Posts

Showing posts from November 7, 2010

Lagi Kemalangan Maut

Image
SEMENYIH.12 November 2010. Ketika pulang dari SK Kajang melalui jalan Kajang-Semenyih pagi semalam, keadaan jalan penuh sesak. Waktu pergi pun sesak, ini kan pula waktu balik. Oh rupanya ada orang ramai sedang berkumpul. Entah apa yang berlaku,saya mendekati. ...Seorang anak muda lelaki Melayu, terkulai...kepala di pijak salah sebuah lori yang melalui jalan ini. Ketika saya tiba, mayat ditutup dengan suratkhabar.Nampak helmet pecah, rambut agak panjang. Tertanya juga lelaki ke perempuan, nampak seluar, kasut macam lelaki. Akhirnya pihak polis sampai...suratkhabar di alihkan. Pengajaran kepada mat motor, hati-hati bawa motor, kepada pemandu kenderaan besar, risiko besar sebenarnya membawa kenderaan besar. Dan ini pula gambar yang saya rakam tahun 2008, ketika ber ulang alik ke Pandan Indah dari Bangi. Muka remaja ini menjadi leper, hidung seakan bertambah panjang, dek di pihak tayar lori. Walaupun memakai helmet, helmet tetap pecah. Kelihatan darah keluar melalui telinga. Seoran

Siapa Berusaha, dia Pasti Dapat

Image
Cikgu sempat merakam video beberapa orang murid yang menangis kerana kejayaan mereka tadi. Malah sempat menemubual faktor kejayaan mereka.Tapi belum sempat untuk dimuatkan ke laman ini. Cikgu juga ingin menulis ulasan berkaitan keputusan ini. Untuk adik-adik tahun 2011 yang akan berdepan UPSR.

UPSR : Gambaran Kejayaan di akhirat

Image
BANGI. 11 November 2011. Hari yang ditunggu-tunggu oleh semua orang, terutama murid darjah enam, guru-guru tahun dan ibu bapa murid tahun 6 sudah pun tiba. Hari ini segala keputusan sudah siap tertulis. Selagi belum mendengar pengumumanna, debaran penantiannya semakin kencang. Dup dak dup dak… macam nak terkeluar bunyinya. Tiada lagi peluang untuk mengubah keputusan itu. Hanya redha dan pasrah sahaja. Kerana itulah hasil kerja, usaha kita semua selama ini. Buletin ini mengajak untuk merenung sedikit kisah manusia yang berjaya dan gagal di akhirat. Didalam Al-Qur’an sendiri ada menggambarkan wajah-wajah kejayaan manusia pada hari kiamat, kisah ini berlaku setelah manusia menerima buku rekod amalannya semasa di dunia. Kalau di sekolah namanya Adab Belajar. Firman Tuhan “Wajah-wajah manusia pada hari itu berseri-seri, kerana berpuas hati dengan usaha mereka selama ini. (Sebagai balasannya mereka akan berada) didalam syurga yang tinggi……”hingga akhir ayat. Ayat 8 hingga 10 surah Al-G

Kenangan Anak2 6 Mercury

Image
Gambar asal selepas edit lagi Banyak function dalam Adobe Photoshop yang belum dapat dikuasai

Ceramah Dadah 5 Minit (1)

Image
Dalam membantu menangani gejala penagihan dadah, usaha di sekolah turut dilakukan oleh guru PJK dan guru Bimbingan. Guru Bimbingan telah dibekalkan modul relief dari tahun 1 hingga tahun 6. Setiap tahun terdapat modul untuk pencegahan dadah. Guru Bimbingan boleh mengambil modul tersebut untuk dijadikan bahan ceramah 5 minit dadah. Untuk pertama kali, cikgu boleh terangkan kepada murid apa itu dadah? Dadah, sebagaimana yang ditulis dalam laman-laman web AADK dan bahan edarannya, merupakan bahan kimia yang jika di masukkan ke dalam tubuh manusia melalui sistem oral, suntikan, hisap, cium, letak bawah lidah, atau di masukkan melalui lubang dubur, dan sebagainya boleh mengakibatkan pengguna merasa khayal, bingung dan mabuk. Penggunaan yang berterusan boleh mengakibatkan pengguna hilang pertimbangan, halusi, delusi dan sebagainya. Sikap pengguna akan berubah menjadi panas baran, cepat meradang, suka menyembunyi barang-barang miliknya, (baca tanda-tanda penagihan). Zaman ini terkenal de

Faktor Kejayaan Seorang Murid

Image
3 Faktor utama yang sering dibincang kejayaan seseorang murid ialah, keinginan dari diri sendiri, kehendak atau kemahuan untuk berjaya ada dalam diri murid itu sendiri. Yang kedua, bantuan dari ibu dan bapa. Faktor ini merupakan sokongan, dari pujian, follow up, semak dan bantu untuk keluar dari belenggu masalahnya sebagai seorang murid. Faktor ketiga adalah guru, guru yang boleh mencapai impian untuk menyampai maksud ilmu yang disampaikan dengan baik.