Posts

Showing posts from February 14, 2010

Sarip Noor dalam kenangan

Image
Mungkin ramai yang sempat mengenali Allahyarham Sarip bin Noor, beliau merupakan seorang pelakon, dalam filem Gila-gila Pengantin, beliau adalah pelakon utama. Saya mengenali beliau ketika menetap sementara di Selayang Pandang, rumahnya keluarga angkat sebelum ke Aceh 1998. Ketika ke maqam ahli syurga, (anak keluarga angkat yang meninggal ketika masih kecil dalam keadaan cacat), saya sempat singgah di maqam arwah Sarip Noor. Penulis berada di maqam Sarip Noor, Selayang Hidup ini sementara cuma, atas dunia bagaikan pentas lakonan yang cukup besar. Setiap orang sedang berlakon. Dan entah kapan....lakonan ini akan berakhir. Al-Fatihah untuk arwah Sarip Noor. Penulis bersama dengan anak Arwah Sarip Noor baru-baru ini. Coretan ke Maqam Ahli Syurga pernah penulis titipkan di sini

Dunia akhir zaman

Image
Tempoh hidup kita di dunia semakin singkat, usia bumi ini juga semakin mendekati titik akhirnya. Ini semua ditandai dengan pelbagai kemaksiatan dan bala bencana yang muncul saban hari. Satu perbuatan dan kejadian yang dulunya kita tidak pernah terfikir, namun sekarang ia ada di depan kita. Kalau dahulu zaman Nabi Isa, semua bayi lelaki di bunuh, kemudian pada zaman Nabi Muhammad, rata-rata bayi perempuan yang dibunuh, kini, zaman kita, adalah zaman titik terkulmulasi (terkumpul) akan segala segala kejahatan lampau. Inilah tanda-tanda akhir zaman. Bapa tidur bersama anak perempuan dewasa sekatil. Gejala Zina semakin subur. Membiaknya kelahiran anak luar nikah. Mau salahkan siapa? Anak itu sendiri? Sebenarnya kepala dan naib kepala rumahtangga yang perlu dipersalahkan. sebab anak-anak ini datang dari mereka. Anak-anak adalah fotostat dari ibu bapa mereka. Cerminan sikap ibu dan bapa. Rata-rata keluarga yang bermasalah, adalah manusia yang hidup berani meminggirkan suruhan agama. Se