Posts

Showing posts from January 31, 2010

Merentas Desa

Image

Berlari Mengejar Impian

Image
Kejayaan itu bukan mudah untuk dicapai. Siapa pun yang ingin berjaya, dia perlu mengejar impian itu. Ya..mengejar, bukan sekadar berjalan. Cara orang berjaya berjalan pun lain. Langkahnya cepat, macam mengejar sesuatu, ya dia sedang mengejar masa. Nampak tu, orang berjaya, sentiasa mengejar masa, kerjanya tidak bertangguh, beres dalam masa yang relatif singkat. Susah kan. Ya memang susah. Tetapi dengan adanya perancangan, kita boleh lakukan. Utamakan mana yang lebih penting dan utama dahulu, kemudian barulah yang penting kedua. Lambat-lambat sikit, kerja kita tetap siap. Asal jangan tak siap langsung. Kita perlu belajar dari pengalaman kita sendiri. Banyak kerja yang menimbun di saat akhir, disebabkan tiada perancangan rapi dari awal. So, kita perlu belajar mengatur perancangan. Menulis rancangan dan mengatur mana yang perlu didahulukan dan dikemudiankan. Inilah managemen namanya.. Kerja mesti siap cepat. Jangan bertangguh...Itulah orang yang kerjanya mengejar impian..

Selagi Anda Solat..

Image
Intisari Solat Ditemukan bahawa beberapa pergerakan didalam solat meng-isyaratkan akan beberapa makna yang sangat mendalam. Berdiri. Orang yang boleh berdiri adalah orang yang kuat, muda dan sihat. Akan tetapi, disebalik berdiri juga, meng-isyaratkan, bahawa tidak selamanya engkau muda belia dan terus kuat, akan ada masa dan saatnya, engkau akan memasuki alam tua renta, yakni alam rukuk. Rukuk Ketika itu engkau sudah mulai tua, kekuatanmu pun semakin berkurang, bahkan berjalan pun tidak lagi sekuat dan sepantas dulu, boleh jadi kamu akan berjalan sambil membongkok. (rukuk). Sujud. Sebentar lagi,engkau akan menghabiskan usiamu, lihatlah ditanah, disitulah tempat kembalimu, maka mohonlah keampunan sebesar-besarnya dari tuhanmu. Dan sebentar lagi juga, engkau akan menghabiskan solatmu (usia) dengan salam. Maka akhirilah dengan salam pada semua orang sebelum engkau meninggal dunia, tiada lagi dosa dan kejahatan baik tangan dan mulutmu. Cucilah segala dosamu, kerana engkau akan p

Santai Bersama Majalah Solusi

Image
Kini, anda boleh dapatkan Majalah Islamik terbaik di Malaysia, tentunya Majalah Solusi. Bagi anda yang berada di Nilai 3, boleh dapatkan di kedai Ameranika Interprise, belakang pasar borong Nilai 3. Tajuk besar bulan ini (februari) ialah Ibu Bapa Derhaka?

Kenapa Aida Hayati Cemerlang

Mungkin ada baiknya saya muat naikkan audio hasil rakaman perbualan antara saya dan ibu kepada salah seorang pelajar yang mendapat 5A baru-baru. Beliau adalah Nor Aida Hayati binti Basseri adalah antara 35 orang murid yang berjaya mendapat 5A. Dengarkan apa rahsia yang telah saya cungkil dari ibunya... Klik Sini Untuk mendengar lebih banyak lagi rakaman, anda boleh ke www.skbangi.com, pilih muat turun, di situ ada banyak link rakaman audio tahun 2008. Selamat mendengar

Tidak Rugi Jika Anda...

Image
Nilai 3, Negeri Sembilan Untuk posting yang ke 723 ini, saya memaparkan rakan blogger yang aktif lagi sangat hebat. Beliau adalah Mohd Amin Basri dari Kluang Johor. sering memberikan ceramah motivasi di Pasir Gudang, Johor, Kluang dan kawasan sekitarnya. Tidak rugi jika anda mengenali beliau, apalagi jika sering menginjak ke alam mayanya, yang sarat dengan tumpahan ilmu, pengalaman dikongsi, maklumat diberi demi kemajuan anak bangsa. Anda boleh ke blog beliau melalui alamat (url) yang tertera.
Siapa ada link dengan blog saya? Terima Kasih kepada semua sobat yang telah meletakkan link url blog saya di blog anda semua. Patutlah kekadang sampai 80 orang pengunjung yang masuk. Template blog saya sebenarnya di usahakan oleh Ustaz Yazid dari Kluang Johor. Selepas ini saya akan memasukkan link blog anda sebagai tanda terima kasih dari saya. Antara blog dan web tersebut adalah ... http://www.feesability.net/pusat_perubatan_dadah/blogs.htm http://web.7live7.com/Search.aspx?Source=Image&q=Pembuangan+Bayi http://chegukampung.blogspot.com/ http://www.jevuska.com/search/kulit+telinga http://skserichempaka.blogspot.com/2008_12_01_archive.html http://ainasaffiyah.blogspot.com http://cikgumalaysia.com/index.php/main/berita/3063/ http://www.bandarseriputra.info/2009/03/laluan-rahsia-pecah-rumah.html http://deqdamy.blogspot.com/2008_08_01_archive.html http://kassim8888.blogspot.com/ http://sekkebtemalir.blogspot.com/2009/11/program-gotong-royong-ayuh-cegah-denggi.html http://lohanranau.bl

Lucu Dalam Menyentuh Hati

Image
Ndak ada Persatuan Bapak-bapak Tunggal. Yang ada hanya Persatuan Ibu-ibu Tunggal. Kerana kaum bapak, akan pergi lebih dulu dari ibu-ibu semua. Justeru, hormatinya kaum lelaki, kerana mereka akan pergi dulu . Berikut sedutan ceramah saya tadi di Auditorium Hospital Sungai Buloh yang mengundang ketawa ibu-ibu dan hadirin. Sedangkan sebab hadirin ketawa dan tersenyum tidak dapat dipastikan satu-persatu. Sayangnya, kesempatan hanya setengah jam berbaki. Tambahan lagi, saya belum berpengalaman mengguna komputer meja yang tidak diketahui tidak mempunyai perisian Quick Time dan FLV. Maka banyak juga audio dan video yang menarik, terpaksa saya skip. Sayang kan. Oleh kerana ini adalah hari mesyuarat PIBG, maka amatlah patut diberikan waktu dan ruang yang secukupnya untuk pemegang jawatan penting dalam sekolah membuat keputusan dengan tenang, adil dan saksama. Dalam ceramah ringkas tadi, ada yang tergelak, ketawa spontan mereka menambah semangat narasumber serta menambah akrab antara penceramah