Posts

Showing posts from December 6, 2009

Carilah Solusi Dalam Hidup Ini

Image
"S esungguhnya Tuhan kamu Dia akan mengumpul antara kamu semua ( hari kiamat ) untuk menyelesaikan pertelingkahan antara kamu (yang mana belum selesai) di dunia ini" Surah As-Sajdah Hidup ini penuh dengan cobaan, ujian akan datang bertimpa-timpa selagi kita hidup, ianya bagaikan pantai dan ombak. Namun, solusi penyelesaian sentiasa ada, tinggal kita mahu berlapang dada menerimanya atau tidak. Manusia yang bertengkar dalam urusan politik, ekonomi, dunia dan apa sahaja sehingga tidak menemui jalan penyelesaian ( solusi ), tahu-tahu dia menang dimahkamah dunia, sedangkan dia bersalah, jangan sedap sangat, tuhan sudah berjanji akan selesaikan kes yang tersangkut di mahkamah dunia ini di padang mahsyar kelak. Kalau kita nak tunggu tuhan yang menghakimi kes yang kita hadapi, OK, tuhan boleh ( selesaikan ), kerana Dia Ahsanul Hakimin ( Sebaik-baik Hakim ). Namun derita menunggu penyelesaian itu sangat dahsyat, bayangkan di tengah kepanasan mentari, mahkamah bersidang. Juteru... La

Penyakit Berjangkit

Image
Ia bagaikan kelompok penyakit yang menular dikalangan artis, orang-orang tension, orang-orang jauh dengan tuhan, dan orang-orang yang bermasalah dan tidak reti menyelesai masalah mereka. Jalan paling singkat ialah mengambil dadah. Ada artis dikatakan mengambil dadah kerana mereka amat pemalu berdepan dengan khalayak. Untuk membuang rasa malu seketika dipentas mereka mengambil dadah. Awalnya dengan niat tersebut, lama kelamaan dia ketagih.

Nikmat dibawah Langit Biru

Image
Fa Amma bi Nikmati Rabbika Fahaddis, Dan adapun nikmat-nikmat Tuhanmu, maka khabarkanlah. Dan Kami jadikan air sebagai penghidup kepada sesuatu yang lain. Dan Kami turunkan dari Al-Quran itu, berupa obat dan rahmat

Pusat tahanan sarang penjenayah

PETALING JAYA - MIC mahu kerajaan menutup Pusat Tahanan Simpang Renggam di Johor kerana mendakwa menjadi sarang pembiakan penjenayah khususnya di kalangan kaum India berbanding usaha untuk memulihkan mereka. "Penjenayah kecil-kecilan yang dihantar ke pusat itu kemudian keluar sebagai penjenayah tegar," kata presidennya, Datuk Seri S. Samy Vellu kepada pemberita selepas merasmikan bengkel Pemuda MIC mengenai pencegahan jenayah di kalangan pemuda India di sini semalam. Menjawab satu soalan, Samy Vellu berkata, beliau sedar bahawa beberapa badan bukan kerajaan (NGO) juga mahu pusat berkenaan ditutup. Pusat tersebut dibina pada 1986 bagi menempatkan tahanan yang ditangkap di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 serta banduan lain dan tahanan reman. Samy Vellu yang melawat pusat berkenaan pada 2007 ketika menjadi Menteri Kerja Raya menegaskan, pusat tersebut sesak dan banduan tinggal

Peranan Ketua Keluarga Membentuk Imej Keluarganya

Image
" Nantilah, kita kumpul semua anak-anak muda, kita buat majlis besar-besaran, jemput semua ibu ayah sekali " Itulah antara jawapan yang sering saya dengar dari pengerusi surau apabila meminta untuk memberikan ceramah gratis di masjid dan surau berkenaan penyalahgunaan dadah. Akhirnya majlis itu tak jadi. Walhal, saya mempunyai bidang khusus dalam bab penagihan yang di iktiraf oleh Universiti, ceramah percuma pulak tu, bukan nak kan duit, tetapi saya nakkan masyarakat kita sedar betapa sikap keluarga itu sendiri yang menjadikan anak mereka penagih. Salah Tanggapan Masyarakat kita salah memahami, kenapa mereka juga, yang sudah dewasa, sebagai ibu ayah, perlu mendengar syarahan Penagihan Dadah. Tujuan syarahan adalah bukan supaya mereka takutkan dadah. Tetapi supaya mereka memahami sub-budaya, tingkah laku penagih. dan punca-punca anak menjadi penagih dan cara mengelak dari berlaku hal sedemikian. Jika ini mereka tahu dari awal, mereka dan boleh detect, anak si A ni rupanya ad

