Posts

Showing posts from March 22, 2009

Semangat Anak2 Sri ABIM

Image

I and Vijaya ...

Image
Blogger Pak Norish bersama teman sekuliah, Ms. Vijaya

Sekitar Program AADK Ampang

Image
Tempat Masjid Al-Azim, Pandan Indah Ampang

Semangat Anak Sri ABIM

28 Mac 2009. Terima Kasih SK Sri ABIM atas usaha menjemput saya pagi ini. Usaha yang sangat baik ini semoga mendapat hasilnya. Setelah tamat sesi ceramah 2 jam, beberapa orang anak murid datang, dengan sayu bertanya. bagaimana nak dapatkan kejayaan yang cemerlang, saya sakit. Ada usaha yang baik dari anak-anak di sekolah ini. Jarang-jarang murid datang bertanya selepas sesi ceramah. Pertanyaan mereka hasil semangat dan kesedaran. Syukur lah. Sekali lagi Terima Kasih pada Cikgu Salmiah, (guru kaunseling sekolah), guru besar, Pn.Noor Ketina bt Tg.Abdullah dan semua guru-guru. Pada anak-anak, hargai jasa ibu dan bapa, menyekolahkan anda di sini, bayarannya bukan sedikit kalau dihitung. tetapi bukan balasan wang yang ibu dan ayah harapkan, cukuplah kamu menjadi manusia yang berjaya dan berguna pada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.

Kalau sebesar ini

Image
Andai lubang penagihan itu sebesar dan sedalam ini, maka bagaimana penagih boleh bangun semula setelah jatuh ke dalam nya.

Pencegahan Dadah di SK

Image
Seramai 150 orang murid, itulah murid SK Jalan Sungai Besi (1) terdiri dari tahun 1 hingga tahun 6. Saya, Wan Annuar, Pn.Dini dan En.Aziadi (PRS) sempat menyampaikan ceramah kepada para murid dan juga guru. Pada sebelah petangnya, kami ikuti Seminar, Slip, Lap dan Relapse di PERSADA Sg. Besi yang disampaikan oleh Cik Halida Ali dari USIM.

Masukan Untuk Semua

Setiap hari, saya berusaha untuk memasukkan bahan yang boleh dikongsi bersama, kalau tidak dalam spadausim.blogspot.com, saya juga banyak mengepos bahan di dalam http://norish77.blogspot.com berkaitan dadah. Ada keluarga penagih, saya minta mereka rujuk pada blog saya (norish) bagaimana cara membantu ahli keluarga mereka yang menagih. Hasilnya semalam, ada yang sms, mengatakan dia dah baca kat blog saya tu, dan memang mendapat bahan yang berguna.

Terima Kasih AADK Ampang

Image
Petang ini, saya mendapat peluang dari AADK Ampang memberikan ceramah Bagaimana Mengekalkan Kepulihan kepada 30 orang dari Pandan Indah di Masjid Azim, Ampang. Ceramah 45 minit menyelit unsur kematian, hidup antara azan dan sholat, hidup ini sangat singkat, hidup ini pasti berakhir, hidup bak umpama mimpi, hidup bagaikan wayang kulit, manusia dan masalah ibarat pantai dan ombak, dalam diri kita ada jin sedang tidur, dapat memberikan sesuatu yang baru kepada mereka yang lama tenggelam dalam sungai penagihan. Ketika ingin pulang, seseorang terserempak dengan kami, macam mana sekarang? Itu yang kami lontarkan.... hmmm banyak masa habis.....katanya mengeluh, hasil ceramah tadi berjaya membuat mereka merasa ruginya peluang selama ini diberikan. Dah ada isteri? Tanya kami lagi, dah lama bercerai... itulah angkara dadah dan bahan terlarang. Bukan kata ceramah hebat, tapi itulah maksud saya, memanggil jiwa nurani mereka untuk merasakan betapa sia-sianya hidup puluhan tahun, kini tanpa harta,

