Posts

Showing posts from June 6, 2010

Datang dan Pergi

Image
KUALA LUMPUR - "Sedikit terkilan tapi saya akur titah Sultan". Demikian kata wanita Asia pertama menakluki Kutub Utara dan Kutub Selatan, Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir (gambar) berikutan penarikan balik darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Johor. Pensyarah Psikologi Sukan di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara itu berkata, dia berhak untuk berasa sedih berhubung penarikan itu dan menyifatkannya sebagai takdir. "Mungkin itu sudah ketentuan Allah yang telah menetapkan rezeki saya hanya sampai di sini," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Tanpa mahu mengulas panjang, Sharifah Mazlina berkata, penarikan balik anugerah itu tidak diketahui sebabnya dan hanya diberitahu agar memulangkan semula anugerah itu melalui surat yang dikeluarkan Jumaah Majlis Diraja Johor. Semalam Kosmo! melaporkan Sharifah Mazlina merupakan antara tiga lagi individu yang ditarik balik darjah kebesaran oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Isma

Keindahan Lukisan Tuhan

Image
Lokasi, Danau Laut Tawar Takengon, Aceh Tengah, Indonesia Sambungan

Kejayaan Datang Dengan Usaha

Image
Kejayaan akan digapai dalam hidup ini dengan usaha yang gigih. Anda, murid biasa, sekolah pun sekolah biasa, guru juga guru biasa, dan mak ayah orang biasa, tetapi anda boleh berjaya dengan usaha yang luar biasa. Kata-kata ini sering di ucapkan oleh Pakar Motivasi terkenal tanah air, Dr.Shukri. Penulis ingin mengetengahkan seorang remaja yang mula mengukir nama. Fardiyah Amir Ali, tinggal di Jalan Enam Kaki, Beranang, mendapat keputusan 8A baru-baru ini dalam PMR. Hanya dia dan seorang kawannya yang berjaya mengharumkan nama SMK Khir Johari. Menurut ibunya, dia sering membaca buku, hampir-hampir tidak keluar bilik. Satu rahsia yang ada pada Fardiyah ialah sentiasa menghormati ibu bapa, guru-guru dan siapa sahaja, selain menjaga solat 5 waktu. Selain itu, beliau tidak putus berdoa untuk menggapai kejayaan di selangi dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Beliau yang minat melukis bercita-cita menjadi seorang pelukis terkenal tanah air. Catatan ini ingin membuka mata pembaca, bahawa

Pengedar ditahan jual ‘kuih ganja’

KUALA LUMPUR: Seorang pengedar dadah berselindung di sebalik menjual kuih secara kecil-kecilan bagi menjalankan kegiatannya mengedar ganja di Datuk Keramat, dekat sini. Ini terbukti apabila suspek ditahan bersama lima ketulan mampat ganja yang dibungkus dengan surat khabar di sebalik kuih-muihnya di tempat letak kereta Sistem Aliran Transit (LRT) Datuk Keramat, Isnin lalu. Dalam serbuan kira-kira jam 9.30 malam itu, suspek yang berusia 31 tahun menunggang motosikal sebelum berhenti di kawasan terbabit bagi menunggu pelanggannya datang mengambil bekalan dadah terbabit. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang, berkata ketika diperiksa, suspek enggan bekerjasama dan tidak membenarkan polis memeriksa dengan memegang erat kuih dibawanya. Bagaimanapun, polis menemui lima ketulan mampat ganja seberat 4.7 kilogram yang dianggarkan bernilai kira-kira RM12,000 selepas menggeledah bekas kuih dibawa suspek. “Selepas s

