Posts

Showing posts from November 28, 2010

Hidup Antara Azan dan SOlat

Image
Ungkapan ini sangat memberi kesan pada saya waktu itu, dan sehinggalah ke hari ini, saya sentiasa membawa kalimat ini ke surau, masjid, kelas bahkan ke hotel sekalipun. Guru saya di Aceh, Abu Tarmizi Dahmi, (nama Abu adalah gelaran yang dipanggil oleh ibu-ibu yang belajar dengan beliau) beliau merupakan salah seorang ulama berasal dari Aceh Selatan, telah berhijrah ke Banda Aceh. Foto sebelah, penulis bersama Drs.Tarmizi Dahmi, Dosen Fakultas Ushuluddin, IAIN Ar-Raniry. Foto tahun 2007. Sebagai Info , Banda maknanya tanah datar , bukan bandar. Adapun bandar sebutan disana ialah kota. Beliau, pada saya sangat hebat menyampaikan kuliah, setiap patah yang keluar dari mulut beliau, amat terpaku di qalbu. Lantaran enaknya syarahan beliau, ketika suasana perang di Aceh meledak, dalam masa yang sama, beliau dijemput memberikan khutbah Aidil Fitri di Lhokseumawe, terletak di Aceh tengah, (kira2 5-6 jam perjalanan dengan kenderaan) lantaran perang meletus dan suasana tidak aman, beliau di

2010 : Antara yg ku keHilangAn dan Dapat

Image
Jikalau Cikgu Zam atau nama penuhnya Noor Haizam Zahid Shaghia bercakap pasal barang rosak tahun ini, saya ber idea mencoret pasal barang yang hilang tahun ini. Pertama, pendrive 2GB warna coklat....sibuk-sibuk layan cikgu lain masuk dalam bilik kaunseling, kebetulan ada jugak murid-murid yang sering lepak, bila nak tutup laptop, saya letak pendrive tu atas meja, tapi terjatuh ke bawah, nak cepat sangat, saya biarkan pendrive tu dibawah, nanti ajalah carinya, bisik hati, tau-tau sampai sekarang tak jumpa. Yang kedua pendrive jugak, 8GB, siap bertali, warna merah, beli kat Plaza Imbi, semua dokumen berkaitan UBK sekolah yang latest ada kat situ. Sedar-sedar dah tak dapat di kesan, entah dimana, dirumah tiada, di sekolah pun tak jumpa. Ah..sudah lah. Yang ketiga, kamera Kompak Samsung 8MP, hari kehilangannya adalah hari yang paling bergembira buat semua insan bernama guru, ya pada hari guru. Saya bawa pagi-pagi ke sekolah dengan memakai baju kot, kononnya nak sambut hari guru, sedar

Ziarah ke rumah Ramdan Nanyan

Image
17 Tahun yang lalu, tepatnya 1993 saya ke rumah Ramdan Nanyan di Jengka 13. Waktu itu ayahnya buka kedai membaiki motosikal. Hari ini, saya berangkat dari Kota Gelanggi 02, ke Jengka 13. Tujuannya mencari rumah Ramdan. Tetapi sayangnya, beliau sudah pindah, dari jiran nombor telefonnya di perolehi. Saya ke Temerloh melalui Kuala Krau. Dan sedih juga mendengar, pemergian bapanya setahun yang lalu. Pemergiannya bapanya gara-gara diserang stroke. Gambar Ramdan, 36, di belakang saya 17 tahun yang lalu. Dulu pun beliau suka mengaji Quran di dalam masjid. Kini beliau menjadi guru mengajar Quran di rumahnya untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Berikut adalah gambar terbarunya bersama keluarga di Temerloh saya rakam, Anak Ustaz Ramdan 4 orang, 2 lelaki dan 2 perempuan. Isterinya mengambil upah menjahit pakaian. Setelah habis SPM di SMUDA, beliau ke Kedah, seterusnya ke Mesir, balik dari sini menjadi guru agama selama 4 tahun di sekolah agama rakyat dengan gaji RM400.00 sebulan. Gara-gara