جيري 2فناكيه

Image
Ciri-ciri Penagih Adanya perubahan/merosot kehadiran atau prestasi mutu kerja, hasil kerja dan disiplin di sekolah/tempat kerja. Marah – marah atau meradang tak tentu sebab. Turun berat badan, selalu menguap dan tidak bermaya. Hilang selera makan atau selera bertambah. Permukaan mata berkaca, cengkung, mata berair dan kuyu. Apabila bercakap tidak bertentang mata. Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri, tidak ceria, muka menjadi pucat. Parut atau bekas suntikan di lengan. Diri menjadi tidak terurus seperti malas mandi, gosok gigi. Hujung jari dan kuku berwarna kekuningan atau kemerahan. Selalu menggaru terutamanya dibahagian hidung dan kelakuan aneh. Suka memencilkan diri di dalam bilik air, setor, rumah kosong, masuk di dalam semak dan tempat dimana tiada orang. Tidak mahu makan bersama –sama keluarga dan suka makan di tengah malam berseorangan. Hilang minat terhadap sukan, muzik dan sebagainya. Suka menyembunyikan barang-barang persendirian, tidak suk

Bagaimana Menjadi Mukmin

Image
Semalam, saya bicara tentang Al-Quran yang bisa menjadi ubat penyembuh (penyakit-2 batin) kepada orang-orang mukmin, pertanyaan menyusul, bagaimana kalau kita bukan orang mukmin, atau belum mencapai taraf atau derajat atau maqam orang2 mukmin? Tentu sekali AL-Quran itu tidak menjadi ubat bagi kita. Ye kan....? Makanya setiap Jumaat , khatib di mimbar tidak puas2 mengingatkan sekalian jamaah, janganlah kamu mati, selain mati di dalam Islam. Itu yang paling kurang. Dibawah darjat Muslim / Islam ialah munafiq. Kita perlu naik menjadikan diri kita orang mukmin, barulah Quran itu boleh menjadi ubat yang mujarab. Selagi duduk dalam lingkungan Islam sahaja, dan tak naik2 untuk menjadi mukmin, susah lah nak jadikan Quran sbg ubat. Selain mukmin ada lagi, muttaqin ... Dalam Surah Al-Anfal jika anda membaca ayat yang paling awal, menerangkan sifat orang mukmin, mari kita perhatikan adakah ada pada kita. إنما المؤمنون إذا ذكر الله وجلت قلوبهم وإذا تليت عليهم أيته ذادتهم إيمانا وعلى ربهم يتوكلون S

Seminar Perkahwinan

En.Halim selaku Ketua Program SPADA menjemput semua pelajar SPADA untuk menghadiri seminar Perkahwinan yang akan diadakan di USIM pada 28 dan 29 Mac ini. Pelajar SPADA mendapat pelepasan bayaran yuran sebanyak RM50.00 yang sepatutnya dibayar. Kepada sesiapa yang berminat untuk hadir sila berikan nama anda pada Pn.Maznida (USIM).

Penghargaan Buat Cikgu Fadzli

Image
Saya memulakan rasa syukur padaNya, kemudian terima kasih yang tak terhingga, pada Cikgu Fadzli yang telah mempromosi kepada masyarakat supaya membaca artikel berkaitan dadah Tulisan ini dituangkan dalam web beliau di alamat www.cikgumalaysia.com. Inilah yang pertama saya jumpa promosi secara nyata dan tulus. Beliau mengajak pembaca mendalami ilmu tentang gejala penagihan yang tertera pada blog saya. Terima Kasih sekali lagi, semoga hal ini menjadi amal buat kita, justeru sepeninggalan kita dari alam fana menuju negeri yang baqa. Amin Saya ingin terus menulis dan menulis, mengingat Sabda Nabi, 3 perkara yang berguna setelah engkau tiada lagi di dunia ini, pertama doa anak yang soleh, ilmu yang kau berikan pada orang lain, lalu dimanfatkan ilmu itu dan amalan sedekah jariah. Jariah, maknanya sungai yang mengalir. Sedekah Jariah adalah amalan yang pahala nya terus mengalir....