Jumlah Perokok Perempuan Meningkat

Image
KUALA LUMPUR: Peratusan perokok remaja perempuan yang kini melebihi perokok remaja lelaki adalah sangat membimbangkan, lebih-lebih lagi ada remaja perempuan yang mula merokok sebelum umur 10 tahun, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Beliau memetik kajian Tinjauan Morbiditi dan Mortaliti Kebangsaan pada tahun 2003 yang mendapati peratusan remaja perempuan merokok adalah sekali ganda iaitu 28.8 peratus berbanding lelaki sebanyak 14.1 peratus. "Trend ini adalah sangat membimbangkan kerana ia menunjukkan peningkatan yang serius perokok wanita, dari peringkat umur yang masih muda lagi. Tak silap mesej yang penulis terima, budaya merokok dikalangan perempuan dibawa sampai ke Egypt. Memalukan bagi penulis, pelajar perempuan Melayu, belajar Kedoktoran di bumi Ambiya, merokok . Pakaian? Ah...rasanya kurang sesuai kalau merokok tetapi masih ada tudung@jilbab. Anda tanyalah saudara anda yang sedang belajar di sana tahun ini. Mungkin mereka memberikan jawa

Web SK Bangi Kembali Pulih Total

Image
Assalamualaikum kepada semua ibu bapa, guru-guru dan murid Sekolah Kebangsaan Bangi.Kajang, Selangor. Penulis merasa syukur, web sekolah sekian lama diserang virus trojan yang hampir-hampir membawa maut, akhirnya dapat dipulihkan kembali. Tepatnya pagi ini, ianya kembali normal. Namun sayangnya semua berita lama yang telah penulis post terdahulu lenyap. Kepada semua guru-guru, murid dan ibu bapa, untuk menjadi ahli laman web sekolah, anda perlu mendaftar semula. Pihak pengurus memohon maaf kerana anda terpaksa mendaftar sekali lagi yang mungkin merumitkan bagi anda. Bagi yang mahu mendaftar, sila klik di sini. Terima Kasih atas kerjasama anda semua

Surat Dari Ibu

Image
Rakan saya sering memberikan ceramah keibubapaan di seluruh Malaysia, dalam sesi ceramahnya, beliau meminta ibu bapa menulis keluhan hati mereka terhadap anak-anak selama ini. Saya dapatkan surat ini, tanpa nama ibu bapa dan anak, untuk tatapan ibu bapa di sini, untuk di tunjukkan pada anak-anak. Mungkin tidak pernah menulis seperti ini, tetapi tuan merasakan hal yang sama. Bacalah lagi dalam facebook saya. Sambungan

Buntu Video Klip Tak Habis Main

Image
Rupanya problem yang sama berlaku lagi. sewaktu memberikan ceramah di Uniten 2 hari lepas. Kejadian yang pernah berlaku, berulang kembali. Kisahnya ketika memainkan video klip tajuk...surat dari ibu...sampai di tengah cerita, tiba-tiba dia terhenti, bunyinya tak keluar,videonya tak bergerak, tetapi kursos terus berjalan. Anak-anak yang sedang asyik menonton berkata, yes...mujur katanya video tak habis, sebab babak sedih sedang di paparkan, takut kebanjiran.... mereka suka. Padahal kita mengalami sedikit kecewa. Dulu saya masukkan video itu ke dalam power point, kata kawan, mungkin video iu berat, harus keluarkan dari power point, maka saya lakukan apa yang disarankan itu. Wal-akhiru, terjadi lagi macam iklan di TV.So apa masalahnya ya. Untuk pengetahuan, Laptop saya Jenis Acer, Aspire 1410, RAM 2 GB Sambungan

