Posts

Showing posts from April 4, 2010

Daun Ketum Penyebab Kentut Busuk

Image
Ketika menyampaikan ceramah semalam dihadapan 100 orang bekas penagih, En.Halim mendedahkan penemuan terbaru berkaitan daun ketum. Katanya, "Daun ketum telah menyebabkan bau kentut busuk, baunya sehingga 2 tahun baru hilang" ... Selama ini, jika anda makan pati soya, atau lebih dikenali tau fufah, ianya juga mengeluarkan gas yang cukup busuk, sehingga 1 kereta akan merasai harumannya. Kalau lah ada penyelidik yang dapat carikan bahan untuk dicampur ke dalam taufufah, maka kuranglah bau busuknya. ....................... Kesan penagihan daun Ketum Antara kesan buruk penyalahgunaan melampau daun ketum ialah susut berat badan insomnia anoreksia bibir menjadi kering sembelit atau kesukaran membuang air besar kesan lebam dan terbakar di muka terutamanya di bahagian pipi dan sebagainya Kesan-kesan penyingkiran (withdrawal) Simptom-simptom tarikan seperti mata dan hidung berair sengal-sengal sendi mudah marah lemah untuk bekerja Masa depan pokok Ketum Dengan pengistiharkan d

Kepulihan Sepanjang Hayat

Image
10 April 2010. AMPANG. Pihak Agensi Anti Dadah (AADK) Daerah Ampang telah menganjurkan program Metrik. Program ini memberi pengetahuan kepada bekas penagih bagaimana untuk me manage diri mereka sendiri. Tinjauan mendapati ramai ingin berhenti dari menagih, tetapi mereka tak punya sokongan dan kekuatan untuk itu. Jiwa mereka terlalu lemah. Dalam program setengah hari ini, pihak AADK telah menjemput 2 orang penceramah, mereka ialah Encik Abd Halim Hussain, selaku ketua penyelidik dadah Asia, dan En.Noorhisham Hamzah, kaunselor SK Bangi, lepasan SPADA, USIM. Dalam program berkaitan, pihak AADK memuji sikap bekas penagih yang sanggup datang, walaupun hari ini ada yang sedang bekerja. "Kami akan terus bercakap tentang hal ini, walau anda membencinya." Itulah antara ungkapan yang di ucapkan oleh Encik Halim semasa memberi syarahannya pagi ini di Dewan SPADA USIM. Kami akan terus bercakap tentang gejala penagihan dalam Malaysia. Lihatlah, berapa ramai an

Perjumpaan Alumni PKPMI-CA

Image
Assalamualaikum, memandangkan negeri Selangor merupakan negeri yang berada di tengah-tengah, saya cadangkan perjumpaan kali ini dibuat di Sebuah Restoran Bandar Baru Bangi. Masa adalah hari Ahad. Musim Cuti Persekolahan. Aktiviti, mesyuarat dan makan-minum, bergambar. Siapa yang mungkin boleh hadir sila angkat tangan?

Rentetan Keluarga Puva

Image
Kita bukan sahaja 1 Malaysia, bahkan 1 Tuhan. Saya teringat sewaktu berada di Pusat Serenti Sungai Besi (PERSADA) selama 3 bulan dalam rangka praktikum ketika mengambil Diploma Siswazah Penyalahgunaan Dadah (SPADA). Ada seorang India, didalam pusat tersebut, katanya " Encik, kita sama saja... kalau saya menangis air mata yang keluar, sama juga encik kan, kalau tangan saya (India) terluka , yang keluar adalah darah, sama juga encik (Melayu) kan .." Berarti, kita satu TUHAN. Maka tidaklah berat untuk kita menolong sesama manusia walaupun berlainan agama, apalagi dalam menolong itu, ada satu mesej yang tersembunyi, iaitu... Indahnya Agama Islam dan alangkah baiknya penganut Agama Islam.. Dalam hal membantu keluarga Puva, saya dan PK HEM telah membuat lawatan kali kedua dan menyampaikan sumbangan makanan. Disamping itu, saya juga menghubungi Bersamamu TV3, Faks surat kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat ( entah diterima atau tidak ), disamping surat itu di hanta

