Posts

Showing posts from October 4, 2009

Beginikah Kiamat?

Image
Suara tangisan manusia lelaki dan perempuan, melihat goyangan bumi menggoncang bangunan yang selama ini berdiri teguh, ke sana-sini manusia mencari arah untuk dituju. Sedangkan gambaran saat berlakunya kiamat adalah lebih dahsyat dari ini semua. Al-Qoriah, Mal Qoriah? Al-Qoriah, tahukah engkau apakah itu Al-Qoriah, (Goncangan) , pada hari itu (kiamat) kamu akan melihat manusia seperti kelkatu, dan gunung-ganang berterbangan...Masya Allah. Gunung sebagai pasak bumi, yakni paku bumi, boleh tercabut dan berterbangan dek suasana yang hiruk-pikuk hari kiamat. Angin yang kuat menerbangkan segala kekuatan manusia, harta dan kecantikan, perhiasan dan kemewahan sudah tiada guna lagi. Manusia semua akan kembali kepada ALLAH. Dan pada hari itu (kiamat) tiada guna lagi harta dan anak-anak, adapun yang berguna adalah orang-orang yang pulang menemui tuhannya dalam keadaan qalbun salim , jiwa yang selamat (dari dosa).

Dunia Masih Bernyawa

Sewaktu saya membelek-belek Kitab Hadis Sahih Muslim mencari sabda junjungan berkenaan dzikir, ada sebuah hadis Nabi yang membawa makna, " Tidak akan berlaku kiamat sehingga tidak ada lagi orang yang berdzikir menyebut Allah, Allah. " Manakala di dalam hadis Qudsi, ada firmanNya yang dituju kepada Malaikat Israfil, penjaga sangkakala, " Berkata Tuhan kepada Malaikat Israfil, (wahai Israfil) apabila engkau mendengar suara yang menyebut Allah, Allah, (padahal itu adalah saatnya kiamat sudah tiba), maka engkau tangguhkan tiupan itu, selama 40 tahun, sebagai memuliakan orang yang menyebut tadi " Manakala, bagi orang tua yang mewarisi anak yang suka berdzikir Tuhan mengatakan, Aku malu menyiksa hamba Ku yang (sedang) berada di dalam perut bumi, sedangkan anak-anaknya berdzikir menyebut namaKu di atas permukaannya. Saudara, dari beberapa potong hadis di atas, menyatakan hayat dunia ini masih ada dikeranakan masih ada orang yang menyebut namaNya, jika tidak ianya s

Kejayaan Luar Biasa

Image
Hulu Langat : Kejayaan yang Luar Biasa itu akan diperoleh melalui usaha luar biasa, biarpun murid itu adalah murid biasa, guru juga guru biasa, ibu bapa juga biasa. Hal demikian dinyatakan oleh En.Noorhisham Hamzah sewaktu menyampaikan ceramahnya di S.K Sungai Serai hari ini. Mengambil contoh Nur Amalina dan Nik Nur Madihah, mereka berdua adalah ikon manusia yang berjaya didunia. Namun perjalanan hidup ini masih panjang. Kita perlu berjaya juga selepas meninggal dan di akhirat kelak. Terima Kasih kepada pihak guru kaunseling dan pentadbir S.K Sungai Serai

Tsunami Mengheret Kapal 2KM

Image
Sejauh 2km dari laut, kapal ini dibawa ke sebuah perkampungan berhampiran bandar Kota Banda Aceh. Saya cuba melawat peninggalan sejarah awal ini 2 tahun yang lalu. Kapal ini seberat 200,000 ton dan tak mungkin boleh dibawa ke laut kembali, melainkan dengan kuasa Allah Taala jua. Saya melihat rumah-rumah di sekeliling kapal ini, tinggi juga rupanya air ini, kira-kira separas bumbung rumah, kalau tidak masakan kapal ini boleh berada di sini. Pandangan dari sisi depan kapal Melihat Kebesaran Tuhan

Peranan Tahap Kefahaman Agama Terhadap Penyalahgunaan Dadah

Image
Oleh : Ojaloli Latar Belakang Pelatih Emy (bukan nama sebenar) berumur 34 tahun merupakan anak pertama dalam keluarga berasal dari Kampung Baru, Kuala Lumpur. Emy adalah seorang perempuan berbangsa Melayu dan beragama Islam. Kajian ini dilakukan di Pusat Serenti (Wanita) Bachok, Kelantan pada 2 Ogos 2009 jam 11.30 pagi. Mula terlibat dengan penyalahgunaan dadah ketika berusia 18 tahun iaitu pada tahun 1994. Pada peringkat awal, Emy hanya menagih dadah jenis ganja sebelum beralih kepada dadah jenis heroin dan syabu. Pada tahun 2000, Emy telah dimasukkan ke Pusat Serenti Kemumin, Kelantan setelah disahkan positif ujian dadah. Semenjak tahun 2000 sehingga kini, Emy telah dimasukkan ke Pusat Pemulihan sebanyak lima kali iaitu dua kali di Pusat Serenti Kemumin dan tiga kali di Pusat Serenti Bachok. Kesempitan hidup keluarga menghalang Emy daripada meneruskan persekolahan. Emy hanya sempat bersekolah sehingga ke tingkatan satu. Pada usianya 23 tahun, Emy telah berkahwin dan mendapat dua