Gado-gado Gelepar Dodang-dodang

Image
Lama tak makan gado-gado, ingat kali pertama pernah saya nyoba' dulu di dalam perjalanan dari Pelabuhan Tanjong Balai Karimun ke Kota Medan tahun 2007. Waktu itu kali pertama gua ke Indonesia lewat feri dari Port Klang. Hari ini cuba lagi di Warung Wong Solo, aduh pedas.. kebetulan mulut sakit kena sariawan, gelepar dodang dodang kaki sampai terangkat. Kepala pun turut basah akibat menahan pedas. Padahal gado-gado cuma sayur, ubi kentang, keropok lemping, telur dan kuahnya aja. Tetapi kerana mulut lagi sakit.... berlakulah adegan gelepar dodang-dodang. Bagi yang belum cuba gado-gado asli Indonesia di samping air Alpokat, boleh lah datang ke Warung Wong Solo di hadapan sedikit dari Masjid Kampung Baru. Dan sekarang pun sudah ada cawangan di Bandar Baru Bangi katanya... Tapi nak bagi tau awal ya...bawa ongkos banyak sikit, prepair takut tak cukup Sambungan

Bejat Lagi Bobrok

Image
Oleh seorang penulis, Hanna Djumhana menulis didalam bukunya "INtegasi Psilokogi Islami" bahawa zaman yang sedang kita duduki sekarang ini ialah zamannya titik kulminasi segala macam benda. Katanya, kalau dulu orang membunuh manusia, mereka memilih jantina, zaman Firaun dibunuhnya anak lelaki, zaman sebelum kadatangan dan semasa Islam turun, masih berlaku pembunuhan bayi perempuan, TETAPI , zaman yang kita diami ini, berlaku semua kejahatan, sampai merebak ke semua daerah, lokasi dan tempat, baik di bumi kita di Asia mau pun ke bumi-bumi Anbiya. Tiada lagi dosa-dosa, yang tidak dilakukan oleh manusia hari ini. INilah namanya titik kulminasi. Titik terkumpulnya segala kejahatan, kebejatan dan kebobrokan. Anda tak boleh menafikan ini semua. Itulah salah satu petanda terbesar hampirnya kedatangan hari kiamat. Kalau dulu, akhlak pelajar terjaga, tak ada kacau sangat, tidak heboh pasal lahir luar nikah, kini satu sekolah sudah ada yang terjadi, 12 orang hamil, 4 sudah melahirkan

Bagaikan Kelkatu

Image
Ketika lawatan saya dan anak-anak murid ke Pulau Pinang tahun lepas, ini yang sempat saya saksikan. Sebuah kedai bersedia untuk mengubah wajah manusia menjadi wajah bukan seperti manusia lagi. Anehnya, program "merubah manusia" ini mendapat sambutan, sehingga mereka boleh buka kedai, menyewa dan hidup hasil kerja ini. Apakah tiada lagi cara hidup yang lebih baik, sehingga agama di kebelakangkan? Anak-anak muda yang berbahasa Melayu, beribubapa Melayu,yang beragama ISlam, boleh terikut sama. Manusia yang mahu terjun ke "program mengubah diri" ini, bagaikan kelkatu, apabila lepas hujan, dia datang menyerang cahaya. terjumpa lampu, dia akan langgar lampur, terjumpa api, dia akan terjun dalam api. Yang penting dia boleh capai hasratnya. Mati ke apa, itu belakang kira. Nampak macam manusia seperti ini, sedang berada dalam kawah neraka dunia. Hidupnya tak tenang, entah apa yang dicari, ke sana ke sini, akhirnya dia menindik hidung mata telinga dan sebagainya. Apa yan

Syahid Fi Sabilillah..

Image
Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) telah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan. Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahaja solat Asar berakhir. Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya c

Anak Derhaka..Balasan Cash

Image
Sambungan Manusia jadi batu

Singgah sekejap di PS Bkt Chabang

Image
Gembira juga dalam hati, ramai pelatih pusat serenti di sini (bukit Chabang Perlis) ini yang masuk Islam.Apa Falsafahnya? Sekian lama bergelumang dengan dosa dan maksiat, di sini mereka temui Nur, Cahaya yang menunjuk jalan ke kampung bahagia. Rata-rata di sini anak muda belia.. Yang sepatutnya berada di Universiti ketika usia sebegini. Malangnya, mereka jadi korban keadaan.