Posts

Showing posts from December 12, 2010

Modul PMD 2011

Alhamdulillah, saya sudah berjaya menyiapkan modul PMD 2011. Dan telah pun di upload ke laman web, dengan sukahati saya dengan ini... membenarkan mana-mana guru bimbingan dan kaunseling untuk mendownloadnya.... jangan lupa bagi komentar nanti ya untuk penambahbaikan di facebook.com/skbangi LINK MODUL PMD 2011 Versi2

Air mata Tyson gugur di Kaabah

Image
Dahulunya beliau digeruni tetapi di hadapan Kaabah ini Tyson adalah yang paling mengharapkan keampunan Allah. DI saat Afrika Selatan menjadi kiblat ramai penduduk dunia yang ralit menyaksikan aksi-aksi hebat Piala Dunia 2010, lain pula kisahnya yang berlaku kepada seorang bekas atlet terkemuka dunia. Peninju terkenal dunia yang juga bekas juara heavyweight, Mike Tyson, 44, tidak mempedulikan kemeriahan pesta bola sepak itu. Tumpuan kepada ibadat berkiblatkan Kaabah yang betul-betul berada di hadapan matanya. Itulah pertama kali Tyson mengerjakan ibadah umrah di Mekah dan Madinah sehingga air matanya tertumpah di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram. Umum mengetahui beliau memeluk Islam ketika dalam penjara pada tahun 1995 atas kesalahan merogol bekas Ratu Cantik Amerika, Desiree Washington. Sejak itu beliau tidak lagi mahu dikenali dengan nama sebenarnya Michael Gerard Tyson, tetapi sebagai Malik Abdul Aziz sejurus memeluk Islam. Ia sekali gus tidak mahu dirinya dikaitkan dengan pelb

Dunia Tak Selalunya Begitu

Image
IPOH – Senario di Mahkamah Sesyen di sini semalam berbeza apabila seorang bekas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak yang sebelum ini bertanggungjawab menghukum pesalah, dijatuhi hukuman penjara 19 tahun dan denda RM210,000 selepas didapati bersalah atas tujuh tuduhan rasuah. Hassan Basri Shapie, 56, dikenakan hukuman tersebut selepas Hakim Tan Hooi Leng mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap bukti pihak pendakwaan atas semua pertuduhan yang dilakukan tertuduh sekitar 7 Ogos 2006 hingga 6 September 2007. Bagaimanapun tertuduh hanya dipenjara 10 tahun setelah Hooi Leng memerintah hukuman empat daripada tujuh pertuduhan tersebut dijalankan serentak. Namun Hassan Basri bakal berhadapan hukuman penjara tambahan sebanyak 42 bulan lagi jika gagal membayar denda. Dia adalah hakim Mahkamah Syariah pertama yang didapati bersalah dalam pertuduhan rasuah. ... Tak selamanya orang di atas akan terus berada di atas...

Yatim Semenjak Dalam Kandungan

Ramai sahabat terkejut apabila saya katakan bahasa Aceh itu tak sama dengan bahasa Indonesia, ye ke? Tanya mereka sambil kerut dahi. Ya. Dalam Acheh saja, ada 9 lahjah, 9 loghat. Dlam video klip ini saya cuba terjemahkan sikit apa yang saya tahu. Sedap bahasanya.. Jika anda dengar baik-baik dan perhatikan videonya, rasanya anda pun boleh faham apa maksud nya. Hari pertama saya tiba di Aceh, tahun 1998, jam 10 pagi kami masih dalam bas (berangkat dari Medan jam 10 malam tadi). Perjalanan ini menuju ke Banda Aceh lebih kurang 11 orang masa tu, itulah pertama kali saya dengar lagu Aceh dalam bas.. sedap di telinga bunyi nya, tapi tak faham apa maksudnya. Yatim Semenjak Dalam Kandungan 9 Bulan Umur (saya) dalam kandungan ayah saya meninggal dunia tinggal dengan mak dalam sebuah pondok dikeliling ladang hutan rimba umur 7 tahun saya masa tu dalam hutan oh Tuhan ku dengan ibu tiap hari selalu cangkul tanah keras hujan dengan taufan dah ku biasa Sedangkan anak muda lain bersenang2 Dala