Relapse Wajib Bagi Penagih

Re dan Lapse adalah 2 perkataan yang berbeza, kemudian di cantum menjadi relapse, bahasa ini wujud dalam dunia penagihan dadah. Dia membawa makna pusing semula, atau membuat U-Turn. Seseorang yang baru habis menjalani pemulihan di PS (Pusat Serenti) , apabila keluar dari pusat dalam masa beberapa hari atau minggu atau beberapa lama, dia terjebak semula. Situasi inilah namanya Relapse. Relapse boleh terjadi pada sesiapa dan bila-bila sahaja dikalangan penagih bekas dadah. Pernah terjadi, seorang pelatih yang sedang menjalani pemulihan, setelah cukup tempoh setahun, dia dibenarkan tinggal di re-entry, (tempat tinggal bagi bekas penagih didalam pusat serenti), dia dibenarkan keluar untuk bekerja. Malamnya dia akan pulang ke re-enty. Ketika diluar dia terjebak penagihan sekali lagi. Penghuni pusat memang tidak hairan jika relapse berlaku, kerana bukan mudah bagi mereka untuk berhenti terus, sebab ada satu lagi faktor namanya " triggers ". Selain faktor triggers, ada satu fakt

Modul PMD 2010 SK Bangi

Image
Al-Hamdulillah, selesai sudah modul PMD tahu 2010 yang akan digunakan di sekolah saya nanti. Biasanya saya selalu mengubah-ngubah modul ini demi kepentingan sekolah berdasarkan keperluan semasa. Hal ini dipersetujui oleh salah seorang Jamaah Nazir yang datang ke sekolah saya pada tahun 2006. Saya mengatakan modul ini saya bina sendiri berdasarkan keperluan di sini. Bagus katanya. Tahun ini saya bina lagi. Begitulah saya, sentiasa kurang puas dengan pencapaian saya sendiri selama ini, saya harus tambah dan tambah selagi akan kudrat. Dengan tersiarnya tulisan ini, saya dengan ini membenarkan rakan-rakan kaunselor yang ingin mendapat modul tersebut, sila klik di sini .

Allah Ganti Kehidupan Lalu Dgn Kini

Image
"Maaf, saya di Filifina pada hari tersebut" Itu jawapan sms yang saya terima dari Raja Azizan sewaktu mengajak beliau memberikan ceramah berkaitan dadah di salah sebuah sekolah di Hulu Langat. Sebenarnya saya tak sangka, seorang manusia yang sesudah kembali ke alam hidup normal, di ubah Tuhan gaya hidupnya. Kalau dulu entah di mana rumah, bukan hanya rokok, tetapi heroin, akhirnya beliau berubah kerana beliau ingin berubah. Kini jangankan dadah, rokok pun beliau tak sentuh. Beliau memberitahu saya sewaktu program Penghargaan Kepada Pelajar SPADA 2008, "panggillah saya memberi ceramah, tak pe, saya suka, bukan duit target saya" katanya. Begitulah rata-rata bekas penagih membuat terapi kepulihan ke atas diri mereka dengan menyampaikan ceramah kepada orang lain. Dirinya akan merasa seperti di ceramahin jugak. Seakan bateri bertambah casnya. Sekarang merata-rata negeri beliau pijak dalam memberikan ceramah, seminar di peringkat lokaliti dan antarabangsa. Itulah Raja Azi

Saya Masih Bersemangat : Hafney

Image
09 Disember 2009 . Dua hari lepas saya menyatakan sahabat saya Hafney (Pengerusi PENDAMAI) telah tidak dapat bersama saya dalam memberi ceramah pencegahan penyalahgunaan dadah beberapa siri terakhir ini. Ini disebabkan kaki kanan beliau terpaksa di potong separas betis. Sebelum ini saya sempat singgah di SPADA, Usim di Pandan Indah dalam rangka berjumpa dengan En.Abdul Halim bin Husin (Ketua Program SPADA) selaku mantan bos saya. Kami berbincang mahu menerbitkan sebuah buku bertajuk " Membantu Pelajar Bermasalah Dalam Penyalahgunaan Dadah ". Terima kasih kepada semua pembaca dan pengunjung blog saya yang memberikan respon agar saya menulis sebuah buku. Saya terima pandangan itu dan hari ini bermulanya langkah pertama saya, iaitu berbincang dengan penceramah, pensyarah, pakar rujuk, pengkaji dan orang utama dalam membantu Agensi AntiDadah Kebangsaan dalam memberikan idea-idea untuk membantu negara. Semoga usaha saya ini akan membuahkan hasil beberapa bulan lagi. Amin. Setelah

