Posts

Showing posts from June 13, 2010

AADK Tidak Menangkap Penagih

Image
PETALING JAYA: “Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) berperanan membantu memulihkan penagih bukan menangkap penagih selain membantu memberi nasihat kepada mereka,” kata Penolong Pengarah AADK Negeri Selangor, Zulkarnain Mohamad. Katanya, orang ramai perlu faham tugas AADK memulihkan kembali semangat dan kehidupan bekas penagih. “Banyak kes yang berlaku penagih tidak menyedari apa mereka ambil adalah dadah, contohnya ketamin, kebanyakan penagih baru sedar selepas diberitahu ‘barang’ yang mereka ambil adalah dadah,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media memperkenalkan program ‘Kick Drugs Out’ sempena Hari Antidadah Antarabangsa di sini, semalam. “Dengan adanya sambutan seperti ini, kami harap akan banyak lagi pendedahan diberikan kepada masyarakat mengena bahaya dadah selain maklumat terperinci mengenai gejalanya,” katanya. Menurutnya, Hari Antidadah Antarabangsa turut menyediakan pelbagai program bagi memberi pengetahuan dan kesedaran kepada orang ramai betapa bahayanya pengar

Terima Kasih Memuat Kisah Anak Saya

TERIMA kasih Syiekh kerana memautkan cerita anak saya , tulisan pagi ini membuat saya terkejut, kisah anak yang mana, penungjung blog saya meninggalkan alamat blog beliau link , setelah dibaca dan di amati, ternyata anak beliau ialah Muhammad Huzaifah bin Mohammed Huzazi Lahir : 23 Syaaban1409 (30 Mac 1989), dan telah meninggal dunia pada 21 Jamadiawwal 1431 (4 Mei 2010) kerana lemas. Dapat saya selami, sungguh sukar bagi sesetengah manusia dibumi ini untuk mendapatkan anak, sanggup mereka berkorban hingga puluhan ibu ringgit. Bahkan ada yang sanggup menahan sakit selepas melahirkan anak, asal dapat anak. Kini anak yang ditantang, yang dibelai, setelah puluhan ribu wang bapanya habis untuk membesarkannya, dia pergi buat selamanya... betapa pilunya sang ayah dan ibu, bagaikan Rasulullah menangis di atas pemergian anak lelakinya Ibrahim. Tahniah tuan, di atas berjaya mendidik anak dengan adab, doa dan akhlak ruh Islami, tahniah jua kerana dia sudahpun dihantar ke syurga (mudah-mu

Ya Karim...Ya Karim

Image
Dikisahkan, bahwasanya di waktu Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam sedang asyik bertawaf di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: 'Ya Karim! Ya Karim!' Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam menirunya membaca 'Ya Karim! Ya Karim!' Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berziki...r lagi: 'Ya Karim! Ya Karim!' Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam yang berada di belakangnya mengikut zikirnya 'Ya Karim! Ya Karim!' Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata: 'Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku, karana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan karena ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah.' Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulu

kisahku lagi

Image
BIAR K U TULIS sejarah RINGKAS, UNTUK MENGISI JALANNYA DAKWAH, BIAR TUMBUH MOTIVASI PADA SESIAPA YANG MEMBACANYA Nama : Noorhisham bin Hamzah , (Cahaya Hati Pemurah) Jasad ku Lahir pada 15 haribulan Januari 1977 bersa,maan 1 Muharam pada pagi hari Sabtu di Kampung Kubang Tuman, jarak kampung ku 5 kilometer ke Bandar Kota Bharu Kelantan. Sekarang Kampung ku tak ada lagi, sebab tu ku tak boleh balik kampung, kampung ku hanya tinggal nama, sebab dah jadi bandar...dari rumah ku, boleh nampak Taman Tengku Anis, lokasi permainan anak-anak sekarang. Ku anak pertama dari 5 beradik. Waktu ku lahir, tiada sudah insan yang bernama atuk, semuanya telah pergi, yang ada hanya nenek. Nenek kedua ibu dan bapaku.Ibu kepada nenekku pun masih ada. Itulah...Tuhan memanjangkan usia seorang manusia bernama perempuan. Kata nenekku, atuk kita dulu adalah dari keturunan Raja Jembal. Anak cucu dari Raja Jembal berkahwin dengan Cina Mualaf dari Kedai Buluh. Istilahnya orang kelu

Mati berrsama Impian

Image
Semua yang hidup pasti akan menemui mati. Maut adalah penghujung bagi segala kehidupan makhluk,sebagai bukti bahawa ada yang lebih berkuasa didalam kehidupan ini. Baik secara di sedari maupun tidak.Yang tidak menemui maut adalah Dzat yang Maha Agung.Sejauh-jauh perjalanan hidup manusia, akhirnya dia akan mati. Malaikat Pencabut sudah mencari, dan tak menemukan baginya perjalanan lagi walau pun satu langkah cuma, tiada lagi setitik air dan sesuap nasi, begitu juga tiada lagi sesedut udara. Kini tiba masanya ruh untuk kembali ke pangkuan penciptanya. Dalam hidup ini,secara umumnya, manusia bernama lelaki akan pergi dulu. Tanpa persiapan untuk mati, diri si mati akan menderita, ruhnya akan sengsara, sedang yang ditinggal, yakni isteri dan anak akan mewarisi kehilangan yang amat besar dalam hidup ini. Kita lihat,di Negeri Amerika bagaimana susahnya sang ibu mendidik anak,setelah pemergiannya suaminya yang selama ini menjadi pemimpin dalam rumahtangga. Keluarga bahagia hanya sempat seta

Jiranku Seorang Penagih

Image
Terkejut membaca tajuk ini bukan? Bukan jiran sekarang, tapi dulu punya. Tahunya setelah saya ke Pusat Serenti Dengkil untuk mempraktikkan sesi kaunseling. Klien saya adalah salah seorang bekas tentera. Habis sesi, waktu nak balik, seseorang menegur saya, S : Saya D ; Dia D : Encik....encik dulu tinggal di Ber... kan? S :Mana tahu? D :Saya tinggal situ jugak S : Anak pada si anu ke ... D: Tak lah saya saudara dia S : ohhh D : Anak saya dulu tinggal dengan Encik masa saya pergi kerja. S : Nurin ke....Aisyah ke.... D : Ya.... S : Ya Allah, saya tak kenal kamu tadi, macam mana boleh masuk sini? D : Ini pasal kawan-2 lah...ikut member S : Habis tu, dah masuk sini, anak ada datang tak D : Ada...hari tu waktu nak raya S : Apa dia tanya D : Dia tanya, bila ayah nak balik S : Apa kamu jawab D : Saya kata..ayah tak boleh cuti lagi....ayah tengah kerja ni... S : Udah lah, jangan buat lagi, kesian anak-anak masih kecil.Benda2 gitu bukan ada faedah pun. D : Baik encik Saya tak cam sebab 3 perk

Antara 2 Situasi

Image
Antara dua lokasi, ada dua situasi berbeza. Kedua-duanya adalah MURID. Bagi mereka inilah masa sebenarnya untuk merasakan indahnya menjadi seorang pelajar. M.U.R.I.D, Masa Untuk Rasa Indahnya Dunia. Yang pertama sangat kritikal, memerlukan pertolongan rohani dan jasad. Yang lebih utama adalah rohaninya. Pudar kian mati.... Yang kedua perlu diberi motivasi, pujian, bimbingan supaya menjadi ilmuan yang berguna suatu masa nanti pada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Sambungan