Posts

Showing posts from May 27, 2012

Memburu Kasih Ilahi

Image
Salam buat semua rakan-rakan saya, kemana anda cuti persekolahan ini? Selama dua minggu mungkin banyak aktiviti yang menarik telah anda rancang. Seronok ya jalan-jalan. Yang duduk diam dirumah, semoga anda bahagia. Tak mengapalah tak ke mana-mana pun, ramai lagi insan lain yang seperti anda. Apa boleh buat, masalah demi masalah ada saja datang, ianya kata guru saya, tamu tak di undang. Nah... saya pun masih di kota, besok minggu kedua bercuti, kita boleh merancang itu dan ini, tetapi Allah berfirman, Manusia itu tidak tahu apa yang akan dilakukan esok hari, walau pun sudah dirancang dengan teliti. (Rujuk Surah Luqman : 34). Saya berjalan-jalan lah dahulu ke kedai-kedai buku di Jalan Masjid India mencari sebuah buku dari Pustaka Aman Press, Pengarangnya Abu Bakar Atjeh. Judulnya Ilmu Tasauf. Satu kedai ke satu kedai.... akhirnya tak jumpa, habis katanya. Saya ke jalan Tunku Abdul Rahman atau orang panggil Jalan TAR. Nampaknya disini ada banyak buku.Cuba kita masuk JOm.... Setela

Metadone Sejenis Dadah (gantian) Halal

Image
Dadah Gantian Halal Semalam 01 Jn 2012, saya berkunjung ke rumah seorang sahabat di Muar Johor.Beliau merupakan salah seorang doktor di Muar yang membuka klinik sendiri. Kebetulan pula, disini sedang luruh durian. Durian D24, mengalahkan segala durian lain... Makan tak ajak-ajak...ops.. Saya ingin mengetahui lebih lanjut bagaimana rupanya dadah methadone. Kawan saya menunjukkan botolnya seperti dalam gambar sebelah.  Untuk rekod, Doktor Shahruddin juga pernah terlibat dengan Pemberian Dadah Methadone bersama Dr.Mahmud. Anda boleh jumpa antara Klinik Dr Mahmud di Lorong Haji Taib. Untuk pengetahuan pembaca, Methadone ialah sejenis dadah yang (dalam gambar isinya sebanyak 5ml) Katanya ubat ini akan diminum oleh penagih untuk satu minggu. Kalau kita bukan penagih mencuba minumnya, walau hanya 1 ml,sudah pasti akan teler . Dan jika bayi diberikan atau tersalah diberikan ubat ini, walau pun sedikit, ia akan mati. Di Jakarta, Indonesia ubat ini dipanggil ubat gila .Penagih yang ketagiha

Susulan SKuad Ronda Desaria Memenangi Tempat Terbaik SRS N9

Image

Kisah penagih yang saya temui

Image
Masa duk tunggu van saya kena operate (tukar ganti perkakas penghawa dingin), Fuh... setakat duk bela Vannete ni, ini kali ke tiga saya ganti Compressor nya. Saya menghabiskan masa menunggu itu dengan membaca Kosmo dan Harakah.Sebelum ke bengkel di Jalan Reko tadi, sempat singgah nak dapatkan dua akhbar ini, sebab saya dah diberitahu akan memakan masa selama lebih 3 jam.(Mula jam 9.30 hingga 3.50 baru siap) Mula-mula selak Tajuk Utama Harakah, ye lah asyik baca Berita Harian je kat internet, nak langgan pun tak sempat baca semuanya. Kemudian saya mula membaca Kosmo, helaian demi helaian. Seronok dan tersenyum pabila membaca tentang Kisah Bekas Penagih yang berada di Pulau Carey Kuala Langat. Tempat itu adalah milik Sime Darby. Bekas penagih yang ingin berhenti diberikan tempat di situ untuk menginap dan bekerja sebagai pemotong rumput. Saya pernah di ajak ke situ beberapa tahun yang lalu (2008) untuk memberikan satu syarahan kepada mereka ini. Mereka awalnya bukan kenal pun siapa

Rombongan KRT Langkawi menjadi tamu di Desaria

Image
Kain Rentang diusahakan oleh Sdr Sufian Setiausaha membaca Doa agar rombongan tetap dalam keselamatan pergi dan balik Ucapan Balas dari Ketua Rombongan KRT Langkawi Saling Bertukar  Cenderahati Bergambar beramai-ramai sebagai kenang-kenangan Hafiezhah ikut serta meramaikan dan meraikan tetamu En.Sufian mengucapkan selamat jalan kepada Ketua Rombongan

Pertama Kali Mendaftar Syarikat

Image
Setelah semalam kehabisan RM1590.00 gara-gara menukar 1 Set Penghawa Dingin. Hari ini pertama kali mendaftar sebuah syarikat persendirian. Saya berminat menggunakan nama afraima , nama yang saya temui pada tahun sekitar 1999.Namun sayang sudah digunakan orang lain. Akhirnya... Hasrat nak melebarkan penjualan Banner PPDa ke sekolah-sekolah rendah dan menengah seluruh Malaysia. Setakat ini, Sekolah yang sudah membeli Sekolah Daerah Patu Pahat Muar, JOhor Bharu, Sarawak.

Kisah Mayat Berulat

Image
Kenapalah Jadi Begini Nasib ku...? Surau saya pernah menjemput Al-Fadhil Ustaz Abu bakar Abdul Aziz untuk menyampaikan ceramah Maulidur Rasul. Saya berkesempatan untuk berborak dengan beliau ketika kami sama-sama makan setelah selesai ceramah. Antara topik yang dibincangkan ialah pengalaman beliau ketika menguruskan jenazah. Di bawah ini saya perturunkan kisah beliau untuk renungan bersama. Pengalaman seorang Jurumandi Mayat Daerah Gombak, Selangor. Kisah benar ini diceritakan oleh Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz. Ia berlaku di kawasan daerah Gombak di mana jurumandi memandikan jenazah yang agak kaya orangnya dan berpengaruh. Begini ceritanya :-

Indah itu Hanya Sementara

Tiada yang kekal abadi selain Allah Azzawajalla.