Antara Jerantut dan Kuala Tahan

Image
Seorang sufi berkata, sedekat-dekat pengembaraan ialah dari (satu tempat) di muka bumi ke muka bumi yang lain,sedangkan sejauh-jauh pengembaraan ialah dari dunia menuju Tuhan Rabbul Jalil. 02 Disember 2010. Taman Negara, Jerantut, 43000, Pahang Darul Makmur, awalnya bercadang nak pusing-pusing kat sungai, tapi kata member kat sini, tak ada pun, harga RM100.00 jelah boleh bagi. Aik tak sangka, jumpa kawan sepermainan masa kecil-kecil dulu di sini. Rudin namanya, anak Pok Su Ja'far tukang kayuh beca, dan juga pemain silat pulut. Sayang lupa nak ambil gambarnya. "Mu kenal dok sapa aku?" Tanyanya, entahlah, siapa ek, muka dah berubah...sukar nak ingat lagi... Atas bot dari Jeti menyeberang Sungai Pahang ke Taman Negara, ronda ke Sungai Tahan...antara pertemuan 2 batang Sungai, warna air yang berbeza... Singgah sekejap di Stesen Keretapi Jerantut... pernah ke sini tahun 1993 Dari sini ke Stesen Wakaf Bharu berapa belas jam kalau tak salah...lama sangat...pasal bukan ker

KIS 365 Hari

Image
Dalam stok simpanan saya masih ada 8 Key (Kaspersky Internet Security) (KIS) yang belum diguna. 1 Key Untuk 1 User atau 1 PC. Malam ni pun saya baru install lagi, padahal masih ada 28 hari lagi key yang lalu. Nak tengok betul ke tidak setahun atau 365 hari. Jika anda yang mempunyai key KIS yang sudah hampir tamat tempoh, boleh membuat pesanan dari saya hanya RM30.00 pertahun, sama dengan KIS yang kita beli di kedai, cuma harga dia lebih murah. Lihat, saya punya Key, tarikh tamat tempoh sah adalah 5 . Disember 2011.

Lawatan ke Gua Kota Gelanggi

Image
Isi Musim Cuti Sekolah. Kali ini, tanpa persiapan awal dan perancangan, saya bersama keluarga dan sepupu ke Gua Kota Gelanggi, terletak 20 km dari Felda Kota Gelanggi 02. Sayangnya, setelah snap beberapa keping gambar menggunakan flash, bateri terus menunjukkan isyarat berkurangan. Menyebabkan saya menutup flash, khuatir tidak dapat mengambil gambar lagi. Memang benar, hanya sempat beberapa keping sahaja, baki lagi saya gunakan Hand Phone sahaja. Berikut beberapa keping gambar disana. Disini lah juga ditemui rangka tulang manusia yang hidup 2000 tahun sebelum Masihi.

Profesor Yang Mengenal Tuhan

Image
"Man 'Arafa Nafsahu, 'Arafa Rabbah" Siapa yang mengenal dirinya, maka dia kenal siapa Tuhannya. Demikian sebaris ayat dalam pelajaran tasauf. Sukar untuk mencari ilmuan yang mengenal Tuhan. Salah satu buku tasauf yang saya miliki judulnya Ana Al-Haq, mendapat reaksi dari pembaca blog untuk memilikinya, untuk pengetahuan pembaca, banyak buku tasauf yang saya temui berada di Kota Bharu dan di Kota Bharu juga boleh ditemui orang-orang tasauf. Mereka berniaga, ayam, surat khabar, sayur dan macam-macam, tetapi malam hari mereka berkumpul sesama mereka, belajar ilmu ketuhanan. Jelas diwajah mereka, ada nur..ada cahaya... sungguh berbeza. Saya yang mempunyai Degree...sungguh kecil didepan mereka yang tak punya ijazah. Kerana ilmu mereka membuat saya kaku membisu. Pun di Negeri Sembilan, setahu saya selama ini, ramai orang ber-thoriqoh. Orang yang berjalan menuju Tuhan melalui satu high way khusus buat menuju Tuhan. Anda pernah dengar nama Abu Yazid Al-Bustami? Ya...beliau