3 Sebab Dapat Hepatitis C

Image
Kenangan di Pulau Dragon, Vietnam Hari ini saya berpaspasan di jalan dengan seorang ahli keluarga berbangsa Cina. Dia sudah tidak tahu ke mana hendak mengadu, saya ada masalah encik, kaunselor saya tidak ada hari ini, saya kena penyakit Hepatitis C dah lama, sekarang saya sakit. Dengan gigi kemerahan, tangan memegang dada. Saya mendengar ..... Marilah, masuk bilik dulu, duduk berehat, sementara saya menghubungi Dr.Chong, Dr.Chong adalah seorang Doktor yang mudah untuk kamu nak berbincang apa-apa dengan dia, kata kawan saya Dr.Shaharuddin yang bertugas di Muar. Dulu Din dan saya sama-sama belajar di Indonesia, cuma dia ambil bidang kedoktoran dan saya fakulti Dakwah, jurusan Bimbingan dan Penyuluhan Islam. Menurut Dr.Chong ada 3 sebab seseorang terkena penyakit Hepatitis C; 1. Bertukar jarum suntikan dengan penagih lain yang mengidap HIV atau kuman Hepatitis C. 2. Melanggan pelacur yang sudah pun terkena penyakit ini sama ada dia sendiri sedar atau tidak. Atau bersama isteri (pasangan)

Apakah yang diperhatikan rakan kita ini

Image
Lihat foto orang ketiga sebelah kiri....teka ..beliau sedang buat apa tu? UNtuk lebih jelas... klik pada gambar untuk tumbesaran

Temubual Ekslusif Bersama Datin Lenny

Sempena keberangkatan Datin Lenny Shafinaz ke Pusat Rawatan Dadah Swasta (Christian Care Centre) di Subang..ikuti perbualan tersebut. Pusat ini terletak diatas bukit belakang Lapangan Terbang Subang.

Ada Lagi, Perempuan Melayu Terakhir

Image
Ada lagi..... Betul tak ni Lenny? duk elok-elok tau kat PUSRAWI, baca buku Anis, nanti nak pereksa..Anis dah pergi tadi kan dengan Nor...dia orang ada bagi buah epal tak? Huhu...kecian Lenny...sabar ya..nanti kita pigi tengok...kita nak set masa dulu. Nama Amutha jadi Nor lak..

Pemulihan Berteraskan Religius

Image
" Dan Kami menurunkan Al-Quran, yang padanya terdapat ubat dan rahmat bagi orang-orang mukmin " Rata-rata orang, masih ragu-ragu untuk meyakini bahawa Agama atau religius bisa membantu manusia dari terjebak dosa dan maksiat. Seorang manusia pernah berkata, nasib baik tuhan menjadikan syurga dan neraka, lantaran itu manusia takut berbuat dosa dan dunia ini menjadi aman. Itupun masih ada yang berani membuat kacau dan kerusakan. Cuba fikirkan, bagaimana jadinya andai dunia ini tiada penghujung, tiada akhirnya, tiada kematian dan tiada syurga dan neraka. Pastilah lebih ramai yang berani membuat kerusakan, bunuh-membunuh, dengki khianat, rebut jawatan, pangkat dan harta. Agama datang ke dunia buat penolong manusia menelusuri kehidupan yang penuh mehnah, onak dan duri. Dalam proses memberi terapi kepulihan kepada penagih dadah, aspek religius yang datang nya dari agama samawi patut sekali berada di tempat nan tertinggi. Terlepas dari percaya atau tidaknya, bahawa agama bisa member

Enggan Masuk Syurga

....... كلكم يدخل الجنة إلا من aba يأبا يا رسول الله Sabda Nabi : "Semua kamu akan memasuki syurga, kecuali orang yang enggan, (sahbat bertanya) siapakah orang yang enggan itu wahai Rasulullah? Kata beliau, barangsiapa yang taat dan patuh padaku, maka dia akan masuk syurga dan barangsiapa yang memusuhiku, (melawan anjuranku) maka itulah orang yang enggan"