Satu Lesen Untuk Satu PC

Image
Jika anda mengguna antivirus yang percuma, sememangnya boleh, tetapi ramai tidak sedar, bahawa sistem yang percuma itu tidak akan scan keseluruhan item dalam komputer anda. Ianya akan scan hanya beberapa item sahaja. Namanya saja pun percuma, free atau gratis. Lain pula jika kita mengguna sistem perisian berbayar, kerana ianya sah dan bersambung terus dengan syarikat pengeluar.Harga untuk 1 lesen di mana-mana kedai sekarang ini ialah sekitar RM90.00. Lain pula jika anda dapatkan key tadi dengan saya. Juga untuk satu komputer. Hanya RM33.00 untuk Karpesky Internet Security, dan untuk 1 PC. Bukan seperti 1 key untuk 3 PC. Kenapa anda boleh dapat murah? Sebab saya hanya jual key dia sahaja. Programnya anda boleh download di internet. Kenapa di kedai mahal? Mereka sewa kedai, lagi pula mereka jual dengan kotak dan CD bersama. Walhal jika anda membeli di kedai, anda hanya membeli key nya sahaja bukan. Programnya boleh didapati dimana-mana. Macam mana nak dapatkannya? Anda boleh

Bagaimana L4 Berfungsi

Image
Rupa Bentuk Borang L8 Mungkin ramai yang masih "bingung", bagaimana L4 berfungsi dan bagaimana supaya ia berfungsi.Baiklah, mari kita lihat bagaimana ianya befungsi. Pihak Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju untuk mengguna sistem penghantaran laporan secara automatik. Laporan ini akan dihantar oleh semua guru bimbingan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia dalam bentuk fail excel. Fail ini kita namakan L4. GBSM akan mengisi borang ini. Setelah borang tersebut di isi dan dihantar melalui internet dengan menggunakan sistem upload, borang2 tersebut akan digabungkan oleh pengurus khas bagi setiap negeri dan daerah. Apakah anda akan di detect jika tidak menghantarnya, ya. Sebagai contoh Sistem ini akan menunjukkan kepada pengurus (JU) bahawa bakul sekolah rendah Daerah Hulu Langat hanya ada 40 fail. Ini membawa makna hanya 40 buah sekolah sahaja yang telah menghantarnya. Begitu juga dengan sekolah menengah. Jangan berlegah lagi, se

Mesej dari seorang kawan

Image
Saya terima mesej dari seorang blogger yang juga kawan baik, En.Adlan seperti berikut : Kejadian gempa di padang jam 17:16, Lihat Al-quran surah 17 ayat 16, susulan di Padang jam 17:58, buka Quran 17:58, terjadi pada tanggal 30:29, Lihat Quran surah 30 ayat 29, Gempa di Jambi jam 08:52. lihat Quran surah 8 ayat 52. Surah 17 Ayat 16 : Dan jika kami hendak membinasakan suatu negeri, maka kami perintahkan kepada orang-orang yang hidu mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam ngeri itu, maka sudah sepantasnyalah berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya. Ayat 58 Tak ada suatu negeripun (yang durhaka penduduknya), melainkan kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami Azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertlis di dalam Kitab. 30:29 Tetapi orang-orang yang zalim, mengikuti hawa nafsunya tanpa ilmu pengetahu

Guru Saya di Aceh

Image
Drs.Abu Tarmizi Dahmi, berasal dari Aceh Selatan
Image
En.Rahim sedang memberi taklimat awal Berikut adalah jadual yang perlu di ambil perhatian oleh semua guru bimbingan dan kaunseling Kementerian Pelajaran Malaysia. Taklimat JPN & Admin Negeri 5 hingga 7 Oktober 2009 Tempat : Hotel MITC, Melaka Taklimat JPN & PPD 12 hingga 14 Oktober 2009 Tempat : PPD/JPN masing-masing Taklimat PPD & Sekolah 19 hingga 21 Oktober 2009 Tempat : Daerah masing-masing Tarikh Tutup Data 31 Oktober 2009 Tempat : (* Proses Audit Data-data yang diterima) Tarikh Pengumpulan Data (PPD) 31 Oktober hingga 8 November 2009 Tempat : Penghantaran Maklumat Secara Online Penghantaran Data JPN ke KPM 9 hingga 11 November 2009 Tempat : Penghantaran Maklumat Secara Online Pegawai dan JU dari seluruh Malaysia

MITC Ancasa 3 Hari

Image
Bangunan Hotel MITC Selama 3 Hari bermula semalam 05 hingga 07 Oktober semua JU Negeri dan Kebangsaan berkampung di MITC Hotel bersama pegawai-pegawai kaunseling dari Jabatan Pelajaran Negeri seluruh Malaysia. Suasana katil dalam bilik Bantal kat sini paling best, yang kedua best hotel Dynasty. Yang lain semua sakit leher. Macam Kapas lembut je. Kita nak tidur sekejap je atas dunia, tapi nak lah selesa sikit. Wah, gambar tandas pun ambik jugak. Ok la tandas ni, yang kurang OK tandas kat sri Costa, tandas dia macam dalam cerita jepun. Boleh nampak dari luar.

