Posts

Showing posts from February 22, 2009

Minggu Yang Sangat Kecewa-Journal

GM - GENENAL MEETING Minggu ini adalah minggu yang sangat kecewa bagi kami, ahli keluarga, staf dan semua pegawai di PERSADA, termasuk pelajar yang sedang ber-praktikum di sini. Apa tidaknya, bilama 3 orang ahli keluarga kami yang sudah lama (lebih satu tahun) berada di sini, sempat relapse di luar ketika kesempatan keluar diberikan. Dengan itu, PERSADA terpaksa mengadakan General Meeting (GM). Semua penghuni wajib berada di dalam majlis ini dan mesti serius. Walaupun cerita relapse dalam penagihan adalah perkara biasa. Namun sambung

Mesyuarat PIBG SK Bangi

Image
Hadirin Pelajar mendapat 5A dan 4A tahun 2008 seramai 44 orang SK BANGI SK BANGI. 01 Mac 2009. Mesyuarat hari ini dimulakan dengan pelantikan pengerusi majlis, seperti biasa, ahli mesyuarat yang hadir mengizinkan En.Kamaruzzaman mempengerusi majlis setelah tiada cadangan dan yang sukarela tampil. Pengerusi memperkenal AJK PIBG sesi 2007-2008. Pembentangan diteruskan minit mesyuarat, dan minit kewangan semasa sekolah. Pembubaran AJK lama. Mesyuarat diteruskan dengan pelantikan AJK baru. Pelantikan AJK Baru Menurut ketetapan mesyuarat pagi ini, SK Bangi mendapat YDP baru setelah En.Kamaruzzaman memegang jawatan ini selama 10 tahun. Terima kasih banyak pihak sekolah ucapkan pada Cek Man, yang telah banyak menaikkan nama sekolah, jasa-jasa beliau tidak dapat dihitung dengan wang ringgit. Mungkin ramai tak tahu, pasukan bola sepak sekolah pernah digeruni suatu ketika dulu oleh daerah Hulu Langat hasil kerja keras semua guru-guru, ibu bapa dan AJK PIBG. Tahun ini SK

Program RADA Daerah Batu Pahat

Image
Batu Pahat: 28 Feb 2009. Satu program RADA (Rakan Anti Dadah) telah dilancarkan bagi peringkat Daerah Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Antara aktiviti yang telah diadakan ialah sesi taklimat mengenai RADA dan melantik AJK RADA peringkat daerah di samping mngeratkan ikatan silaturrahim di kalangan ahli serta merancang aktiviti tahunan yang julung-julung kali diadakan di sini. Ahli-ahli RADA yang terlibat bukan sahaja terdiri daripada kalangan anak-anak muda lepasan sekolah tetapi juga dari golongan profesional seperti guru, kakitangan hospital seperti staff nurse, dan ahli akademik yang lain malah yang berkelayakan Ph.D juga turut hadir mendaftarkan diri. Cikgu Pandy bersama salah seorang AJK RADA BP. Penolong Pegawai AADK Batu Pahat, Encik Dzulkifli Isnain sedang memberi taklimat mengenai RADA. Pn Azizah Pegawai AADK Daerah Batu Pahat AJK RADA Daerah Batu Pahat yang baru dilantik. Bersama Encik Dzulkifli Penolong Pegawai AADK BAtu Pahat. Kedua-dua gambar di atas diambil di hadapan pintu

Web Site Baru SK Bangi

Image
Get my banner code or design your own banner SK Bangi sedang membina sebuah WEB SITE Baru Sekolah Kebangsaan Bangi. Web ini sedang di aktifkan dan akan telah pun beroperasi. Selamat Datang, anda boleh klik dan menjadi ahli, sumbangan idea, pendapat anda sangat bermakna sekali buat kami. alamatnya www.skbangi.com

