Dadah dalam coli, wanita Malaysia ditahan

MELBOURNE - Seorang wanita Malaysia berumur 20 tahun ditahan kelmarin selepas dia cuba menyeludup 400 gram heroin dalam coli di sebuah lapangan terbang di sini.

Pegawai-pegawai Jabatan Kastam menyatakan mereka mengesyaki wanita itu membawa dadah ketika dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne.

Ketika ditahan, wanita itu baru tiba dari Bangkok, Thailand.

Seorang pegawai wanita yang melakukan pemeriksaan badan wanita itu mendapati ada sesuatu yang tidak kena di sekitar coli wanita itu.

Mengikut satu kenyataan jabatan itu, pegawai tersebut kemudian menemui satu pakej serbuk putih.

Wanita itu yang sedang ditahan reman akan dihadapkan ke sebuah mahkamah di sini pada 17 April depan.

Dia berdepan dengan hukuman 25 tahun penjara dan kemungkinan denda sebanyak AS$356,000 (RM1.28 juta).

Sementara itu, wakil Konsulat Malaysia di Bandar Adelaide, Australia, Hassan Salleh ketika dihubungi malam tadi memberitahu, pihaknya sudah dimaklumkan berhubung penahanan wanita itu oleh pihak keselamatan di Sydney, kelmarin.

Menurut beliau, setakat ini belum ada maklumat terperinci mengenai wanita itu.

Comments

Popular posts from this blog

SK Dusun Tua, Sekolah Tertua Daerah Hulu Langat

Dulu Dusun Kini Taman

SMK Kajang Utama