Posts

Showing posts from March 7, 2010

DVD Integriti Warga Pendidik

Image
Bagi yang berminat untuk memiliki DVD Integriti Warga Pendidik, boleh hubungi penulis. DVD yang mempunyai 79 fail ini, 3 Power Point dan selebihnya adalah video dalam format wmv dan flv akan dijual RM8.00 sekeping. Sebahagian wang ini akan dimasukkan ke tabung Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah Daerah Hulu Langat Nota : S ekeping DVD sama dengan 5 keping CD

Tekad Murid 5 Jupiter

Image
5 sekawan ini bertekad mahu mencipta rekod baru di SK Bangi tahun hadapan, dengan mencapai 5A kesemua subjek. Syabas di ucapkan dan cikgu mendoakan agar ianya menjadi kenyataan. Yang penting, aturkan langkah untuk menuju tingkat jaya dan lalui jalan tersebut.

Pelajar di Utamakan

Image
Antara paparan yang ada dalam Slide Ceramah Integriti. Bahan Ceramah sebesar 2GB sudah berada ditangan penulis. Dalam proses salinan untuk yang memerlukan. Klik Here untuk Download POwer Point

Kapankah derita kan berakhir

Image
Ada masanya manusia akan berdepan dengan ujian, dia akan terduduk dan memikirkan, kenapakah aku menjadi bahan ujian Allah? Kenapa tidak orang lain? Dia terlupa, walhal semua manusia dicipta untuk berdepan dengan ujian. Cuma jenis ujian dan keperitannya berbeda. Ibarat roda, ia tetap berpusing, sekali dibawah, sekali di atas. Masa di atas kita senang dan bahagia, masa dibawah, kita susah dan menderita adakalanya. Bukankah derita seorang muslim itu adalah penghapus dosa bagi dirinya? Cuma jangan sampai, kita menanggung susah di dunia , dan terpaksa menanggungnya sekali lagi buat kali kedua di dalam kubur, dan akhirat. Cuba bayangkan, kalau sakit di hospital, masih ada keluarga, sekurang-kurangnya nurse yang membantu, tetapi kalau di alam kubur? Siapa yang bantu? Dan kesusahan yang kita alami, tidak akan ada titik nokhtahnya, sehingga nyawa bercerai dari badan.Usah bertanya, sampai bila, kerana bukan hanya kita manusia, makhluk bernama haiwan pun, turut merasakan susahnya hidup. B

Kita Dalam Gawat

Image
ANDA pernah dengar atau baca tentang SPADA ? Ya SPADA. Speacial Programme for Alcohol and Drug Abuse. Sebuah program bertaraf Diploma Siswazah, yang menawarkan cuti bergaji penuh dan elaun biasiswa tambahan bulanan sebanyak RM900.00. Syarat kemasukan adalah mempunyai Ijazah dalam bidang kaunseling, psikologi, dan pengurusan kemanusiaan. Topik yang dipelajari ialah kaunseling penagihan, farmakologi, Isu-isu Dadah Dunia, Dadah dan Agama serta lawatan sambil belajar ke pusat-pusat serenti kerajaan dan swasta. Beruntung yang mempunyai ijazah bidang tersebut, kerana bukan ramai yang berminat untuk mengkayakan dirinya dengan ilmu berkaitan penyalahgunaan dadah ini. Ilmu ini boleh dimanfaatkan di sekolah dan tempat kerja. Program ini telah berjalan selama 5 tahun di USIM, Nilai dan UMS, Sabah. Namun sayangnya, bermula tahun ini, biasiswa tiada untuk yang berminat. Cuma cuti dan bergaji penuh sahaja. Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) atau UMS aba

Jasa mu di kenang

Image
08 Mac 2010 . Warga sekolah mengucapkan selamat bertugas di tempat baru kepada Puan Aminah binti Muhammad Fiah selaku PK Kokurikulum yang akan berpindah ke SK Kajang. Setiap, jasa, tunjuk ajar dan budi baik akan dikenang sehingga akhir hayat, Insya Allah. Begitulah putaran roda kehidupan, setiap yang datang akan pergi. Patah tumbuh hilang berganti.

Kenangan Lama

Image
Di belakang, Mamat Penang, Hasan Kg Bintang Besut, Pok Ya, Ramadhan Jengka 13, Norish di depan, TGNA, Foto sekitar 1993 2010, Wardina bersama anak dan suami bertemu TGNA