HATI SAKIT SIAPA DOKTORNYA

Setiap keluarga menginginkan dia dan keluarganya bahagia.Ada banyak ciri dan penafsiran tentang keluarga bahagia. Salah satu ciri keluarga bahagia ialah keluarga yang mana tiada ahli keluarganya terlibat gejala penagihan dadah, dengan kata lain keluarga bebas dadah. Banyak juga kes yang ditemui, punca anak menagih dadah adalah dari ibu bapa sendiri.Bukan bapa yang menyuruh anaknya menagih, tetapi suasana rumah yang dibentuk oleh bos atau pengarah rumahtangga itu sendiri. Hatta seorang yang berduit, berpangkat pun tidak terlepas dari gejala ini. Banyak sebab kenapa ia terjadi begitu, dari pengalaman, kajian kes dan pendedahan di akhbar saban hari, kita temui salah satunya ialah anak tidak mendapat penghargaan dari bapanya sendiri. Sukarnya seorang bapa membuka mulut memuji kejayaan anak-anaknya. Sungguh mahal nilai pujian, sebab itu, tuhan mengajar kita memuji, memuji diriNya dan orang-orang lain yang berhak mendapat pujian. Yang kedua, pergaduhan yang sering berlaku dalam keluarga, ak

Susulan Kereta Terjun

Image
Klik Foto Untuk Lebih Besar

Penyeludupan Dadah di Rantau Panjang

Image
KUALA LUMPUR, 7 Dis: Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) meminta Kementerian Dalam Negeri menjelaskan langkah yang diambil oleh kementerian berkenaan dalam menangani masalah pembekalan dadah di sempadan Thailand. Siti Zailah sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pagi tadi berkata, kebanyakan pembekal dadah di kawasan itu dapat bolos ke Malaysia. Beliau meminta pihak kementerian menyatakan jumlah tangkapan yang dilakukan terhadap pembekal dadah di sempadan dan tindakan yang diambil terhadap pembekal yang menggunakan wanita dan kanak-kanak untuk tujuan pengedaran. Sebelum itu, Datuk Lilah Yasin (BN-Jempol) meminta menteri dalam negeri menyatakan jumlah rampasan dadah dari Januari hingga Jun 2009 dan pelan tindakan pencegahan penyalahgunaan dadah yang diambil oleh kementerian serta jumlah peruntukan yang disediakan. Timbalan menteri, Datuk Wira Abu Seman (BN-Masjid Tanah) dalam jawapannya memberitahu secara keseluruhannya dalam tempoh Ja

Cara bentengi iman daripada godaan Iblis

Image
Ada cara dan doa Rasulullah untuk berlindung daripada syaitan DALAM Quran, jelas sekali Allah swt mendedahkan bahawa musuh manusia bukanlah manusia tetapi Iblis yang ingkar akan perintah-Nya untuk sujud kepada Adam. Oleh kerana disingkirkan dari syurga, Iblis berjanji untuk membinasakan Adam dan anak cucunya hingga ke hari akhirat . Allah swt telah mengizinkannya. Allah mengingatkan agar kita sentiasa berwaspada daripada pengaruh syaitan. Ia melihat dan hidup bersama kita tetapi kita tidak dapat melihatnya. Dia selalu mengacau sekalipun dalam solat. Ia menghiaskan kita dengan pelbagai maksiat. Bagaimana kita dapat mengatasi, menolak segala rupa ancaman serta bisikannya yang mendorong kepada kesesatan? Pertama, hendaklah kita menganggapnya sebagai musuh utama di dunia ini. Bahaya syaitan yang paling kita khuatiri ialah bahawa ia mengetahui kelemahan jiwa manusia. Ulama telah memberikan pandangannya tentang dunia syaitan. Syaitan mempunyai zuriat sama seperti manusia sebagaimana yang di

Bersama Staf N17 di Port Dikson

Image
07 Disember 2009. Semalam petang, jam 6.30 lebih kurang, saya dihubungi pihak USIM meminta menyampaikan ceramah bertajuk "Keluarga Bebas Dadah" di POrt Dikson kepada sebahagian staf baru AADK seluruh Malaysia. Walaupun hanya bertindak selaku penceramah ganti, saya merasa puas dengan isi yang saya sampaikan, kerana bahannya saya kumpul sendiri sejak sekian lama. Kepada Staf tersebut yang rata-ratanya masih muda belia, saya mengajak datanglah sesekali ke blog saya untuk membaca artikel tentang dadah dan berikanlah sedikit ulasan, kerana tuan-tuan adalah orang yang berminat dengan dadah. Dalam blog ini, saudara bleh mencari di kotak carian (search) tersebut dadah, turning point, 7 Langkah Kepulihan, Kisah Suadara Hafney, dan sebagainya, saya sedang mengumpulnya dan yang terkini akan masukkan nanti "keluarga bebas Dadah".

Siapa Sangka

Image
Kematian datang tiba-tiba, tanpa angin dan ribut...begitulah takdir Nya