Lawatan ke Rumah PENGASIH

Image
ANTARA BANGUNAN DI RUMAH PENGASIH KUALA LUMPUR. 27 Feb 2009.Sebilangan kecil pelajar SPADA yang tinggal berdekatan area Kuala Lumpur sempat mengikuti lawatan ke Rumah Pengasih. Rumah ini terletak di celah-celah KOtaraya KL, di jalan Duta, Bukit Tunku, berpusing-pusing pelajar mencari jalan masuk. Ini kerana peta untuk kesana tidak terbawa.Turut serta dalam lawatan kami ialah seorang pelajar Degree dari USIM dan 3 orang pelajar praktikal di PERSADA dari UMT. Semua pekerja di sini adalah terdiri dari bekas penagih dadah. Syarat kemasukan ke sini ialah mestilah mengambil dadah dahulu.. Huhu....ayat ini boleh memesong budak-budak. Ya lah, Rumah Pengasih menerima kes-kes mereka yang menyalahguna dadah dan ingin berhenti. Di sini, PENGASIH menggunakan teknik terapi TC kepada penghuninya yang di ambil langsung dari Deytop, USA. Maklumat lanjut, anda boleh dapati pada laman www.pengasih.net Lenny, Anis, Nor Zalifah dan Sham Wakil penghuni sedang menjelaskan sesuatu kepada kami Anis me

Lawatan ke PENGASIH

Image
ANTARA BANGUNAN DI RUMAH PENGASIH KUALA LUMPUR. 27 Feb 2009.Sebilangan kecil pelajar SPADA yang tinggal berdekatan area Kuala Lumpur sempat mengikuti lawatan ke Rumah Pengasih. Rumah ini terletak di celah-celah KOtaraya KL, di jalan Duta, Bukit Tunku, berpusing-pusing pelajar mencari jalan masuk. Ini kerana peta untuk kesana tidak terbawa.Turut serta dalam lawatan kami ialah seorang pelajar Degree dari USIM dan 3 orang pelajar praktikal di PERSADA dari UMT. Semua pekerja di sini adalah terdiri dari bekas penagih dadah. Syarat kemasukan ke sini ialah mestilah mengambil dadah dahulu.. Huhu....ayat ini boleh memesong budak-budak. Ya lah, Rumah Pengasih menerima kes-kes mereka yang menyalahguna dadah dan ingin berhenti. Di sini, PENGASIH menggunakan teknik terapi TC kepada penghuninya yang di ambil langsung dari Deytop, USA. Maklumat lanjut, anda boleh dapati pada laman www.pengasih.net Lenny, Anis, Nor Zalifah dan Sham Wakil penghuni sedang menjelaskan sesuatu kepada kami Anis mencuri ken

Minggu Integriti USIM

Image
NILAI. 27 Feb 2009. Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia menganjurkan minggu Integriti Peringkat Universiti.Pelbagai acara disediakan kepada mahasiswa, mereka dijamu selera, tetapi selepas dapat menjawab beberapa soalan. Konsep yang digunakan ialah "No Free Lunch". Artinya ialah, tiada makanan percuma dan maknanya, setiap imbalan yang kita dapat, mestilah melalui usaha. Terdapat banyak gerai, yang tak sempat saya lawati kerana kesibukan melayan tetamu di gerai SPADA. Ada permainan, soal jawab, kue tiu dan gorengan. Wau, En.Halim turut menjadi Chef Kehormat. Berapi kuali tuuu... Tengok En. Sham, Wan Azlina dan En.Farid sibuk nampaknya...Dapatkan CD celoteh Farid. Wau suara FArid rupanya masuk la dengan speker behringer ni. klik sambungan

Sambutan Minggu Integriti USIM-FKP

Image
Dapatkan CD celoteh Farid. Wau suara FArid rupanya masuk la dengan speker behringer ni. NILAI. 27 Feb 2009. Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia menganjurkan minggu Integriti Peringkat Universiti.Pelbagai acara disediakan kepada mahasiswa, mereka dijamu selera, tetapi selepas dapat menjawab beberapa soalan. Konsep yang digunakan ialah "No Free Lunch". Artinya ialah, tiada makanan percuma dan maknanya, setiap imbalan yang kita dapat, mestilah melalui usaha. Terdapat banyak gerai, yang tak sempat saya lawati kerana kesibukan melayan tetamu di gerai SPADA. Ada permainan, soal jawab, kue tiu dan gorengan. Hadiah yang disediakan kepada tetamu Mohd Farid, Dejay Mahasiswa SPADA memeriahkan acara. Pensyarah Datin Dr.Mizan Adiliah turut menyertai acara balingan bola ke dalam kotak Wan Azlina, rancak melayan pembeli...puas....kuih dah habis. Wau, En.Halim turut menjadi Chef Kehormat. Berapi kuali tuuu... Tengok En. Sham, Wan Azlina dan En.Farid sibuk namp

