Posts

Showing posts from April 8, 2012

Ketika kita ditinggal pergi

Image
Selepas jenazah dimandikan... ini lah kali terakhir kaum keluarga menatap wajah ahli keluarga mereka yang akan pergi buat selamanya.   Jenazah kemudian di sembahyangkan. Kemudian dari itu, kita akan dibawa pergi dari rumah ini, rumah Allah ke satu tempat persinggahan abadi sementara menunggu panggilan abadi. Kita dibawa pergi... Seramai-ramai manusia tadi...lihat lah sekarang...dimana mereka.. Mereka sedang ikut kita ke perkuburan...setengahnya akan terus pulang ke rumah   Lihatlah Lagi Lagi Dimana mereka semua? Oh.....Satu perjalanan yang jauh.. Amat malang jika kita pergi tanpa bekal. Dengarkan Herman Tino...7 Langkah Kau Pergi. Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristira

Pantai dan Ombak

Image
Sesekali ombak menderu dengan perlahan mengurut pantai... Sesekali ia mengganas menghunus pepasir dipantai... Pantai tetap setia menunggu ombak membelai dirinya... Tak pernah pantai berkecil hati dek dipukul ombak..... Oh.... Alangkah mulianya pantai...lebih mulia dia dari hambaMu ini... Ya Allah...Sabarnya pepasir itu, bersatu menjadi pantai.... Jadikan hatiku sesabar pantai diterpa ujian, cobaan dan dugaan hidup..

Sebahagian Wasiat Rasulullah SAW kepada Saidina Ali.

Image
Sabda Rasulullah SAW : Wahai Ali ! 1) Orang yang murah hati itu hampir kepada Allah, hampir kepada rahmatNya dan jauh daripada siksaanNya. Dan orang yang kikir itu jauh drp Allah, jauh drp rahmatNya dan hampir kepada siksaanNya. 2) Sesiapa yang memberi makan kepada seorang muslim dengan senang hati, nescaya Allah tuliskannya 1000 kebajikan, dihapuskan 1000 kejahatan dan diangkat 1000 darjat. 3) Bersedeqahlah untuk keluargamu yang telah mati. Allah SWT telah mewakilkan beberapa malaikat yang akan membawa sedeqah orang yang hidup kepada orang yang mati itu, maka sukacitalah mereka (orang mati) lebih daripada sukacitanya semasa di dunia sambil berkata : Ya Tuhanku, ampunilah orang yang menerangkan kubur kami dan gembirakanlah dia dengan syurga sebagaimana dia telah mengembirakan kami dengan sedeqahnya. 4) Banyak tidur itu mematikan hati dan menghilangkan keelokan. Banyak dosa itu mematikan hati dan mewariskan penyelesaian. 5) Jika Allah murka terhadap seseorang nescaya ia be