Posts

Showing posts from February 21, 2010

Nadia- Syarahannya Mengurai Air Mata Hadirin

Saksikan dan dalami isi ceramah yang disampaikan oleh penceramah Cilik ini. Nadia

Kenali Penagih Dadah

Image
Jika Pelajar muslimah dari sekolah arab mempunyai style sendiri, cara berjalan, berpakaian dan berkomunikasi dengan orang lain, begitu juga dengan penagih, mereka ada gaya hidup sendiri. Kadang dibuat dan kadang terjadi dengan sendiri setelah sekian lama menagih dadah. Keadaan kaki penagih...sangat kotor Awas...Anak-2 menggunakan gam UHU untuk menghidu bagi mendapat kesan khayal..

Hari Antidadah Kebangsaan

Image
19 Februari, adalah hari Ulangtahun Hari Antidadah, (HADA) kali ini HADA di adakan di USIM, penulis sempat menghadirkan diri untuk melihat dari dekat perkembangan semasa berhubung dunia dadah. Ketika bersembang dengan pegawai2 AADK, penulis dapat maklumat, terdapat salah satu Pusat Serenti di Malaysia, yang sepatutnya hanya memuatkan 250-300 penghuni, tetapi yang ada sekarang ialah 320 orang. Dalam pada itu, penulis sempat bersembang dengan Haji Qudri, pegawai Pemadam Negeri Sembilan, katanya sekarang ini ada pula “pil babi”. Kalau dulu kita dengar pil kuda, kini pil itu pula yang timbul. Kegunaannya untuk diberikan kepada wanita, jika mereka menelannya, khabar sampai bila-bila pun taka akan hamil.

Kayuhan menuju jaya

Image
Walaupun dia anak yatim, tetapi anak ini terus berusaha ke sekolah setiap hari dengan basikal. Setiap pagi dan petang dia mengayuh basikalnya, hanya kekadang jika terlambat bangun, ibunya akan menghantarnya sendiri ke sekolah dengan motosikal.

Rasanya Mahu Menangis...

Image
Darjah 6 belum boleh membaca ? Ya itulah yang terdapat pada segelintir anak-anak zaman ini. Disaat zaman memasuki era kemodenan, di saat seluruh kampung di perbandarkan, rupanya masih ada anak bangsa ku yang terlalu jauh ketinggalan. Kalau dulu zaman belajar di sekolah atap, mungkin masih boleh diterima alasan tidak boleh membaca, sebab mak ayah dia orang pun tidak tahu membaca, alat buku tulis bukan mencukupi, jauh dari lengkap. Namun hal ini tidak sepatutnya terjadi, apabila anak-anak darjah satu membaca "F.O" fo, TO,, to, Fota..., Aduh....ejanya lain, bacanya lain. Kok begitu anak-anak, mana ibu bapa mu... Apakah mereka tidak membantu mu di rumah untuk mengenal abjad A, B dan C, kok teganya dia membiarkan kamu terus-terusan begini. Apa nasibmu apakala dewasa nanti. Kalau darjah 5 dan 6, tahap penguasaan macam anak tadika? Salah Siapa ? Guru yang mengajar bukannya tidak bersekolah, bahkan lulusan universiti. Ijazah dan diploma. Namun, kamu masih juga begitu. Rasanya cikgu-c

Curahan Kasih

Image
Tuan Bahrin Sabar memberikan ceramah Curahan Kasih di SK Dato Shah Bandar kepada ibu bapa selama 5 jam. Penulis sempat mengikuti program Curahan Kasih selama 5 jam yang dikendalikan oleh En.Bahrin Sabar, Pegawai Pencegahan Dadah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan bersama En.Salim dari unit yang sama. Ibu dan bapa disajikan dengan ceramah keibubapaan, sementara anak-anak bersama En.Salim, akhirnya, di peringkat penutup, mereka dipertemukan kembali. Banyak kisah yang disajikan oleh En.Bahrain untuk memantapkan lagi peranan sebagai ibu dan bapa.

Sekitar Program di Desaria

Image
Jalan 24, Biasa sibuk hari minggu, apatah lagi tiap petang, ramai betul peronda dari luar negara En.Mus, pemain Badminton wakil Desaria , yang akan ke Peringkat Antarabangsa..jika berpeluang la... En.Razak.....tekun menilik helaian risalah yang di edarkan Kehadiran amat ramai...Sambutan memang menggalakkan Hampir nak penuh jugak khemah ni, sebab yang lain duduk bawah bumbung penulis mengambil gambar Fuh...kalau macam ni selalu...memang aktif warga Desaria