Pengalaman Operasi Pertama

Image
Ganja yang dirampas ketika operasi malam tadi. KAJANG. 25 Feb 2009. Pihak AADK dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengadakan operasi bersama di Tol Cheras Kajang. Sehingga jam 3.00 pagi, seramai 23 orang didapati positif dadah. Saya turut bersama menyertai operasi ini. Ada motor yang membuat pusingan dan terjatuh kerana terlanggar motor dari arah bertentangan. Kedua penunggang motor tersebut dipercayai berbangsa India melarikan diri ke dalam sungai berhampiran. Kedua helmetnya jatuh ke dalam sungai, manakala sebuah beg galas di campakkan. sambungan

Ceramah dadah di IPIK

Image
KUALA LUMPUR : 26 FEB 2009. Institut Perguruan Ilmu Khas telah menganjurkan program Ceramah Kesedaran Penyalahgunaan Dadah. Sekitar 200 orang bakal guru menyertai ceramah ini. Adalah diharap bakal guru dapat input yang berguna sebelum bergelar seorang guru yang sebenar. Kerajaan meletakkan target 2012 sebagai Tahun Sekolah Bebas Dadah di Malaysia. Program selama 1 jam ini menonjolkan En.Noorhisham selaku penceramah undangan dan Encik Zaidi bin Ahmad bagi memenuhi perkongsian pengalaman penagihan. Saya membawa En.Zaidi khusus dari PERSADA Sungai Besi sebagai satu pengalaman menarik juga buat beliau kerana dapat recovery pemulihannya. Esok kami (SPADA) diterima untuk melawat PENGASIH di Kuala Lumpur. Lawatan ini bertujuan mempelajari sistem rawatan pemulihan yang dijalankan oleh PENGASIH TERIMA KASIH IPK

YM Must Reinstall

Tuan-tuan dan puan-puan, YM saya tak dapat berfungsi dengan baik, tuan-tuan boleh ke laman web saya di www.kaunselor.com, daftarlah sebagai member untuk berkongsi maklumat. muat turun dan naik bahan serta forum.

YM Must Reinstall

Tuan-tuan dan puan-puan, YM saya tak dapat berfungsi dengan baik, tuan-tuan boleh ke laman web saya di www.kaunselor.com, daftarlah sebagai member untuk berkongsi maklumat. muat turun dan naik bahan serta forum.

Bahan Masukan Mesyuarat AJK Daerah

Image
SK TAAM. 24.02.2009. Ahli Jawatankuasa Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah Daerah Hulu Langat telah bermesyuarat pagi ini di SK TAAM.Menurut keputusan mesyuarat adalah seperti berikut : sambung Selesai acara mesyuarat, pihak Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Keb. TAAM meminta saya menyampaikan sijil watikah pelantikan Pengawas Pembimbing Rakan Sebaya kepada murid SK TAAM yang terpilih.

Bahan Masukan Mesyuarat AJK Daerah

Image
SK TAAM. 24.02.2009. Ahli Jawatankuasa Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah Daerah Hulu Langat telah bermesyuarat pagi ini di SK TAAM.Menurut keputusan mesyuarat adalah seperti berikut : sambung Selesai acara mesyuarat, pihak Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Keb. TAAM meminta saya menyampaikan sijil watikah pelantikan Pengawas Pembimbing Rakan Sebaya kepada murid SK TAAM yang terpilih.

Rindu ingin kembali

Image
Ramai kekawan dah mengeluh, setelah menjalani praktikal, rindu pada gelak ketawa dan gurauan sahabat terbayang, bila praktikal kita masing-masing tenggelam dalam kesibukan. Amutha pernah bilang begini, aku di sana sorang-sorang la, boring, kalau kat kelas, boleh lah dengar suara Nan dan Zaini gelak. Masing-masing menguntai kalimat rindu pada SPADA, dan menghitung hari, aduhai...masih lama lagi kah, rindu pada sekolah, rindu pada suara anak murid dan mikrofon di medan perhimpunan. Semua-nya berlaku dan hadir sekali lagi dalam hidup kita, andai umur masih dipanjangkan Tuhan.

