Posts

Showing posts from May 3, 2009
Image
Selamat Hari Ibu diucapkan kepada semua kaum ibu yang telah sudi mengunjungi blog ini. Sayangilah ibu.

Menggali Rahsia 5A di rumah

Image
DALAM perjuangan mencapai cita-cita untuk mendapat 5A sebagaimana yang di idam-idamkan oleh semua murid, terdapat banyak perkara yang menjadi alat sokong bantu kepada kejayaan tadi. Tanpa alat sokong bantu, sesuatu perjuangan tersebut sukar untuk menemui kejayaan. Untuk menyempurna tulisan seperti tajuk di atas kali ini, guru bimbingan dan kaunseling SK Bangi, En.Noorhisham bin Hamzah, membuat lawatan ke rumah dan mengatakan perbincangan dengan En.Zamri serta Puan Rosita (isteri) yang terletak di Bukit Mahkota. Lawatan ini adalah sesi lawatan yang ke-4 tahun ini. Tujuan lawatan ini di adakan adalah untuk membongkar sekali lagi rahsia anaknya Umairah mendapat 5A tahun lepas. Rakaman rahsia kejayaan ini pernah di siarkan dalam laman web skbangi.com dan masih ada hingga ke saat ini. Umairah pada mulanya ditempatkan di kelas 6 Jupiter, namun keputusan ujian bulanan menolaknya ke kelas Mercury. Dalam beberapa siri peperiksaan bulanan, dia tidak pernah mendapat 5A. Antara faktor yang s

Lagi Kenangan SPADA 2008/2009

Image
Setelah tiga bulan bertapa di tempat internship masing-masing, kami bertemu kembali pada hari pembentangan kajian kes 7 April 2009. Tengok Pandy dan Vijaya macam pinang dibelah dua...hehe Malamnya ada jamuan pulak. Katanya untuk rai student SPADA tapi yang dirai kena bertungkus lumus siapkan semua persiapan. Cian...hahaha.. Farid sampai kepenatan bersandar kat dinding tu.. Yang ni pulak, cikgu Jai sedang testing suara untuk jadi pengacara majlis. Memang kelasss la suara cikgu Jai ni. Ada bakat jadi pengacara jemputan...Silap haribulan jadi pengacara majlis tetap dan berpencen...huhuhu... Nor n Yan ni memang ratu gambar. Pantang nampak lensa kamera...pose spontan jek... Ni lah perancang utama majlis jamuan malam SPADA 2009, Ida. Dari surat menyurat sampailah ke kain alas meja makan, dia tentukan. Cik Nan tu nak tunjuk muka gak sini...Nampak penat je cik Nan?.. Lenny malam tu tak leh buat apa. Jadi pemerhati PBB je sebab tangannya tinggal 1...hihihihi...1 lagi kena balut..baru lepas oper

Catatan Hati Nik Nur Madihah

Image
Saya pernah membaca buku yang diterbitkan kerana Nur Amalina mendapat 17A. Dan saya juga pernah membaca buku yang dikarang kerana seorang insan miskin, yang sehari-hari pekerjaan bapanya adalah bersama ombak dan laut, Nik Nur Madihah. Tetapi antara keduanya tidak sama isi dan pengisiannya. Unsur kesufian jelas berada pada insan bernama NNM. Saya mengajak semua ibu dan bapa yang bercita-cita inginkan anaknya berjaya dari dunia sampai akhirat, dari terbuka mata sampai tertutup buat selamanya, miliki lah buku ini. Bacalah, walaupun dinding rumah anda sudah dipenuhi buku-buku bacaan. Jadikan buku ini sebahagian dari koleksi peribadi anda. Saya mengutip satu perenggan yang terdapa dalam buku ini, katanya : "Jika dahulu, beberapa bulan sebelum keputusan SPm di umumkan, aku hanya memasang impian untuk banyak kemahuan. Namun hari ini rezki Allah melimpah-ruah hingga aku menjadi malu denganNya. Apa sahaja yang aku mahukan dulu, datang secara percuma, lap top, telefon bimbit, jubah, pak

What The Main Problem

Dalam kaunseling penagihan, Kita akan mencari masalah yang sebenar disebalik masalah yang tidak sebenar. Klien atau seseorang yang sedang menghadapi masalah biasanya akan menutup masalah yang sebenar. Dia akan menceritakan masalah-masalah yang tidak sebenar dan bukan itu sebenarnya yang menjadi masalah. Dalam arena persekolahan, Adakalanya kita akan bertemu murid atau pelajar yang kerap kali ponteng sekolah. Guru akan menghubungi ibu dan bapa murid ini. Jawapan yang diberikan pun bukankah jawapan yang sebenar. Petang ini saya membuat lawatan ke rumah kali kedua, dan insya Allah malam ini pun ada satu lagi tujuan atas nama lawatan ke rumah. Sebagai orang dewasa, tak perlu sebenarnya kita bersyarah pada mereka, cukup dengan kedatangan tubuh kita ke depan pintu rumah mereka, pun membuat jiwa mereka tergaman. Sebenarnya masalah anak tidak ke sekolah, adalah bukan masalah anak itu sangat. Tetapi ada kaitan secara langsung dengan sikap ibu dan bapa. Nabi orang Islam, pernah mengatakan

