Posts

Showing posts from June 12, 2011

Rindu Tanah Rencong

Image
BUminya indah...subur Kaya dengan adat dan warisan zaman berzaman Terima Kasih pada abang letting, Abe Marzuki Sepial yang telah meng-upload gambar-gambar sewaktu ke Aceh baru-baru ini. Inilah antara jalan-jalan yang sering kami melalui ketika di Aceh selama 4 tahun.Dan ini juga Dan ini Abe Qi.. Bukitnya botak, tiada tumbuhan yang tumbuh besar macam iklim kita di Malaysia Kawasan Pasar Dan banyak lagi foto dalam FB Marzuki, klik sini

Teknik baru dalam Penulisan

Image
Setelah tamatnya ujian pertengahan tahun baru-baru ini, menjadi tugas guru untuk menyemak jawapan. Apa yang agak lucu, hal yang belum pernah di ajar didalam kelas kepada murid-murid, namun ada segelintir pelajar yang "pandai" menulis tulisan rumi dengan format jawi. Hal ini terjadi terhadap soalan mata pelajaran agama. Agaknya, mereka tidak tahu untuk menulis nama sendiri dengan tulisan jawi, maka ada antara mereka yang menulis menggunakan huruf rumi tetapi menggunakan format jawi, dari arah kanan ke kiri. Pening guru membaca nama-nama tersebut, bahkan ada yang tidak terdapat dalam list nama pun.

Bahasa Kaunseling dengan Budak Nakal

Image
Hari ini 12 Jun 2011, saya berada di Institut Sosial Malaysia (ISM). Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan menjemput Persatuan Pendamai Malaysia (Bekas Penagih Dadah) membantunya mengadakan program untuk remaja yang terlibat kes perintah mahkamah. Presidennya, En.Hafney Abd Rahim menjemput saya pula untuk menyampaikan satu slot ceramah selama 2 jam. Jumlah remaja seramai 30 orang. Sepatutnya yang hadir adalah 50 orang. Saya menyentuh soal hidup ini pasti bertemu mati. Kalau kita hidup akhirnya mati dan tiada lagi kehidupan, itu senang cerita, kita buatlah apa sahaja didunia ini, akhirnya mati. Namun apa yang menjadi masalah ialah apabila matinya jasad, kehidupan kedua bermula lagi. Nah...sediakan jawapan untuk berdepan dengan Tuhan. Hebatkah kamu, boleh melaung kuat-kuat, tetapi apabila sebutir pasir masuk ke dalam mata semasa menunggang motorsikal, kamu sudah menggelabah, pagi makan, tengah hari dah rasa lapar.... hebat kah? Sedikit sahaja tertusuk jarum kulit kamu