Posts

Showing posts from December 26, 2010

Kenangan Bersama Arwah Cikgu Fakrul Ramzan

Video ini satu-satunya kenangan bersama arwah.... sebelah kiri Cikgu Tarmizi... Kanan...Cikgu Fakrul.... Al-Fatihah.... Sahabat kami bersemadi dengan harapan-harapan yang belum siap dicapai... sahabat kami pergi begitu cepat.. ditengah-tengah kealpaan kita semua bahawa Yang Maha Esa sedang menunggu.. untuk melihat catatan amal kita.. Semoga Allah melapangkan kubur Cikgu Fakrul... menggantikan isteri yang lebih baik di alam sana memberikan penempatan yg sejahtera.. sehingga datangnya kiamat.. Ya Allah, Ya Tuhan Kami Andai Usia kami singkat matikan kami dalam rahmat selesakan kami di liang lahad ceriakan kami dalam penantian akhirat berkenalana menuju Mu penuh syahdu

Mari lah siapa-siapa nak Mempasang

Image
siapa yang bersalah...

Perginya Seorang Sahabat

Image
Dug..dug..dug.. jantung mengempam darah ke seluruh penjuru jasad manusia, kerana nya kita boleh bernafas, ramai yang tidak menyedari … ia terus mengepam… hingga jutaan gelen, namun akhrinya satu waktu, ia pasti akan terbuntu di penghujung jalan Kalau boleh Malaikat pencabut nyawa berdialog dengan ruh yang bakal pulang, mungkin dia akan katakan, " Aduhai jasad… sudah ku cari langkah mu walau kemana-mana, namun tiada lagi, langkah mu sudah habis disini, sudah ku cari sesuap nasi untuk mu, aduh ternyata tidak ada lagi, sudah ku cari senafas nyawa untuk mu, namun sayangnya, sudah tiada lagi untukmu… aku terpaksa mengambil nyawa mu kini, kerana memang sudah saatnya kau pulang menemui penciptamu. ." Tulisan ini sengaja ku coret, buat catatan selangkahku dalam perjalanan hidup ini, sembari kembalinya seorang sahabat baik ke alam baqo menemui Rabnya buat selamanya..27 Disember 2010. Jam 7 malam di Hospital Kuala Lumpur. Al-Fatihah buat Ruh Fakrul Ramzan, datangmu seketika, da