Mayat Tak Reput

Image
Klik Foto Orang Alim lagi beramal, mayat nya tidak akan di mamah tanah. Walaupun puluhan tahun meninggal. Padahal kayu keranda yang melindungi jenazahnya sudah reput dimakan waktu. Ada 2 jenis yang meninggal , satu tidak dimakan bumi, kerana yang tadi, ini termasuk jasad Nabi-nabi, rasul-rasul, siddiqin, shuhada, dan wali-wali Allah . Yang kedua ialah orang yang paling jahat sehingga mengaku Tuhan, jasad dia tidak diterima bumi, kerana terlalu jahatnya dia semasa hidup, bumi tidak mahu menerimanya. Firaun adalah satu contoh. Hasan Anak Rimau di Kelantan yang mengembang ajaran sesat, pun salah seorang, mengikut cerita, mayat nya di tanam hari ini, esoknya keluar dri dalam tanah, ditanam lagi, esoknya keluar lagi, akhirnya terpaksa di tanam dibelakang rumahnya dalam keadaan berdiri dan dikonkrit dengan simen supaya mayatnya tidak keluar lagi.

Bapak Kembali ke Alam Barzakh

Image
05 Oktober 2009. Jam 7 pagi ini, mertua saya kembali menemui Ilahi di Kampung Karang Jambu, Jawa Tengah, Indonesia di rumah anaknya. Kali terakhir bertemu ialah pada penghujung 2007 di Medan. Bapa mertua saya selalu mendoakan agar sukses S2 hingga S3 dan dapat ke tanah suci secepatnya. Manakala ibu mertua sudah pergi dahulu sekitar 2007. Hidup ini bermula dengan kelahiran dan berakhir dengan kematian. Kapankah masanya, itu adalah rahsia Tuhan sebagaimana terkandung dalam Surah Luqman ayat 34 : " Dan pada Tuhanlah pengetahuan tentang hari Kiamat , dimana turunnya hujan , apakah (nasib dan rezki) bayi dalam kandungan , dan apa yang akan dikerjakan oleh manusia esok hari , dan dimana kah tanah kubur nya " Al-Fatihah untuk insan yang sekali datang dan telah pergi buat selamanya. Menurut Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani, jika kamu ketahui ada orang meninggal pada hari ini, maka sholat jenazah ghaiblah pada malamnya . Pastinya ada keuntungan secara rohani kepada siapa yang mahu men

Berkampung di Ayer Keroh

Selamat datang di ucapkan kepada semua Ju-Ju dari seluruh Malaysia yang baru dilantik ke Hotel MITC, Ayer Keroh. Kita akan berada di sini hingga Rabu iaitu 7 Oktober 2009. Kami berlapan, JU ICT Kaunseling Kebangsaan akan memimpin tuan-tuan untuk mengisi borang L4 di web http://l4kpm.net . Saya dapat makluman, seramai 5 orang dari Negeri Selangor akan ke sana termasuk 3 orang JU Kebangsaan, saya , Puan Marina dan En.Fadzlie (Sabak Bernam). Manakala 2 orang lagi adalah dari sekolah rendah dan menengah. Mungkn negeri-negeri lain juga akan menghantar 2 hingga 3 orang wakil. Syabas kepada JU dari Kedah, Mohd Aminudin kerana dapat ke Kuala Lumpur dengan flight. Ini rezki tuan-tuan yang tinggal jauh. Kami jugak di KL ni yang duk main pusing-pusing antara Goldcourse dan Bandar Hilir Melaka. Selepas menerima taklimat dan tunjuk ajar disini, tuan-tuan akan balik ke daerah masing-masing dan meminta semua kawan-kawan mengikut arahan terbaru ini. Semoga mendapat kerjasama yang baik dari semua r

PEPERIKSAAN AKHIR PENGGAL PERTAMA

PEPERIKSAAN AKHIR PENGGAL PERTAMA SPADA AKAN BERLANGSUNG SELAMA DUA HARI BERMULA 5 OKTOBER 2009 HINGGA 6 OKTOBER 2009 KEPADA SEMUA PELAJAR SPADA DIHARAP DAPAT MENJALANI PEPERIKSAAN DENGAN FIKIRAN YANG TENANG SEMOGA KITA SEMUA AKAN BERJAYA....