Menyelami Penderitaan Keluarga Puva

Image
Oleh : Noorhisham Hamzah Diharap kepada pembaca, agar dapat memanjangkan isu kemasyarakatan ini kepada pihak yang berwajib. Tetap Ceria Walau Hiba BANGI : 07 April 2010. Jika dilihat pada keceriaannya sehari-hari, tidak tergambar kesusahan dalam mengharungi liku hidup yang dialami oleh seorang murid yang bernama Puvaniswary. Dia yang dikenali " Puva " dikalangan rakan-rakanya, adalah murid tahun 4 SK Bangi hidup dalam kedaifan dalam sebuah rumah yang tidak layak dipanggil sebuah rumah yang nyaman dan menenangkan. Jika sekali anda melangkah dimuka pintu, anda pasti terkejut dan tidak tergamak untuk masuk ke dalamnya. Suasana yang kotor, bersepah kasut, kertas dan bekas makanan, ditambah lagi bauan yang kurang menyenangkan. Jauh sekali untuk memproklamirkan sebagai "rumahku syurgaku". Namun penulis terpaksa membuka selipar dan masuk ke dalam untuk menyelami kesusahan keluarga ini yang baru saya tahu petang ini. Terasa sesuatu melekit ditapak kaki apabila berj

Muhasabah: Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W

luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w... Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani... Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006. Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku', jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik. Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendir

Ibu Tak Sedar Anak Penjenayah

Image
PETALING JAYA - Ibu kepada suspek yang mati ditembak oleh rakannya dalam kejadian rompakan di sebuah kedai emas di Plaza OUG, Jalan Klang Lama kelmarin tidak mengetahui anaknya merupakan seorang penjenayah. Wanita berusia 70 tahun yang enggan dikenali mendakwa, dia tidak mengetahui aktiviti sebenar yang dilakukan oleh anak lelakinya yang berusia 36 tahun itu ketika berada di luar rumah. "Saya tidak tahu dia bekerja atau berkawan dengan siapa tetapi saya tengok dia bekerja keras," katanya ketika ditemui di rumah mayat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) semalam.

Bekas imam miliki dadah dipenjara

Image
KOTA BHARU 5 April - Umur bekas imam ini sudah mencecah 61 tahun. Dalam melewati usia tersebut, dia telah menunaikan haji sebanyak empat kali. Namun entah di mana silapnya, dia terjerumus dalam gejala dadah menyebabkannya dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Che Hishamuddin Che Long dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah di hadapan Hakim Dazuki Ali atas dua tuduhan pindaan memiliki ganja seberat 70.35 gram, hampir setahun lalu. Sebelum menjatuhkan hukuman, Dazuki sempat menasihati warga emas itu supaya insaf dengan kesalahan yang dilakukan apatah lagi dia merupakan seorang yang dihormati berdasarkan statusnya dan telah empat kali menunaikan haji. ''Awak nasib baik ini kes dadah, kalau kes rogol awak sudah kena sebat. Ini barang mainan budak-budak. Ingatlah umur awak itu, Nabi Muhammad wafat pun usia 63 tahun, insaflah,'' ujar beliau. Che Hishamuddin yang disoal oleh hakim sebelum itu memberitahu, dia telah empat kali menunaikan h

Web dan Blog kena Virus Trojan

Entah dari mana, bila bukak blog saya dengan alamat www.noorhisham.com, (jika guna http://norish77.blogspot.com, tiada ada masalah nampaknya) ada pesanan amaran dari Kaspersky mengatakan ada virus trojan, web sekolah www.skbangi.com tak lak gitu. Malam ni, ada pula rakan bagi tau web sekolah pun kena juga. Hmmmm, tak cukup ilmu lagi nih. Apa masalahnya.

Kuning Menggempur

Image
Bermulanya era sukan tahunan 2010. Hari ini murid-murid tahap 1 dan 2 menjalani latihan sukan untuk pemilihan bagi rumah masing-masing. Tidak ketinggalan kawad kaki antara rumah-rumah turut dipertandingkan.

Biarpun Jauh

Image
Kring....!!! Kring..!!!!, Telefon berdering, Sobat di sekolah, Fazila menelefon, Cikgu ada, ada orang nak datang rumah cikgu... Saper? Katanya kawan lama isteri cikgu, namanya Suci... Suci dalam debu? Siapa ek, belum pernah ada kawan saya nama Suci, tak pe lah suruh dia datang, bagi alamat rumah. Tak lama kemudian, satu mobil Alphard warna putih muncul di depan rumah. Assalamualaikum... ya masuk2. Ini rumah Aiman? Ya... Rupanya kawan isteri saya semasa SMP dulu di Jawa. Sudah setahun mencari, kini baru jumpa. Kata Nabi, "Barangsiapa menghubungi silaturrahim, akan dipanjangkan umurkan dan dimurahkan rezkinya". Kalau kita betul-betul mahu mencari seseorang, in sya Allah akan jumpa kiranya dia masih hidup. Tuhan akan membantu kita. Jadi, kepada yang tidak pernah berziarah ke rumah rakan lama, lebih-lebih lagi yang mempunyai tali persaudaraan di dunia ini, pergi lah menziarahi mereka, ketika mereka masih hidup. Jangan sombong, harta kita bukan milik kita abadi. Kelak kita sakit..