya tidak menarik, kerana di detect oleh pihak windows melalui internet bahawa saya menggunakan perisian yang tidak genuine. Akibatnya window media player tidak dapat berfungsi. Bila pulang, saya pindahkan semua gambar-gambar sepanjang 2008 ke Drive D. Termasuklah foto ke Sabah dan Vietnam. Sudah complete proses pemindahan hampir setengah jam. Saya mula restart balik komputer dan masuk ke DOS. Sambil meng-install windows baru, sambil cuci keyboard yang banyak debu, sempa

Entah Kapan Ketemu

Salam kekawan dan rerakan semua, saya sedang menghabiskan masa boring ini untuk anda, ops...sedang mempersiapkan apa-apa yang perlu ketika menjelang praktikum selama 10 minggu nanti. Dalam pada itu, saya sedang mengopi Fail Foto ke Sabah tempoh hari. Nampaknya cukup 1 DVD, tetapi bagi siapa yang tak ada DVD kayak Nor Zalifah, maka kena nukairn dengan CD, alamatnya banyak keping lah CD yang perlu dibayar. gak pa pa kan. Dan juga , saya akan menyidikan foto yang kita ke Vietnam. masih ingat? Saya faham anda belum lupa. Ini pun perlu dalam 2 DVD. Nah satu DVD 4.7 GB. Kalilah dengan CD yg satunya 600MB sahaja.Gimana? Siapa yang mahu CD dan siapa yang mahu DVD? Sila nyatakan dalam kotak dialog box

Action Plan

Image
Borang-borang untuk intership III sudah pun disiapkan oleh kawan-kawan kita Nor Zalifah - Weekly Planner Noor Sham - Daily Planner Lenny - Action Plan Tunggu Dua Lagi Dari Datin Linda & Anis

Kenangan Indah di Dunia

Image
Jom kita mara ke Phoenix Island Dengan tepung beras, keropok Vietnam di buat Aik, sapa tu yang berbaju hitam, bujang pun hensem jugak Bergaya nampak di depan pintu Hotel Orient Meh sini kawe bawak kerenta al-kuda ni Calloooooo... jalan kuda...jangan tak jalan Tinggi sangat la....rendah kan sikit Menunggu keberangkatan Star Cruise di Sungai Saigon Eh eh. kenapa senget semua kepala dia orang ni Tanda persahabatan hidup di dunia, susah dan senang, kita redah bersama. Ku simpan kenangan bersama kalian bersama hingga ke mati. Perjalanan masih panjang, liku-liku selalu penuh, ranjau duri dan halangan sentiasa menghalangi. Pilih antara 2, senang buatmu atau susah bagimu, bahagia disana, atau kekal dalam penderitaan. Dan Aku telah mengilhamkan baginya Fujuuraha wa tAqwa Ha, akan jalannya menuju keburukan dan kebaiakan.