Tinta Lalu

AKU INGIN PULANG. Hari ini dua orang penghuni dibebaskan. Dalam house meeting majlis perpisahan diadakan. Setelah mengucapkan kata-kata selamat tinggal, mereka saling berpelukan sambil menyanyi rangkap lagu ini. Tangis dan gembira menyelubungi hati yang hadir. Baca Lagi AKU INGIN PULANG II. Ramai tak sedar antara kita, bahawa kita akhirnya akan pulang. Di dunia ini manusia akan rindu untuk pulang ke kampung halaman, tapi ada satu lagi kerinduan bagi orang mukmin, iaitu rindu untuk pulang menemui Rab nya. Kerinduan dan keasyikan ingin melihat wajah Nya membuat sang mukmin tidak pernah merasakan capet, lelah dan letih untuk menemui sang kekasihnya. Baca Lagi

Harapan Seorang Penagih

Image
" Hingga ada yang dicabut nyawa ketika berada di tengah-tengah lorong Haji Taib di Chow Kit. Di situ sudah berapa lama bangunan di sana menjadi saksi, kubur tak bertanah pada jasad yang kehilangan roh nya . " Seorang penagih, jika 10 tahun mereka jatuh di dalam lubang penagihan, 10 tahun itulah 3 perkara terbantut dalam diri mereka. Apatah lagi jika 20 tahun masa berlalau dalam zaman penagihan. Walaupun masa terus beredar, zaman berubah, tubuh membesar dan otot-otot kelihtan gagah perkasa, namun 3 perkara mereka terkalahkan.... Tiga perkara itu ialah pemikiran, kepercayaan dan tingkahlaku.Pemikiran mereka kadang kala sungguh dangkal, mempercayai sesuatu yang salah. Menyukai sesuatu yang tidak sepatutnya; Firman Allah SWT, " Boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia tidak baik bagimu, dan boleh jadi, kamu membenci sesuatu perkara, padahal ianya baik bagimu " Mereka tak dapat bezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Katakan ketika mula-mula terjebak dalam dunia

Step Kaunseling dengan Murid Penagih

Mungkin saya tak dapat menyiapkan tulisan ini pada malam ini, tapi saya berusaha untuk bercerita sambil membantu rakan setugas, kaunselor yang kebanyakkan berada di sekolah menengah. Saya dihubungi oleh seorang kaunselor di sebuah sekolah menengah daerah Kajang, bertanya dan merujuk pasal murid @ klien yang terjebak dengan dadah. Jenis Ganja . Bagaimana nak berikan sesi kaunseling. Saya percaya selain dari kaunselor ini, ramai lagi dalam Malaysia ini kaunselor atau guru disiplin menghadapi masalah yang sama. Sebelum tu, perlu saya jelaskan, sesi kaunseling dengan penagih dadah dan bukan penagih adalah berbeza. Berbeza sedikit dari segi hala tuju sesi tersebut. Baca lagi

Makluman Kepada Semua Rakan

Image
Permurnian Buku 7 Langkah Pemulihan Hari ini, Ustaz Khairi ke rumah ana selepas menyampaikan kuliah Subuh di Masjid Bangi, kami berbincang pasal buku 7 Step, minggu depan akan dicetak, masih akan penambahan yang perlu ditokok tambah dan sedikit pengubah suaian. En.Halim nak diterbitkan dalam 2 versi, satu untuk Muslim dan NonMuslim Dalam pada itu, Ustaz Khairi adalah seorang penyelia yang akan datang pada hari penyeliaan di SPADA nanti. Beliau mengatakan antara soalan yang akan ditanya pada anda semua ialah ; Dimanakah anda memasukkan unsur keagamaan atau kerohanian kepada klien anda dalam sesi Kajian kes. Demikian makluman untuk semua yang mahu mendengar ...hihi