Posts

Showing posts from May 16, 2010

Untuk siapa Negeri Akhiroh itu

Image
Negeri akhirat (yang telah diterangkan nikmat-nikmatnya) itu, Kami untukkan bagi orang-orang yang tidak sombong (tidak bertujuan hendak mendapat pengaruh atau kelebihan di muka bumi) dan tidak melakukan kerosakan (dimuka bumi) dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. Sambungan

Ceramah Pendidikan Pencegahan Dadah ; Hafney

Image
Penderitaan Ketika Menagih dan Sesudah Berhenti Dari bulan Mei, saya menghubungi Tuan Hafney untuk menyampaikan ceramah kepada anak didik saya di Bangi Lama. Namun hanya hari ini (21 Mei 2010), ianya menjadi kenyataan. Kerana beliau sedang sibuk bergerak dengan satu kaki ke seluruh Malaysia untuk menyampaikan ceramah di pusat2 serenti. Walaupun kali ini, ceramah beliau terpaksa disampaikan sambil duduk, tidak lagi berdiri dek kerna kakinya kananya dipotong, namun keindahan jalan cerita, ketebalan pengajaran yang sarat dengan hikmah, tidak boleh menipiskan semangat pendengar untuk terus menjadi audien hingga tamatnya program. Mengawali ceramah, "malam tadi saya bangun jam 4, memikirkan... apakah bahasa yang akan saya gunakan hari ini, kerana audien saya hari ini ialah murid sekolah rendah tahun 5 dan 6. Saya biasa berceramah didepan mahasiswa, pelajar universiti, pensyarah dan Menteri, tetapi dengan budak sekolah, ini baru kali pertama. Kisah Hidup Hafney sebagai Penagih, Fa

Sambutan Hari Guru

Image
Nak Foto Penuh? Kena hubungi BKG.. Sambungan

DVD Hilang?

Image
Pada 09 Mei 2010, Antara Jam 9.16 hingga 9.19 pagi, saya telah memasukkan DVD Bahan Salinan Integriti ke 5 buah Pigeon Hold sekolah seperti berikut : 1. SK Taam 2. SK Dusun Nanding 3. SK Rinching Hilir 4. SMK Jalan Reko 5. SK B.Tasek Kesuma Hingga kini, SK TAAM belum jawab sudah sampai atau belum SK Dusun Nanding tersalah masuk.....sebenarnya alamat ke SK Dusun Tua SMK Jalan Reko masih belum terima, tidak dapat dipastikan, siapakah yang mengambilnya.

Ceramah Dadah di SK Bangi

Image
Hari : Jumaat Jam : 8.30-10.30 Penceramah : En.Hafney abd Rahim Pengerusi Persatuan Bekas Penagih dadah (PENDAMAI) Malaysia Objektif : Memberi kesedaran kepada murid bahaya dadah kepada sistem tubuh manusia, fizikal dan juga ruhani Mendedahkan punca-punca remaja mencuba-cuba, kemudian menagih dan akhirnya menjadi PENAGIH Hari : Jumaat Penceramah : En.Hafney abd Rahim Pengerusi Persatuan Bekas Penagih dadah (PENDAMAI)

Nenek pun Jual Dadah

Image
Seorang member bercerita, seorang sahabatnya mantan penagih tegar, setelah keluar dari pusat, puas cari kerja sana-sini, untuk menyara anak dan isteri, namun semua tempat yang dituju tidak memberikan padanya peluang. Sijil tak ada, kelulusan apa pun tarak, mau tak mau, ada perut yang harus di isi, ada jiwa yang harus dilindungi dibawah tempat berteduh, walaupun di teratak setinggan cuma. Akhirnya, dia terpaksa buat kerja yang orang tak buat, tiap bulan pergi ambil dadah di Port Klang dan hantar ke KL, di bawa bersama nya anak dan isteri.... Upahnya.... tak mahal, hanya RM5000 untuk sekali hantar. Penghantarannya pun cuma sekali sebulan. Apa nak buat, sebab tak ada syarikat yang nak percayakan dia lagi. Syarikat mesin rumput pun takut dia bawa lari mesin rumput. Syarikat JAGA pun tak berani, takut tak terJAGA, walaupun kerja itu bahaya, terpaksa dilakukan... Stigma Masyarakat Apa sebab? Antaranya sebab penerimaan masyarakat. Sudah ada satu stigma yang berdiri kukuh dalam minda

Pencegahan Dalam Komuniti

Image
Sebelum saya bercerita pasal Pencegahan Dalam Komuniti, saya nak sentuh dasar negara kita yang telah meletakkan target tahun 2012 adalah tahun sekolah (di Malaysia) bebas dadah dan 2015 Tahun Negara Malaysia bebas dadah. Istilah bebas dadah bukanlah bermakna kita tidak mempunyai penagih dadah langsung, cuma ada berapa persennya. Baiklah saya cuma nak fokus yang kedua tu, Negara Bebas Dadah Kalau dikira-kira ya pak, tahun 2015 itu tak berapa lama lagi, gelap cerah gelap cerah, menjelmalah 2015. Bercakap pasal dadah dan penagih ni, Sebenarnya, bukan masyarakat saja yang risau pasai dadah, orang AADK sendiri pun naik runsing, berjaya ke idaknya Dasar Dadah Negara. Mereka duk pulun siang dan malam, duk kejar target tersebut... tapi al-malangnya, banyak sangat sekatan, road block, cobaan, mehnah dan ranjau yang perlu dilalui. Apapun, mereka tak kisah. Mereka yang tak kisah ni tergolong pembenci tegar kepada dadah, kerana telah membunuh ribuan anak bangsa Malaysia. Membunuh jiwa, perasaa

Selamat Datang ke Teratak kami

Image
Setelah beberapa kali hasrat ingin ke rumah saya tidak menjadi, kali ini menjadi. Member kuliah si-Indonesia, saya di Aceh dan beliau di Sulawesi Selatan dalam jurusan kedoktoran. Kini dah jadi Doktor di Malaysia, bekerjasama dengan Dr,Mahmud dalam rawatan kes penagihan dadah. Sering pula bertukar pandangan di arena blog, terbaru bertukar pendapat di Facebook. Entah apalah yang akan ada lagi esok hari.