Domain Alternatif

Domain Alternatif Bagi Blog Sham dan Kak Yong http://www.kaunselor.com/sham www.kaunselor.com/linda Anda boleh ke blog kami dengan klik alamat tersebut

Lelaki : Kau kan pergi dulu

Image
Belum ada Persatuan Bapa-bapa Tunggal, tetapi Kaum Ibu-ibu Tunggal ada kita dengar. Sebab apa ? Sebab lelaki yang menjadi suaminya sudah pergi dulu, pergi dek dilanggar treler, pergi dek jatuh dari tiang elektrik, pergi dek jatuh motor, meninggal di pusat serenti dan macam-macam. Apa pun ceritanya, lelaki akan pergi dulu secara umumnya. Justeru....sang isteri perlu sentiasa bersedia, jangan waktu pemergiannya, kita tak sempat minta maaf, kerana antara sebab ramai wanita masuk neraka ialah, kerana tidak sempat minta maaf dengan suami. Tahu-tau dapat berita suami meninggal. Manakala sang suami kena selalu meningkat ibadah, bangunlah bertahajud waktu malam, sebelum tidur berdoalah , minta dengan Tuhan supaya dibangunnya kita nanti waktu tengah malam, untuk berdoa padaNya, untuk minta ampun padaNya. Biarlah ketika kita tiada nanti, anak cucu kita masih ingatkan kita. Malang jika kita dilupakan, sekian tahun kita hidup, sekian tahun jasa kita tabur, akhirnya pemergian kita tidak berkurang

Sikap Manusia Di tentu Oleh Kepercayaannya

Saya masih terfikir, bagaimana seorang penagih boleh beralih dari merindukan heroin dan jarum suntikan kepada rindunya kedamaian dan mempunyai kekuatan jiwa yang mantap dan tak mudah goyah. Rata-rata penagih mengatakan mereka tak kuat berdepan dengan kehidupan sebenar di luar pusat serenti, terlebih lagi apabila berjumpa kawan-kawan dan terserempat dengan port lama. Lantaran itu mereka kalau boleh tidak mahu balik dan tidak mahu keluar dari pusat serenti, walaupun kehidupan di pusat juga menyiksakan batin mereka. Perlunya saya melihat dan meninjau aspek pengisian terapi yang diberikan kepada mereka. Kalau merujuk jornal minggu lepas, seorang penagih mengakui sistem terapi Tufh and Rugged tidak berjaya memisahkan manusia yang bernama penagih dari dadah, hari ini mereka keluar, hari ini juga mereka mencari dadah. Apakah kita tidak mempunyai sistem yang lain dari yang sedang diguna pakai kini? Saya pernah membaca kejayaan pusat pemulihan Inabah di Indonesia, hasil penelitia

Sikap Manusia Di tentu Oleh Kepercayaannya

Saya masih terfikir, bagaimana seorang penagih boleh beralih dari merindukan heroin dan jarum suntikan kepada rindunya kedamaian dan mempunyai kekuatan jiwa yang mantap dan tak mudah goyah. Rata-rata penagih mengatakan mereka tak kuat berdepan dengan kehidupan sebenar di luar pusat serenti, terlebih lagi apabila berjumpa kawan-kawan dan terserempat dengan port lama. Lantaran itu mereka kalau boleh tidak mahu balik dan tidak mahu keluar dari pusat serenti, walaupun kehidupan di pusat juga menyiksakan batin mereka. Perlunya saya melihat dan meninjau aspek pengisian terapi yang diberikan kepada mereka. Kalau merujuk jornal minggu lepas, seorang penagih mengakui sistem terapi Tufh and Rugged tidak berjaya memisahkan manusia yang bernama penagih dari dadah, hari ini mereka keluar, hari ini juga mereka mencari dadah. Apakah kita tidak mempunyai sistem yang lain dari yang sedang diguna pakai kini? Saya pernah membaca kejayaan pusat pemulihan Inabah di Indonesia, hasil penel