Posts

Showing posts from November 4, 2012

Jom Update Iman

Suatu malam, sebelum tidur si anak bertanyakan ayahnya. Anak: "Ayah, boleh tak adik update facebook dari dalam kubur?" Ayah: "Tak boleh sayang.." Anak: "Kalau adik nak update juga?" Ayah: "Tak boleh. Kalau facebook boleh diupdate dari dalam kubur setelah mati, mungkin ini statusnya: 1. "Allahurobbi! Besarnya ular! Banyaknya kepala dia!" 2. "Ya Allah! Lipan banyaknya! Kala jengking besar-besar!" 3. "Allah! Mak abah tolong!! Tolonglah keluarkan daku dari tempat yang menakutkan ini!" 4. "Arghhhhhh! (tulang rusuk kanan bersatu dengan tulang rusuk kiri dihimpit bumi kiri kanan)" 5. "Ya Allah! Sakitnya tidak terperi lagi dipalu malaikat-malaikatMu ini..aku bertaubat Ya Allah..ampunilah daku!" 6. "Ya Allah! Panas membakarnya seluruh tubuhku ini! (tubuh dipanggang) 7. "Ya Allah! Gelapnya di dalam kubur ini...takuttt..." 8. "Ya Allah! Kembalikanlah aku ke dunia! Aku berjanji akan taat!

Pesanan Sempena HAPC

Hari Anugerah Pelajar Cemerlang atau (HAPC) berlangsung hari ini.Ibu @ Bapa dijemput untuk meraikan saat-saat indah anak anda dihargai.Jangan lupa bawa kamera.Abadikan gambar itu sebagai peMOtivaSi kepadanya untuk masa akan datang.Dia Boleh.Anda sebagai ibu dan bapa sebenarnya hebat,kerana telah berjaya menjadikan dia HEBAT.

Ballighu 'Anni Walau Aayah

Image
"Sampaikan dariku walau hanya seayat" Demikian hadis peninggalan Nabi SAW. Berikut respon yang telah diterima

Bila Nur Menyirami Hati

Image
Apa agaknya kata orang, andai anda punya anak-anak seperti ini? Melatih anak mengenal Tuhan adalah satu perjuangan. Melatih anak menjadi ahliLah adalah satu perjuangan.

Buletin NOvember 2012

Pihak warga SK Bangi khususnya merakamkan setinggi-tinggi “Salam Takziah” dan dukacita untuk keluarga arwah Pn.Zakiah, mantan Guru Besar SK Bangi. Semoga rohnya mendapat tempat yang baik disisiNya.Kepada 3 orang anak-anak yang ditinggalkan semoga tabah menghadapi perjuangan hidup.   DariNya kita datang dan kepadaNya pula kita dikembalikan. Tsumma Ilahi Turjaun. Kemudian kepadaNya kamu semua dikembalikan..Innalillahi wainna ilaihi raajiun . Masih ternampak wajahnya ketika berucap, masih kedengaran suaranya ketika menyampaikan amanat. Rupanya hidup ini terlalu singkat. Benarlah kalimah itu sebagaimana pernah diungkap. Tersebut di dalam Al-Qur’an, antara 5 perkara yang ilmu manusia tidak mengetahuinya, yang pertama bilakah hari kiamat, kedua di mana akan turunnya hujan, ketiga bagaimana nasib masa depan bayi yang sedang berada dalam perut ibunya, keempat apakah yang akan manusia lakukan esok hari dan kelima di manakah kuburnya.[Surah Luqman : 34] Tarikh Lahir Apakah seca