Apabila Langit Terbelah

Malam ini cuaca sungguh panas. Talian enpon pula menghadapi gangguan. Mau hubungi sesiapa pun tak boleh. Mak sedara dari Kota Gelanggi hubungi saya. Dijawab dia tak dengar. Saya cuba hubungi, line kejap ada kejap hilang. Wah..apa sudah jadi. Cuaca panas, gelap, berhubung tak boleh, esok hari Jumaat. Hari Jumaat adalah hari akan berlakunya kiamat. Peristiwa yang sangat dahsyat akan berlaku. Dalam surah Al-Infitar Tuhan mengingatkan manusia. " Apabila langit terbelah, dan apabila bintang-bintang jatuh berserakan, dan apabila lautan menjadikan meluap, dan apabila kuburan-kuburan dibongkar, aka tiap-tiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan yang dilalaikannya. ai manusia, Apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu yang Maha Pemurah. yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh)mu seimbang, dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu. bukan hanya durhaka saja, bahkan kamu mendust

Batu pun sujud

Image
Jika batu yang keras bisa sujud pada tuhannya, mengapa pula manusia tidak demikian? Tuhan berfirman "Dan sesungguhnya kami telah menyediakan dalam neraka Jahanam itu ramainya untuk manusia dan jin, yang mana mereka mempunyai hati, tetapi tidak mahu memahaminya, dan mempunyai mata, tetapi tidak mahu melihatnya dan mempunyai telinga, tetapi tidak mahu mendengarnya. Orang yang sentiasa menjaga solat, akan sentiasalah hatinya teringatkan hari pembalasan. Lantaran itu ia sentiasa mengawal dirinya dari dicampakkan dalam api neraka. Dia sedar solatnya bermula dengan berdiri, tanda tidak selamanya ia muda dan berjaya, kemudian rukuk, dia tahu dia akan melalui zaman tua, zman bongkok, kemudian sujud, dia sedar hidupnya akan berakhir dengan tersungkur ke tanah dan akhirnya salam, tamatnya sebuah kehidupan di pentas dunia ini. Justeru, jiwanya takut, takut benar akan di campakkan ke dalam api yang sangat membakar sehingga ke dada. Ulama mengatakan, jika kamu menjaga solat berjamaah 40 hari

setahu saya ..

salam .. setahu saya .. dah lama kita tak amal konsep tough n rugged di PUSPEN ( Pusat Pemulihan Narkotik) yang dulunya dikenali sebagai Pusat Serenti .. Mengenai tidur sewaktu solat .. itu lebih kepada sikap penghuni yang tidak mahu berubah ... Program keagamaan dijalankan mengikut agama asal penghuni .. malah diwajibkan untuk para muslims solat & puasa .. malah sistem kutipan zakat pun dibuat bila tiba masanya, oleh pihak Majlis Agama yang berdekatan .. Penghuni kepenatan dan tidur di surau .. menjerit tak tentu pasal .. kerana kepenatan degan program seharian .. konsep aktiviti padat itu sebenarnya yang kita pupuk agar penghuni berhenti befikir tentang ketagihan mereka .. In fact bila mereka keluar pusat pun, mereka akan diarahkan untuk mencari pekerjaan (dengan pantauan AADK Daerah) .. Oleh itu, mereka akan lupa untuk membicarakan soal dadah atau berkumpul dengan rakan penagih sekiranya terikat dengan jadual kerja yang ketat .. Aktiviti di pusat memang padat tetapi penuh deng

Islam Tak Bagus ?

Bila saya menulis tentang ta juk ini, dan membuat link tajuknya pada web www.skbangi.com, ada yang teruja untuk membacanya, ya tajuk ini sangat penting untuk menarik perhatian pembaca, patutlah wartawan mengguna pelbagai gaya, yang kadang-kadang terlewat batasan sehingga menceroboh kedamaian orang lain. Tapi sayangnya kata si pelawat. link itu tak berhasil menuju ke lokasi yang sebenarnya. Saya cek link entah ada salah. Tak ada pun. Pastinya komputer itu yang tersekat link macam PC di USIM, apabila saya on dia memang boleh hidup, tapi ada beberapa gadjet yang hide lantaran di sekat oleh pihak USIM. Di rumah pun pernah kejadian serupa ini berlaku. Untuk melihatnya apakah betul-betul di sekat, cuba cek kat bawah skrin, sebelah kanan, di penjuru, kalau ada tanda bulat dilintang warna merah seperti no entry, bermakna link ke url tertentu sudah di sekat. Klik di situ dan bebaskan link itu.