Posts

Showing posts from June 1, 2008

Pencapaian calon pertama guna bahasa Inggeris jadi tanda aras keberkesanan dasar

KEPUTUSAN Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini penentu sama ada pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) disemak semula atau sebaliknya, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom. Katanya, ini kerana pencapaian murid kumpulan pertama menggunakan dasar itu dalam peperiksaan berkenaan akan menjadi penanda aras bagi mengukur keberkesanan pelaksanaan PPSMI di sekolah rendah sejak lebih lima tahun lal u.

ADA TAK ADA

Image
Tidak diketahui atas alasan apa telefon ini di pasang di sekolah-sekolah. Keberadaannya menambah lagi sakitnya mata memandang. Apa tidaknya, adanya bagaikan tak ada, sebab dari hari pertama dipasang hingga hari ini, langsung tidak memberi fungsi. Saya bertanya pada kontraktor yang datang memasang tempoh hari, untuk apa ini ? Arahan kementerian katanya. Berapa banyak kos untuk seluruh sekolah terpilih, wayarnya dan peralatan serta upah pemasangannya. Telefon seperti di atas ada dua, satu sebelah pra sekolah dan kedua di luar bilik kaunseling. Dua lagi (macam kegunaan rumah) masing-masing dalam pejabat dan bilik guru. Dan kesemuanya tidak memberi apa-apa fungsi selain mengurang ruang letak barang-barang yang dah tersedia menyemak. Sambung

Membiasakan Anak Hidup Dengan Al-Quran

Setiap orangtua pasti menginginkan buah hatinya menjadi anak yang shalih dan shalihah. Anak shalih shalihah merupakan harta yang paling berharga bagi orangtua. Untuk mendapatkan semua itu, tentu harus ada upaya keras dari orangtua dalam mendidik anak. Salah satu yang wajib diajarkan kepada anak adalah segala hal tentang al-Quran kerana ia adalah pedoman hidup manusia.Rasulullah saw. pernah bersabda (yang ertinya): “Didiklah anak-anakmu dengan tiga perkara: mencintai Nabimu; mencintai ahlul baitnya; dan membaca al-quran kerana orang-orang yang memelihara Al-Qur’an itu berada dalam lindungan singgahsana Allah pada hari ketika tidak ada perlindungan selain daripada perlindungan-Nya; mereka beserta para nabiNya dan orang-orang suci.” (HR ath Thabrani). Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya Al-Qur’an ini memberikan petunjuk kepada jalan yang lebih lurus dan memberikan khabar gembira kepada orang-orang mukmin yang mengerjakan amal shaleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar”. (QS Al-Isra’[

Laporan Kem Kepimpinan Pengawas 2008

Image
Seramai 112 orang murid terdiri dari Pengawas Sekolah, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas telah mengikuti Program Kem Kepimpinan Pengawas 2008. Peserta terdiri dari murid tahun 4 hingga tahun 6. Program ini berlangsung selama 2 hari 1 malam bertempat di Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIS), Bangi. Kejayaan program ini terjadi atas bantuan mahasiswa dan mahasiswi KUIS selaku fasilitator. Seramai 15 orang fasilitator telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Mereka (fasilitator) sanggup tidur bersama pelajar dan bangun awal pagi untuk mengejutkan mereka sholat subuh berjamaah. Peserta Tahun Satu Awal pendaftaran, kami dikejutkan dengan kehadiran seorang murid tahun satu yang ingin mendaftarkan diri sebagai peserta. Setelah disiasat, rupanya ibunya silap memahami isi kandungan surat berita sekolah yang diterimanya beberapa hari sebelum program. Murid dibahagikan kepda 7 kumpulan, tidur dalam bilik asrama yang memuatkan 4 orang sebilik. Pada petang harinya, para pelajar diba

Dua Orang Guru Berpindah

Image
SK BANGI ; Dua orang guru yang pernah berkhidmat di sekolah ini akan berpindah ke sekolah lain. Seorang Puan Saudah Ahmad, akan berpindah ke Perak atas tiket mengikuti suami. Beliau yang pernah mengajar tahun 5 dan enam dijadualkan mula berkhidmat pada 1 Jun ini. Pun begitu sekolah akan mebuat satu majlis khusus atas pemergian mereka berdua. Seorang lagi Puan Syafinah Shafie akan berpindah ke salah sebuah sekolah rendah di Puchong. Beliau juga seorang guru Bahasa Ingeris berpindah lantaran mengikut suami yang berkhidmat di daerah sana. Rentetan pemindahan bulan ini berlaku sejurus Puan Noor Jannah bersara, namun semalam Puan Noor Jannah bersama suami menghantar sms yang beliau sedang berada di Paris, menikmati erti kemerdekaan sebagai kakitangan kerajaan yang bersara. Kemudian dari itu, Puan Zainun pula di lantik sebagai GPK HEM ke SK Jalan 6. Dengan ini, SK Bangi keilangan 4 orang guru dalam masa 2 bulan.