Posts

Showing posts from June 14, 2009

LADAP 5 DI SK BANGI

Image
20 Jun 2009. BANGI. EN.Shamsuddin, Kaunselor di Jabatan Perkhidmatan Awam hari menjadi tetamu undangan SK Bangi untuk menyampaikan ceramah LADAP bertajuk keluarga bahagia. Baru semalam beliau tampil di TV3 dalam siri khas jam 9.00 pagi. Sakit perut jugak kekadang guru dibuatnya dengan gurauan dan misalan. Beliau pernah hadir ke sini dalam siri menyampaikan ceramah kepada ibu bapa murid tahun 6 empat tahun yang lalu. Kalau dulu dengan OHP, kini dengan Thumdrive. Kalau dulu di SK Kantan, kini di PUtrajaya. Namun satu masih belum berubah, kalau dulu dengan motosikal, namun kini dengan motosikal jugak. Saya sempat bertanya, dengan apa tuan ke TV3 semalam? Dengan motorlah jawabnya, saya suka ke mana-mana dengan motor, sebab cepat sampai dan saya kurang arif jalan-jalan di KL, kalau tersesat mudah nak pusing balik. Dalam ceramahnya tadi, beliau menekankan perlunya hubungan dalam keluarga di selangi dengan panggilan sayang. Satu hari, anda mesti menyebut sayang sebanyak 21 kali. Guru-gur

Doktor ..

Image

Rampasan Dadah Nikotin

Image

18 Jun 2009 : Fuuhhhhh

Image
Ramai menarik nafas lega hari ini apabila cuasa panas yang dijangka hanyanya sebuah ramalan sahaja. Guru-guru malam ini boleh tidur gaya bebas semahu-mahunya, yang ingin menonton filem hantu, tontonlah sampai jadi hantu...

Dadah di Bangi

ADA yang mengatakan ternampak kelibat orang sedang memberi d an mendapatkan sesuatu di luar pagar sekolah, persis di belakang rumah guru. Bukan satu dua orang, bahkan lebih dari tiga, dalam bahasa arab kalau lebih tiga itu boleh dipanggil jamak. Bahkan Guru Besar sendiri mengatakan ada komplen dari ibu dan bapa tentang cerita yang sama. Kemungkinan besar transaksi jual beli dadah yang tuan saksikan itu. Dulu mereka sering berjual beli di depan Petronas, namun kata SI Balai Bangi, orang tu dah kena tangkap. Kami minta tuan-tuan dan puan-puan yang melihat lagi kejadian ini terus melaporkan kepada pihak AADK Hulu Langat. Pejabatnya di atas Perhentian Bas Kajang. Pihak sekolah tidak dapat berbuat apa-apa hal ini, sementelahan ianya terjadi diluar ruang sekolah, walau pun hampir dengan sekolah. Seorang kakitangan sekolah suatu ketika dahulu bercerita, bahawa dia sendiri pernah melaporkan hal ini kepada pihak berkuasa Polis. Apa jadi? Hampir sebulan dia di ekori oleh sebuah kereta, keman

Lawatan ke rumah kali ke 5

Image
59 Hari tidak hadir sekolah, ibu meninggal 2 tahun lalu, mengeja nama sendiri masih salah, usia telah mencapai 11 tahun. Waktu saya ke rumah petang ini, dia tiada di rumah, hanya adik, nenek dan abang. Ketika ditanya kenapa adik tidak mahu ke sekolah, mereka jawab malas. Sudahkah paksa dia pergi? Sudah...bapanya sudah pun mengambil tindakan memukulnya. Namun tiada hasil. Petang ini pun dia keluar pergi bermain-main. Ke mana masa depan murid ini. Bukan salah siapa, tapi apa nak buat?

Kalau Saya Bisa Bangun...

Siapa boleh bantu saya terjemahkan isi video ini? Video ini sangat menarik. Ketika satu program bersama penagih dadah (pengguna metadon) di Hospital Sungai Buloh beberapa bulan yang lalu, mereka di tunjukkan tayangan ringkas video ini. Kalau saya tak punya tangan dan kaki bisa bangun, kenapa anda yang punya anggota yang lengkap, kaki dan tangan tak boleh bangun? ayuh bangunlah.... tinggallkan kealpaan, bangkit dari kesedaran... Biasanya penagih yang tegar, yang tidak mempunyai kesedaran untuk pulih, dia akan jatuh dan bangun, jatuh dan bangun berpuluh-puluh kali. Setiap kali jatuh (relapse) atau kembali menagih setelah berhenti lama, tempohnya cukup lama. Dan majoriti mereka mengatakan tiada dahan untuk bergayut, untuk bangun semula. Lubang kejatuhan sangat dalam. Sehingga mereka tak upaya untuk bangkit.

Kencing Masam

Image
Seorang mak Cik yang mengalami penyakit kencing manis sedang duduk di atas kerusi di wad kecemasan menunggu gilirannya di panggil. Sekian lama menunggu, tiba-tiba ada orang yang dibawa masuk secara tergesa-gesa dengan katil. Kebingunan mak cik ni, bertanyalah dia, kenapa dengan orang tu, tergesa-gesa dibawa masuk. Jawab orang di sekeliling nya, kece masan mak cik. ooo....kencing masam... rupanya penyakit kencing masam lebih teruk dari kencing manis. Peristiwa ini berlaku di Hospital Kota Bharu.

Serangan Virus TOV

Image
Diperkirakan seramai 99.9 % guru-guru di negeri Selangor akan berdepan dengan risiko penyakit baru. Virus TOV, ETr ini akan menyerang semua guru-guru yang berada di Negeri Selangor. Selain itu, guru yang bebas serangan tadi berkemungkinan besar akan terkena penyakit serangan angin AhPaTs. Adapun tanda-tanda atau simpton penyakit ini ialah murung, mudah marah, kurang selera makan, kurang tidur, trauma, sentiasa dalam ketakutan, menurun keinginan lawan jenis, kurang bercakap dan susah memahami ketika berbicara. Penyakit ini akan melanda tanpa mengira darjat, umur dan bangsa. Dalam pada itu, turut dikesan juga ialah penyakit HeadCount. Para guru yang mendapat simpton atau tanda-tanda awal penyakit ini dinasihat agar cepat mendapatkan rehat yang cukup. Serangan Headcount ini boleh terkena bila-bila masa. Mereka yang terkena penyakit ini akan mengalami beberapa kesan lain, antaranya hilang kasih-sayang dalam keluarga. Sering membatalkan program luar yang sudah dijanjikan sebelum ini. Ole

3 penagih maut dipanah petir

3 penagih maut dipanah petir 06 Jun 09. JOHOR BAHARU: Tiga penagih yang sedang khayal di bawah pengaruh dadah maut manakala seorang lagi cedera akibat dipanah petir dalam kejadian di ladang kelapa sawit, Felda Pasak, dekat Kota Tinggi, petang semalam. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Osman Mohamed Sebot, berkata kejadian ketika hujan lebat pada kira-kira jam 6 petang itu menyebabkan tiga penagih itu berusia antara 34 dan 58 tahun meninggal dunia. "Petir tiba-tiba menyambar pondok terbabit menyebabkan ketiga-tiga mangsa mati di tempat kejadian, seorang cedera manakala tiga lagi berjaya menyelamatkan diri tanpa mengalami kecederaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau berkata, semua mayat serta seorang yang cedera itu dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat dan yang cedera untuk rawatan lanjut. Katanya, siasatan mendapati ketujuh-tujuh penagih berkenaan mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan