Posts

Showing posts from July 22, 2012

Poster Motivasi UPSR

Image

Salam Aidil Fitri

Image

Sekilas di Bazar Ramadhan BSP

Image
Suasana di Tapak Bazar BSP  (Warna Hitam)Air Mata Kucing  Syukur..Jam 6.30 Air dalam balang sudah tinggal 1/3 Pupu minum Air Soya   Ibu Imah dan Pak Teguh sempat makan bersama di dalam gelap Maghrib  Maghrib Sudah... Flat BSP

Selamat berpuasa dibulan Ramadhan

Image
" Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan  ke atas kamu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan kepada umat sebelum kamu, mudah-mudahan dengan puasa itu, kamu menjadi manusia yang  bertaqwa " QS Al-Baqarah - 183 Murid-murid sekalian, siapa yang puasa hari ini? Syabas siapa yang sedang berpuasa hari ini. Puasa memang meletihkan, tetapi ada banyak manfaat sebenarnya. Sehingga agama lain pun, (selain agama Islam) menyaran penganutnya agar berpuasa. Tujuan berpuasa bukanlah supaya kita lapar dan haus semata-mata, tetapi untuk mengekalkan kesihatan kepada tubuh badan kita. Selama ini, kita tidak pernah pun merehatkan perut kita dari dimasuki makanan. Hari-hari tubuh kita memproses makanan, mesin dalam perut tidak pernah berhenti mengisar makanan. Makanya, sesekali ia perlu direhatkan. Kereta bapa kita pun, kalau tidak pernah masuk bengkel untuk ganti minyak hitam, padahal sudah tiba masanya ia di service , pastinya ia akan rosak.Cubalah kalau tidak percaya. Makna Ta

Ke mana cikgu curahkan?

Dari jauh nampak comel budak perempuan tu berjalan, siap ada lesung pipit, rambut dibiar mengurai, semakin dekat, semakin dia tengok padaku, ku tengok lagi, Cikguuuuu...tegurnya. Ya Ampun, rupanya anak muridku, dalam hati berkata sendirian, kenapalah anak muridku yang pernah ku siramkan ilmu, betapa dosanya membuka aurat, betapa dalamnya api neraka, betapa azabnya siksaan itu. Toh... masih berani kamu berbuat seperti itu. Termanggu sendirian, kemana ilmu cikgu berikan selama ini, tidak cukupkah Silivus yang Ustaz dan Ustazah sudah sampaikan, masih lompong benarkah ilmu-ilmu yang kamu terima. Apa boleh cikgu buat? Hanya menatap dan membalas senyummu. Itu saja. Dikejauhan ini, cikgu hanya  termenung sendirian. Terserah padamu mahu ke mana pergi. Fa alhamaha fujuraha wa taqwaha. Dan Kami telah ilhamkan kepada manusia, samada memilih fujur atau taqwa. Up To You.

Bahan Tazkirah

Point-point penting sempena hadirnya Ramadhan, boleh dijadikan bahan Tazkirah semasa. Setiap amal bermula dengan NIAT.Niat lah yang membezakan antara Adat dan Ibadat.Kendatipun adakalanya adat boleh menjadi (amal) ibadat. Mungkin anda perasan, kalau selama ini nak bangun pagi-pagi sebelum subuh punyalah susah, apalagi nak bangun tahajud ye kan. Nah...bila tibanya bulan Ramadhan, boleh pulak kita bangun awal ye kan. Kenapa ye? Inilah kehebatan niat . Sebelum tidur malam, kita sudah berniat/berazam untuk bangun esok pagi sebelum subuh.Kring....loceng berbunyi, kita pun terjaga dengan mudahnya. Dalam bulan ini, jagalah dan berhati-hati di   dalam berbicara , kurangkan bicara dan banyakkan membaca Al-Qur'an atau berzikir. Bukankah orang yang banyak bicara itu tanda kurangnya ilmu dan boleh membuat orang lain berkecil hati, gara-gara kesilapan lidahnya. Tidaklah bermakna dibulan lain boleh ngomong seenaknya. Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata, tidak boleh di undur. Terl

Berita Terkini SKB Sempena Ramadhan

Image
1.Besok 24 Julai 2012 adalah Ujian Percubaan (UPSR) Bagi Murid Tahun 6.Buat yang terbaik. 2.Koko Hari Rabu minggu ini dibatalkan.