Mereka Perlu Perhatian

-Saya bertanya kepada respoden, apakah budak-budak (yang hisap dadah) sekarang tidak tahu bahaya dadah? Oh…mana boleh, dia memang tahu….berapa banyak katanya signboard ditepi jalan yang menyatakan dadah itu bahaya. Apalagi di masjid-masjid pun turut di pacak dadah itu haram..hehe… manalah bebudak ni pergi masjid. So, apa sebabnya dia ambil dadah, kalau dah tahu benda tu meng-jahanam-kan diri kita. Ini jawapannya. Mereka sebenarnya inginkan perhatian, kalau dalam kelas, dia jelous, kenapa si mamat tu..... guru asyik sebut nama dia je, kenapa tidak aku, lalu dia cari sesuatu supaya dia pun turut diperhatikan. Samalah dalam keluarga, penagih biasanya manusia yang tidak mendapat perhatian dari ahli keluarga sebagaimana orang lain, atau sebagaimana sewajarnya dan sewaktu dengannya. Kesibukan ibu dan bapa, dua-dua bekerja, mereka tak sempat nak membelai anak-anak, maaf cakap, seorang rakan kaunselor berkata, ada kes pelajar hamil, sedangkan mak ayahnya bukan keluarga bercerai-berai....apa

Mencari Sezarah Iman

Image
AMPANG. 29 Nov 2010. Majlis Agama Islam Selangor di bawah Pusat Pemulihan Ar-Riqab telah mengadakan satu seminar khas. Para peserta terdiri dari wanita dari rumah kebajikan yang telah terlanjur dan lelaki Pengidap HIV dari beberapa rumah kebajikan. Antaranya Istana Budi, Raudhatus Sakinah,Teduhan Kasih. Penceramah jemputan diawal pagi ialah En.Noorhisham Hamzah, Kaunselor SK Bangi, beliau mengisi 2 slot khas. Ceramah berkisar tentang kehidupan dan dihujungnya ada kematian. Kematian mesti disentuh untuk menghidupkan kembali jiwa yang telah lama alpa. Seorang IDU, Inject Drug User didekati, saya bertanya, apa yang tuan mahu saya sampaikan dalam ceramah ini (slot 2). Ha...kalau boleh, tolong sampaikan tentang penyakit, saya memang ada HIV, tapi orang tak mahu kawan, dia ingat akan berjangkit. Tolong la bagi tau kalau boleh, ianya tak berjangkit. 2 malam sudah pun, saya intebiu dengan bekas IDU Heroin, sekarang terpaksa menanggung derita HIV, ubat terpaksa diberli Rm1400,00 sebulan. A

Antara Pulangnya 2 Guru

Image
SEMENYIH. 28 Nov 2010. Hari ini, saya ziarah 2 orang guru. Seorang guru besar, meninggal dunia petang semalam, dan disemadikan dengan aman pada pagi ini di tanah Perkuburan Islam Bandar Tasik Kesuma. Pulangnya seorang guru besar.... Beliau meninggal disebabkan sakit jantung yang menyerang secara tiba-tiba. Kelihatan anak-anaknya masih muda dan kecil. Kepada keluarga yang ditinggalkan, semoga dapat bersabar menempuh perjalanan hidup ini yang sudah ditakdir begini. Hadapilah dengan penuh keinsafan, setiap bernyawa pasti ada menemui ajalnya. Kepada anak lelaki, jagalah solat dan adab-adab kita, kepada yang perempuan, jagalah aurat dan solat juga, biarlah ruh itu merasa aman di alam sana. Pada malam Jumaat adalah dikatakan bahawa ruh itu akan kembali ke rumahnya, janganlah kita ketika itu, sedang sibuk dengan TV dan hiburan, ada baiknya kita duduk dalam keadaana mengaji, menunggu masuknya waktu sembahyang dan bacakan ayat-ayat Al-Quran. Sungguh! Dia melihat kita semua, walau kita tidak